Bertindak Ikut Perasaan

Terima kasih kepada admin kerana pubish cerita saya

saya adalah bapa kepada seorang anak (medium autistik) dan suami kepada seorang isteri, Isteri saya adalah housewife since 2014. sejak dari tu saya jadi breadwinner kepada family saya. Mula2 memang susah jadi breadwinner, serba x cukup. Saya suka simpan duit. Bila sumber gaji isi rumah kurang, saya dah tak boleh beri duit kepada parents saya seperti dulu. Saya masih pergi kerja naik motor. Kereta bagi isteri saya pakai.

So saya jadi berkira. Saya sering bergaduh dengan isteri saya pasal duit. Tapi, bukan saya tak beri duit kepada family saya, saya bg duit barang dapur, duit belanja isteri saya lain, lain2, saya punya poket sendiri. Tetapi saya masih digelar kedekut kerana bila nak beli bende yang one off saya akan berkira. Tapi kadang2 beli je,

Walaupun saya kedekut, tetapi saya bawa juga isteri anak saya jalan2. Of course kena gaduh jugak la. nak cut cost sana sini. 2014 pergi sabah, 2015 pergi krabi, hong kong, 2016 jalan2 malaysia, 2017 pergi NZ and japan.

Gaji saya makin bertambah 2017, of course saya bekerja keras siang malam nak impresskan bos saya. Segala kerja tambhan saya telan. Walaupun gaji bertambah,
kos hidup bertambah. Anak saya disah kan austism akhir 2015. Tukar ke tadika yang up sikit yang boleh bantu die. At the same time, duit belanja isteri, duit bagi kat mak ayah juga naik. Sejak GST mmg terasa walaupun gaji naik. ALhamdulillah masih boleh simpan duit except tahun yang berjalan oversea. Walaupun semua saya tambah interm of duit saya kasi kat isteri saya. Saya masih di gelar kedekut.

Kadang2 saya kecewa, saya marah dan mula keluarkan kata2 seperti kikis harta sial dan sebagainya. Kadang2 isteri saya juga suka kata saya bodoh sial dan sebagainya. 2×5 jugak la.

middle 2017, die mintak tambah duit belanja dia. sebab die nak beli barang set jaga muka. Saya berang, tetapi x pukul die. Saya berang sebab bukan dapat increment lagi mid 2017. macam mana nak adjust perbelanjaan. Masa balik kampung, die merajuk xnak balik. Saya pun balik sorang ke kampung saya naik bas. Saya jumpa mak saya, mak saya nasihatkan bagi je. Saya pun berat hati bagi la tambah rm100 ke duit belanja duit. Once in a while, despite the additional poket money, die akan mintak beli extra2, like make up die ke, supplement ke, saya guna duit saya. kadang saya redha je.

Alhamdullillah saya tidak lagi di panggil kedekut. Tetapi bila kita selalu gaduh, masa cool down makin lama makin panjang. This time gaduh is no longer about kedekut. but something else. small small things. Like before pergi japan, saya nak bawa 3 beg. (actually memang susah saya nak bawa tiga beg roda). Tapi pukul 3 pagi the day naik flight dia xnak pergi. Kalau nak pergi saya kene bawak 2 beg. die masuk dalam bilik kunci pintu. Pukul 3 kene naik uber pergi airport dah. Saya pun mengalah. Die salahkan saya tak beli beg lagi besar. Saya seperti biasa la kedekut, bukan apa, awal tahun dah habes belas ribu pergi nz, tetiba pergi jepun worktrip, kene spend another round of large amount of money, saya taknak la beli.

Fast forward, bulan november, saya punya peak period kerja. Every year macam tu, isteri saya pun tau saya peak period. Pada bulan november, anak saya ada majlis graduasi. So majlis tu ada theme, pakaian tradisional negara asing. Di sebabkan ada masalah sikit dengan kedai sewa kostume, we were required to rent it (untuk rehearsal) and return back to the shop, so that the shop had some times to alter the costume muat dengan anak saya, and kena rent sekali lagi untuk actual majlis graduasi. Kedai di hartamas. Rumah kami di puchong, Tempat kerja saya di city centre. So masa first time kami kena pulang kan baju sewa, isteri saya suruh saya pulangkan time lunch hour. Saya korbankan lunch saya pergi ke hartamas pulangkan. Saya ok je, sbb masih boleh manage busy saya. Second time masa nak ambil balik adalah punca perbahalahan kami yang ter besar. (atleast from my point of view).

Masa tu saya busy gila dah, buat slides paper work bagai. Isteri saya masih suruh saya pergi ambil baju tu time lunch hour. Saya rasa macam x boleh ke dia amik. Dia bukan kerja. Die cakap die kene pergi mydin beli kopiah untuk anak saya, bagi saya, lepas pergi mydin, pergi la hartamas saya busy kerja. Tapi saya x cakap apa2 lagi. So time lunch hour, hujan. saya naik motor, and rely on GPS. Macam mana nak pergi hartamas. Saya cakap hujan tak boleh pergi. Die suruh saya uber. Saya redha je la. Tunggu punya tunggu uber satu pun xnak amik. Maybe time lunch hour busy.
Saya gagahkan jugak la naik motor pakai baju hujan yg bocor sikit. Bawak sikit berhenti tengok hp dalam hujan. Sesat jugak la sebab bukan senang nak tengok hp yang basah dalam hujan, asyik2 tertutup kena air hujan. Lama nak sampai sana ambil masa more than 20 mins.

