Kat tempat kerja ada satu orang ni kita panggil dia Ketum (bukan nama sebenar). Ketum ni buat company ni macam dia punya la.
Waktu masuk kerja pukul 8. Tapi dia 9. 30 atau 10 baru sampai. Lepas tu kuat tido.
Ketum ada style dia tersendiri la. Baju sebelah tuck in, sebelah tak.
Ketum muda lagi. Baru 36, masih bujang dan sangat kacak. Tapi macam tak de disiplin dan etika.
Character dia memang jenis tak peduli orang. Dan dia agak bengis. Dia lantang membalas apa pun teguran orang. Sebab bagi dia, dia ja betul.
Sekali tu dia pernah cakap kat saya, dalam hidup dia, dia sentiasa amalkan konsep pergi mampus.
Maksudnya jangan peduli apa orang kata, apa orang fikir, sebab orang tu bukan bayar bil kita. Dan kalau amalkan sikap tu, automatic kebahagiaan kita akan meningkat 200%. Kata dia la.
Ketum bukan saja datang kerja sesuka hati, tapi balik kerja pun sesuka hati jugak. Kadang 4.30, kadang 5. Ikut suka dia la. Sedangkan waktu balik 5.30. Agak jarang la dia balik 5.30..
Kadang keluar waktu rehat tak nampak muka dah. Kadang pukul 3 hilang dah.
Ketum tak peduli pasal punch card merah ka, kosong ka. Sebab dia tahu benda tu tak akan effect dia apa pun.
Ketum hidup bebas tanpa pedulikan undang2 syarikat. Sampai HR atau HQ sendiri dah tak mampu nak buat apa dah.
Sebabnya Ketum seorang saja pakar yang ada untuk handle mesin kat sini.. Ketum dah kerja dekat 10 tahun dah kat sini. So dia memang expert bab mesin tu.
Apa kerosakan pun kejap ja dia tahu buat. Company berani beli mesin2 baru pun sebab harapkan dan percayakan Ketum ja. Main dengan mesin ni ibarat macam kacang putih untuk dia.
Walaupun waktu kerja dia suka hati dia, tapi dia pandai bajet timing untuk settle kerja2 dia.
Bab tu dia memang bertanggungjawab.. Kerja dia tak pernah pending. Dia punya menyelenggara mesin tu memang terbaik sampai orang Singapore pun puji. Discipline bab personal out, tapi bab mesin thumb up.
Ketum tak pernah masuk meeting. Sebab meeting kan awal pagi. Kalau dia boleh sampai awal, tu mungkin petanda dunia nak kiamat. Dia tak kisah bab meeting ke apa ke..
Bagi dia, kerja dia dia buat elok. Dan ada apa masalah wasap ja dia.. Style dia macam tu la.. Dia malas nak peduli hal company selain dari part kerja dia.
Ketum sebenarnya ada masalah bangun pagi. Dan dia memang jenis suka tido. Kat company pun selalu nampak dia tido.
Bos sebenarnya memang fedup dengan perangai Ketum. Kadang2 dalam meeting, memang bos luah kekesalan dia pasal sikap Ketum.
Tapi company tak mampu nak buang dia sebab dia seorang saja pakar yang ada untuk handle mesin tu.
Untuk ganti tempat dia perlukan pelapis. Tapi pelapis tak tahan kerja situ sebab panas dan mungkin kerja berat.
Ketum boleh tahan semua tu. Melalui kata2 bos, hanya Ketum saja yang bertahan sampai sekarang.
Sebab tugasan Ketum tu berat. Tak ramai mampu berada di situ lama2.
Dari history company, dalam department tu, Ketum saja la satu2nya pekerja yang telah kerja lebih dari 2 tahun. Sebab yang lain2 paling2 pun tahan 2 tahun ja.
Saya faham kerja Ketum memang mencabar. Dia macam masuk dalam satu oven. Sangat panas dan berbahang. Dan dia kena setup, maintenance mesin dalam tu. Tapi memang buat kerja dalam panas. Situ tak de aircond.
Kerana kepakaran dia. Ketum bijak ambik kesempatan. Ketum jugak kuat mengugut. Orang tak boleh tegur dia apa..
Sebab dia akan kata, kalau macam tu dia berhenti la.. Malah banyak kali jugak Ketum bagi surat resign.
Tapi bos tak nak terima.. Sebab dia sangat penting untuk company. Ketum ibarat satu aset yang ada value tinggi kat sini. Jadi bos kata terpaksa la tutup mata dengan perangai Ketum dan tak berani nak tegur Ketum apa2 dah.
