Aku nak kongsi satu kisah. Kisah lama, beberapa tahun yang lepas tapi masih teringat-ingat sampai sekarang.
Aku ada seorang kawan lama yang sekian lama terpisah, yang mana aku pernah 'confess' dekat dia tentang perasaan aku tapi masa tu dia menolak. Katanya masa belum sampai. Dan bila aku tanya buat kali kedua, akhirnya dia terima aku.
Dalam tempoh setahun kami cuba saling mengenali. Aku dah jumpa mak ayah dia tapi aku x bagitau la yang aku nak kahwin dengan dia sebab masa tu kami sama-sama masih belajar. Adik dia pun supportive juga la, buat aku tambah bersemangat nak melayari bahtera rumahtangga bersamanya.
Namun, ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Selepas setahun lebih kami merancang, tiba-tiba dia bagitau kat aku yang dia dah xda perasaan. Aku pun pelik, aku tanya dia perlahan-lahan apa sebabnya dia ambik keputusan macam tu tapi dia xmau bagitau. Alasan dia cuma "perasaan tu Allah dah tarik balik".
Aku slow talk dengan dia, dengan harapan dia berterus terang. Ye lah, xkan pokok bergoyang kalau x ditiup angin? Tiba-tiba je nak 'batalkan' perancangan.
Bila dia masih berkeras bagi alasan yang sama, aku pasrah. Aku terima keputusannya. Mula-mula aku masih kool lagi tapi setelah 30minit ternyata aku x boleh bertahan. Tertekan, sampai aku rasa mau berenti je dari UIA. Masa tu aku 3rd year. 4 hari aku dilema. Xda semangat nak belajar, macam xda life langsung!
Alhamdulillah, ada kawan baik yang ingatkan aku supaya ingat balik matlamat datang ke menara gading. Xkanlah sebab perempuan je dah jadi lemau! Aduh, memalukan kaum lelaki je la.
So, aku kuatkan tekad, aku buat macam xda apa pun berlaku. Lalui hidup macam biasa.
Bila pulang ke kampung, aku datang ke rumahnya berhari raya, tanpa ada niat sedikitpun untuk membuka kembali kisah lama. Aku cuma nak ziarah mak ayah dia yang baik dengan aku. Tapi dia, dia layan aku macam sampah! Aku datang 3 kali ke rumah dia, dia x turun dari bilik. Kalau pun dia dah anggap aku ni kawan biasa, at least, kau raikanlah kawan kau yang datang beraya.
Bhai, sakit bhai. Bila orang yang kau paling sayang akhirnya jadi orang yang paling kau benci. Akhirnya aku terima hakikat dan sampai sekarang aku x tahu khabar dia dan xmau ambik tahu pun.
Aku tahu, dia seorang yang baik, xpernah 'couple' dan dia 'putus' dengan aku pun bukan sebab dia ada pilihan yang lain, aku yakin. Mesti ada sebab. Xkan tiba-tiba je perasaan tu hilang. Ini bukan cerita dalam novel Islamik yang boleh dia bagi alasan macam tu. Ye la, memang xdnafikan perasaan tu Allah yang pegang tapi alasan tu seolah-olah cuba mengelak daripada memberi penjelasan yang sebenar.
Tapi apakan daya, aku pun xle buat apa sebab aku rasa sakit sangat dengan perbuatan dia.
Cuma aku nak pesan dekat kaum perempuan ni, kalaulah x suke dengan lelaki tu, kau terus teranglah. Jangan bagi alasan yang x munasabah/munasarawak yang buat orang tergantung. Kalau kau ada lelaki lain, kau jangan mainkan lelaki yang setia dengan kau macam kes yang bro pegi swiss tu.
Terus teranglah. Kalau suka, cakap suka. Kalau x suka, cakap x suka. Kan senang. Biar jelas hitam putih. Ini sampai sekarang aku pun xtau apa sebab dia putus dengan aku.
Akhir kata, dalam apa jua hubungan yang kita jalinkan, berterus teranglah. Kau tipu, kau yang susah di kemudian hari.
– Zainuddin