Sampai sana parking, cari la termpat berteduh nak bukak baju hujan semua. Sumpah sangat leceh. Sampai di kedai, lama saya tunggu, orang kedai x jumpa pulak baju anak saya. Hampir pukul 2, saya kena bergegas balik office, ada presentation to my bos. Saya pun mula naik marah. Hp rosak sikit , kalau call x boleh cakap sebab masuk air hujan tadi. Baju kostume tak dapat. Baju keje basah. Saya marah wife saya (tanpa kata2 kesat) sepatutnya dia lah yang ambil. Kalo dia ambil, saya takkan hadapi masalah ni. Saya pun pecut balik office sambung presentation lama nak mampus. Sambil2 tu saya suruh isteri saya yang ambil lepas ni. Dia mati2 suruh saya jugak dan marah saya balik bukan salah dia kedai tu tak jumpa baju anak saya dengan kata2 seperti sial bodoh dan sebagainya.

Sya kata ok, saya ambil, tapi esok lepas grand presentation to my director (reason for the busy-ness). Dia kata no, dia ugut kalo saya tak ambil today, anak saya akan grad dengan jubah wihout the costume. Saya memang marah2 sangat, (tanpa kata2 kesat) lepas habes kerja pukul 6, saya bergegas balik ke hartamas dalam hujan again (masa tu memang bengang gila sebab still hujan). Ambil baju, balik semula office, sambung kerja sampai pukul 8 malam. Sejak hari tu isteri saya on and off dia punya mood.

Masa majlis graduasi anak saya dia ok. Balik tu die nak makan jepun, saya belanja dia ok. Next day, parents saya datang rumah dia ok. Lepas parents saya balik dia still ok. The next day saya kerja macam biasa, balik rumah around 830 sebab keesokkan nya ada another presentation to my director. Saya dah bgtau dia saya balik lambat. Sampai rumah, rumah dah gelap pukul 9. Saya pun mandi makan basuh segala benda yg kena basuh, sambung practice presentation sikit and nak tido. Saya nak masuk bilik, bilik kunci. Saya pun pelik ada benda lagi dia tak puas hati ni. Saya sangat letih pun tido la bilik lain. Pukul 1 lebih, dia bukak lampu bilik saya, dia marah sebab apa tak simpan vacuum. Saya admit saya lupa, saya pun simpan lah and sambung tido.
Pukul 2 member message, slides x complete, saya sambung balik kerja until 3 pagi and sambung tido. But alhamdulillah, presentationt to my pengarah went well. Balik rumah sharp sebab peak period dah habes. Tapi tido x cukup, memang pening n sangat mengantuk.

Balik letih, saya mandi kan anak, bagi dia makan (wife saya suruh lak this time – tapi saya tak tolak sebab the day before, die dah tolong mandikan anak saya which is my job). Then saya pun main ngan anak water colour, ajar writing numbers. Sambil2 tu saya selang tengok handphone. Then dia marah saya, sebab saya x focus main dengan anak. and threathen nak amnil phone dari saya. Saya pun menjawab la ntah2 dia pun sama. saya pun letak phone kat tepi. Die ambik phone saya and letak atas meja seblah saya and start saying kepala hotak kau. Saya pelik la dari haritu panggil saya dengan bad names, saya tak kata apa2 bad names pun dekat dia. Saya tinggi suara cakap engkau ni dah kenapa sial panggil aku ngan bad names. Dia sambung marah and saya pergi kat meja yang dia tengah duduk, and ambik phone dia (die tengah tengok drama) and terlangkupkan atas meja marble (so kuat la bunyi, meja marble) Hp dia still ok (before ni memang dah crack and that crack not getting worst (read: sama seperti keadaan asal) because i know that is technically my phone because i paid for it, and im not stupid to make it cracked even worse) Die meradang nak hempas phone saya. Dia try rampas, saya tak bagi, dia ugut nak hempas camera. Saya bia je. Saya pun continue la ngan anak saya. Tetiba dia rampas phone dari saya, and masuk bilik dan pecah kan screen. She returned the phone to me with screen cracked. FYI saya baru je repair phone saya RM250. baru seminggu. Saya hilang akal. Saya tekan2, phone saya hitam. Saya hempas phone saya atas lantai sebab marah sangat apa yang membuatkan sampai dia nak pecahkan screen phone saya.

