Assalammualaikum, tujuan aku menulis ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sebagai satu landasan dan iktibar buat mereka di luar sana.
Aku dilahirkan sebagai anak sulong dari 4 adik beradik beradik. Sebagai anak sulong, aku sudah diajar untuk berdikari sejak dari sekolah rendah. Malah, seawal aku berusia 10 tahun, aku mengumpul duit sendiri untuk membeli rekorder bagi Kelas muzik.
Apabila aku meningkat remaja, aku mula berasa tidak adil kerana adik beradik aku boleh dapat apa saja tetapi untuk aku, aku harus berusaha sendiri. Malah buku buku latihan, lawatan di sekolah aku yang bayar sendiri sehingga aku terpaksa bekerja seawal usia 15 tahun kerana aku perlukan lebihan wang . Cikgu aku melarang kerana risau aku tak mampu fokus dalam Kelas Dan ternyata memang benar. Aku mula ketinggalan pelajaran dan kerap tidur daam kelas. Akhirnya, semasa aku tingkatan 5, aku mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan fokus belajar. Namun, aku diduga dengan penceraian mereka dan duit belanja aku dibekukan kerana ayah tiada duit dan ibuku harus fokus adik adik . Aku terkilan, aku geram. Aku tiada wang untuk makan, apatah lagi tambang bas . Pernah aku berjalan kaki sejauh 30 km sehala hanya kerana perlu exam PRA SPM semasa tu dan kerana tak larat, aku terpaksa ponteng exam dan kelas sehinggakan aku sering dimalukan oleh guru . Kedudukan aku dalam penilaian boleh dikatakan Angara yang tercorot walaupun aku merupakan antara pelajar di kelas yang hadapan. Aku sangat sedih, mula menyalahkan ibu bapa dan Tuhan dan berputus asa malah terfikir untuk menunda SPM. Alhamdulillah, rakan rakan aku sanggup ikat perut demi memastikan aku hadir sewaktu SPM. Malah Mak long aku dan kekasih aku masa tu sudi menghulurkan duit kerana simpati melihat keadaan aku. Walaupun sudah terlambat, namun aku tekad untuk buat yang terbaik dalam SPM.
Result SPM tiba, aku memperolehi 7 credit kepujian namun aku tidak layak ke universiti kerana Matematik aku E.
Kerana desakan hidup, aku mengambil keputusan untuk bekerja walaupun dalam hati aku amat teringin sambung belajar . Mungkin kerana itu bukan takdir aku, Suatu hari entah mengapa hati ini terdetik untuk teruskan belajar walaupun tiada wang. Hati ini mula persoalkan apakah aku mahu menjadi seperti kedua ibu bapa aku? Adakah aku mahu nasib anak anak aku seperti aku? bagaimana dengan impian aku selama ini? Aku mula google mencari kolej kolej yang sesuai dan menemui IPTS yang menawarkan biasiswa buat mereka yang fakir . Diatas dorongan sahabat baikku juga (kini dia berada di mesir dalam bidang perubatan), aku pilih akaun. Jujur, aku amat lemah matematik dan akaun (9G) Tetapi aku yakin setiap manusia ada peluang untuk merubah nasib mereka. Aku melangkah ke alam kolej dengan nawaitu yang bersih. Duit pendaftaran, peralatan menulis semua menggunakan wang aku sendiri. Di sana, aku fokus belajar, tidak lupa sentiasa solat, berdoa dan berhenti merokok .Alhamdulillah, aku berjaya menguasai pelajaran yang aku lemah selama ini. Akhirnya aku memperolehi keputusan yang cemerlang . Itu semua adalah hadiah buatku. Habis belajar, aku mencari kerja dan syukur, tak smpai sebulan aku di terima dalam syarikat kecil dan setelah 4 tahun berlalu, kini aku bekerja dalam syarikat MNC sebagai Account Executive. Insyaallah, aku ingin menceburi bidang hartanah pula bagi membantu diri aku sekeluarga dan masyarakat Islam dari segi ekonomi. Aku pernah marah kedua bapa aku bertahun tetapi akhirnya aku redha kerana kejadian itu menjadi kan siapa diri aku sekarang. Aku tak pernah lupa jasa jasa sahabat dan rakan yang sentiasa ada memberi sokongan untuk aku.
Nasihat aku sebagai hambaNya yang kerdil, janganlah sesekali menyalahkan takdir yang berlaku dalam hidup kita. Berusaha untuk berubah dan bergaullah dengan mereka yang ingin berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah, matlamat dan nawaitu yang bersih Mudah diperkenankan Allah. Wasalam.
– Hamba Esa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Subhanallah, hebatnya perancangan Allah.
Salute u dik…