Sebab main business company tu berkenan mesin, dan perlukan Ketum untuk operate. Kalau tak de orang nak maintenance, company boleh lingkup.
Hal ni menyebabkan ramai la staff lain tak puas hati. Ya la, Ketum buat sesuka hati boleh. Orang lain buat kena tegur, kena warning.
Tapi bos cakap satu ja, u berhenti, esok jugak 10 orang tunggu nak ganti tempat u. Tapi kalau u boleh ganti tempat Ketum, boleh belajar kerja dengan Ketum, I tukar u pi sana.. Then u boleh buat suka hati u macam Ketum buat.
So ramai yang tak mampu nak jawab apa.. Sebab mana mungkin orang nak buat kerja dia.
Memang nampak bos bias kat situ. Ketum jugak tak kisah nak ajar sapa pun buat kerja tu. Dia selalu welcoming new person untuk learn kerja dia.
Malah Ketum selalu tanya bos, tak de penganti ke untuk kerja dia. Ketum pernah cakap, kalau dia mati nanti sapa nak buat kerja ni kalau tak cari penganti.
Sebab benda tu makan masa untuk faham cara maintain mesin tu. Kata Ketum, tak boleh pandai dalam masa 2 3 bulan. Sebab skop dia terlalu halus. Nampak macam mudah, tapi banyak benda kena tahu kata si Ketum ni.
Ketum selalu cakap nak berhenti, tapi bos cakap cari pengganti. Bos kata tak de penganti, tak boleh berhenti.
Lagi satu, orang lain tak dapat kenaikan gaji tapi asal Ketum ugut nak berhenti, terus bulan depan bos naik gaji dia. Tak pun, bos suruh claim apa2 la sebab nak jaga hati dia dan nak ikat Ketum.
Nampak sangat bos sangat menjaga dia ja, dan Ketum pun gunakan peluang ni untuk hidup macam dia nak.
Saya ni kerani cabuk ja kat sini. Macam kata bos, tempat kami2 kat sini sapa2 pun boleh ganti.
Tapi jadi pakar ni lain. Kepakaran dia sentiasa diperlukan. Kalau tak kat sini pun, kat tempat lain pun orang sentiasa perlukan khidmat macam Ketum ni. Tambah2 yang berpengalamn banyak ni.
Saya tulis ni bukan atas dengki atau tak puas hati, tapi sekadar mengkagumi. Dan ada sedikit penyesalan dalam hati.
Kenapa aku dulu2 tak terfikir nak ceburi bidang apa2 di mana tenaga kerja aku sentiasa ada demand yang tinggi. Kerja macam saya ni terhad sangat, tak boleh nak demand apa.
Selalu teringat kata bos dekat staff yang lain2 jugak. Macam accountant, admin, semua ni ja. Kerja kami semua berduyun orang nak ganti. Benda tu mudah untuk dilaksanakan walaupun orang blah macam tu ja.
Lepas tu lantik orang baru, boleh bagi gaji lagi rendah.. Contoh appoint yang fresh grad. Tak perlu bayar gaji banyak.
Tapi kerja susah macam Ketum, yang ada kemahiran tinggi sangat susah cari pengganti. Kalau pun cari, orang tu akan demand gaji sangat tinggi.
So bos cakap dia tak kisah nak ambik tindakan pada Ketum. Asalkan kami boleh cari pengganti yang boleh setia dengan company ni macam Ketum.
Kalau tak, dia suruh kami jaga periuk nasi masing2, jangan asyik nak cari salah Ketum complain itu ini.
Walaupun ramai staff tak puas hati dengan Ketum. Dan Ketum sebenarnya tak berapa berkawan sangat pun. Dia kan buat hal dia ja. Cuma dengan saya ada la dia sembang2.
Tapi staff lain hanya berani mengutuk2 kat belakang ja la. Marah bos kat belakang.. Sebab masing2 pun risau hilang kerja termasuk saya.
Zaman sekarang nak dapat kerja pun bukan mudah dengan tangga gaji sekarang.. Bila umur dah tua, nak starting new bukan benda senang..
Lain la kalau pakar macam Ketum, kat mana2 boleh dapat kerja dengan gaji yang lebih tinggi.
Tapi ada hal lain sebenarnya saya nak sampaikan. Tapi next time la ye.
– Ladygaga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ko sebenau nya nak citer ko da jatuh hati kat ketum kan….kan……kan… KAN??
tula, rasa benda yg sama, sbb mention masih muda, bujang dan sangat kacak. konon dia ja la ketum tu selesa bersembang, mesti nk cerita yg ketum tu suka dia..