Dia lari masuk bilik dan kunci pintu. Saya ketuk pintu suruh buka saya nak discuss pasal benda ni. Dia kira sampai 10, or else dia hempas kan phone dia (dia tahu saya kedekut – kedekut2 saya pun saya dah beli 4 phones untuk dia, and 3 daripadanya high end models) Saya pun back off, continue main dengan anak saya until tido time. Masa nak tido, dia nak nk solat, saya ambik phone dia and baring ngan anak saya untuk tido. Pas solat, dia cari phone dia. Saya tak bagi, saya keep pegang and mintak dia minta maaf dulu. Die cakar saya sampai lebam nak ambil phone dia.

Still tak dapat, dia ajak anak saya tido bilik lain. Tengok macam benda ni tak settle, saya pun pergi bilik lain tu and ajak dia discuss (xda guna bad names), dia buat bodo. Saya pun dah letih dari kerja migraine sbb x cukup tido dari semalam, saya pun give up, bagi balik phone dia and tido kat bilik saya.

Esok pagi, saya balik phone dia, sebab phone saya dah rosak, screen dah pecah. Saya nak periksa baki account2 semua cimb click maybank 2u dan sebagainya before remotely wipe off hp saya yang rosak tu. (ingat nak hantar repair la kalo still boleh. Kalo boleh repair, orang kedai boleh la access gamba, password sume bende penting dalam phone). Dia pun cari phone die. saya cakap saya kena guna nak check and wipe phone saya yang dah pecah. Pastu fine.

Then dia datang skali lagi, saya tak bagi, saya suruh dia mintak maaf. dia taknak die kata saya pun x minta maaf. saya mengalah bg dia (after struggle and cakar again).

Btw saya dapat tau pakcik saya meninggal pagi tu dari phone dia. After settle wipe phone, saya nk check whatsapp la perkembangan pak cik saya tu, sapa pergi etc2, and of course rasa marah lagi nak ambil balik phone tu dari dia sbb die pecah kan saya punya. Saya pun masuk bilik and ambik. (dia tengah charge) die try rampas dari saya, saya of course tak mengalah, saya ckp pakcik saya meninggal, die keep nak ambil dari saya, and then die ckp apa ntah lah babi.

Nobody called me babi since highschool until now. And my own wife called me babi. Her own husband. Macam meleis yang lain, babi tu macam trigger point la, Saya pun tindak balas reflect pergi tumbuk kepala dia. Saya rasa kuat kot. But takkan sampai lebam, sebab saya try tumbuk kepala saya sendiri few times after that nak rasa sakit tak. Memang sakit, tapi benjol tu tak la kot.

Time tu menyesal + ego. Sesal sebab dulu saya pernah tak sengaja pukul dia (pegang tangan dia dengan kuat sampai berbekas, bukan tumbuk, ) ego sebab siapa dia nak panggil saya babi.

Fight continues, dia cuba pergi depan, saya tak bagi force dia masuk bilik tido saya cakap nak settlekan bende ni. (phone kat dia sebab let go sbb dia kata saya babi). Die menangis cakap emotionally depress and bgtau mak saya yang saya tumbuk dia.
Saya tau masa depan saya gelap. Saya minta maaf (versi tak berapa ikhlas) tapi minta maaf sebab saya sesal. Die masuk bilik lain sambung baring dengan anak. After a while, saya nak ambil balik phone die, saya berjaya ambik wihout any struggle, nak tengok apa dia tulis kat mak saya. So berjaya la tengok die ckp saya pukul dia, dia nak cerai tak tahan. Saya pun sambung bawah tu, “sbb saya kata dia babi”.

Dia datang struggle again, saya taknak bagi sebab phone dia saya yang beli, no telephone dia saya bayar everymonth. After struggle cakar and koyak kan baju saya, saya give up, bagi phone tu kat dia.

Dia cakap kepala dia sakit (of course la sakit) and gigi dia pun sakit dia nak report polis and hospital.

Fast forward, die dah block everything, told her parents and said not to look after her anymore, I keep apologizing. She said my son dont want to stay with me anymore. (while i know its not true because, he is just 3, he just didnt understand of what happening). Saya menangis kat office uncontrollably, regret, dunno what to do, saya call mak saya, mak saya ckp sabar. Nangis sampai kantoi ngan bos.

Saya menangis sebab saya fikirkan masa depan anak saya (sbb autistic) He needs us. Saya sayang anak saya.

Saya malu nk jumpa mertua dia. Saya sesal. Saya minta maaf and even said that she could called me whatever she wanted and i will not get mad.

Saya tak tau nak buat apa. menangis je. Isteri dan anak saya di kampung.

I dont know what to do.

Yang benar, suami yang sesal. Sila bagi komen anda

P/S: FYI, untuk elakkan kata saya tak tolong isteri saya, saya tolong isteri saya banyak di rumah. Saya mandi kan anak before saya g kerja and mandikan lepas balik kerje. Saya basuh semua pinggan mangkuk toilet vaccum bilik mop bilik tugas saya. baju kerja saya saya basuh sendiri, iron sendiri walaupun wife saya tak bekerja.

– zangetsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *