Betul Ke Bukan MLM?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca-pembaca IIUM Confession. Ni merupakan kali pertama aku tergerak hati nak menulis confession, jadi jika ada sebarang kekurangan, kesilapan atau terlalu panjang, mohon dimaafkan.

Nama aku Pilot (bukan nama sebenar) dan sekarang menetap di Lembah Klang. Berumur lewat 20an dan berjantina Lelaki. Berdasarkan tajuk di atas, “Betul ke bukan MLM?”, saya nak cerita sedikit kisah saya terlanjur menghadiri salah satu seminar di Bangi.

Saya hanya bekerja biasa dan mendapat gaji setiap bulan. Dengan kos sara hidup sekarang, saya rasa gaji saya tidak dapat menampung keperluan hidup saya sehari-hari. Jadi saya mencari inisiatif untuk mencari kerja sampingan ataupun part time.

Sebelum pembaca sarankan saya untuk jadi rider foodpanda atau grabfood, itu pernah terlintas di fikiran saya. Tapi oleh kerana saya ada migrain, dan bila berjam2 ada di atas jalan dengan mengenakan helmet, saya risau saya akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain sekiranya tiba-tiba saya pitam.

Saya cuba mencari kerja sampingan di mana-mana laman sesawang yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong seperti jobstreet dan sebagainya. Sekarang di Facebook juga ada iklan jawatan kosong dan semasa saya sedang scroll Facebook, saya ternampak satu iklan Sales Advisor.

Saya tekan untuk mohon dan keesokan hari saya mendapat Whatsapp menyatakan dia ada terima permohonan saya untuk menjadi Sales Advisor. Saya tanya dia, jika boleh buat part time? Dan dia cakap boleh. Seterusnya dia meminta saya untuk menghadiri seminar di Bangi Gateways. Seminar dia pada waktu malam.

Saya hadir ke seminar tersebut pada hari yang dinyatakan. Saya diminta untuk menulis nama, nombor HP, dan nama orang yang menjemput saya.

Sekitar 30minit seminar pun bermula, saya lihat sekeliling, ada ramai orang tua sekitar 40 ke 50an. Manakala yang sekitar umur saya mungkin dalam 20%. Saya lihat di slide mereka tertulis “Beli Kereta/Sales Advisor”.

Ketika majlis bermula saya masih belum rasa pelik. Tetapi semakin lama saya dengar, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Salah seorang yang berucap di hadapan, mungkin bos mereka, sewaktu berucap ada menyatakan “Ini bukan MLM, tapi kita nak bantu orang ramai memiliki kereta idaman mereka”

Apa yang saya faham dari sepanjang majlis adalah, orang yang menyertai mereka sebagai Sales Advisor akan mendapat 0% deposit kereta. Tapi untuk jadi Sales Advisor ada yuran yang perlu dibayar bermula dari RM300 sehingga RM4500 bergantung pakej. Mereka menjelaskan bahawa bayaran tersebut adalah untuk booking kereta, bukan deposit kereta.

Saya pelik, tadi dia dengan lantang menyatakan Sales Advisor tidak perlu bayar deposit, jadi kenapa nak keluar duit untuk booking kereta?

Seterusnya dia cakap orang yang nak beli kereta dengan dia, tak kisah blacklist, ccris, ctos, AKPK, dan sebagainya, pasti akan dapat memiliki kereta. Ini satu lagi yang saya pelik. Sedangkan pihak bank pun tak berani nak bagi pinjaman dekat orang-orang yang blacklist, ccris, ctos, AKPK, macam mana company dia berani nak tolong orang-orang tersebut?

Dia dengan beraninya menyatakan bahawa company dia boleh tolong orang-orang yang masih bayar kereta setiap bulan untuk kurangkan jumlah bayaran setiap bulan sebanyak 50%. Antara ayat dia yang paling saya ingat “kita tak perlu cari orang, dalam perniagaan ni, orang yang cari kita”.

Tapi pada penghujung majlis, dia tunjuk slide yang jika kita join jadi Sales Advisor, kita iklankan di Facebook atau mana-mana media sosial dan kita dapat 4 orang untuk join bawah kita, dan kemudian 4 orang tadi pun bawak 4 orang join mereka, dan seterusnya diulang-ulang langkah yang sama, setelah mencapai 4ribu ahli, kita akan diberi bonus RM100K.

Bukankah awal-awal tadi dia cakap tak payah cari orang? Jadi kenapa kita kena cari orang untuk join? Bukankah itu dasar asas MLM?

Pada penghujung majlis, dia memberi borang kepada kami untuk diisi, dan kami perlu menanda pakej mana yang kami berminat. Aku isi dan tanda pakej mana, kemudian aku serahkan pada mereka, mereka tanya aku nak bayar berapa?

Aku cakap aku balik fikir dulu, nanti aku akan hubungi mereka balik. Hakikatnya, aku tak nak join, dan aku tak akan hubungi mereka pun. Hahaha.

Cuma yang aku kesian, ada pakcik makcik yang dah berumur keluarkan duit untuk join. Yang paling aku sedih, ada salah seorang peserta yang tanya mereka “saya takde duit, tapi saya berminat nak join yang pakej RM900” mereka dengan tenang cakap “takpe, akak bayar jee berapa yang boleh dulu, nanti lain kali, boleh bayar selebihnya”.

Dalam hati aku, aku teringin nak jerit dalam bilik seminar tu “INI MLM, DORANG MENIPU, JOM BALIK, TAKYAH KELUAR DUIT BAGI KAT DORANG NII”. Tapi risau pulak aku, kalau aku jerit macam tu nanti, aku kena pukul berjemaah dengan geng-geng dorang. Hahaha.

Jadi apa pendapat pembaca sekalian? Adakah MLM atau bukan? Oh iya, bilik seminar dorang tu dekat bangi gateways, tingkat1 yang berdekatan vending machine. Aku pergi seminar hari Rabu, jadi aku syak mungkin seminar setiap hari Rabu kot. Dan mereka jugak ada showroom katanya di Glenmarie Syah Alam.

Nama company tu pulak ***, dekat banner ada gambar kereta mustang (tak pasti) warna kuning. Kalau korang nak tengok banner tu sekarang, memang tak dapatlah. Sebab lepas habis seminar, aku tengok dorang terus gulung banner tu.

Jadi cuba pergi hari rabu malam, mungkin ada banner tu. Dan satu lagi, bila mereka tanya apa khabar, kau kena angkat tangan keatas dan jawab “HEBAT”. Hahaha.

Sekian saja penulisan aku, sebarang kekurangan, aku mohon maaf. Jika korang suka baca penulisan aku, boleh lah bagitahu di ruangan komen, mungkin aku boleh pertimbangkan untuk buat penulisan tentang pengalaman aku bekerja di syarikat yang macam neraka. Hahaha.

Terima Kasih sudi baca sampai habis.

– Pilot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *