Betulkan Niat utk Kahwin – 11:09 AM

Betulkan Niat utk Kahwin

Assalamualaikum.

Sebelum ni sekadar baca luahan beberapa org dlm page ni berkaitan perkahwinan.

Sy nak cerita pengalaman sy kahwin. Apa yg sy cerita utk sama2 ambil iktibar. Sy tahu ramai yg ada kisah hidup yg penuh pengajaran dan ini kisah sy.

Sy & suami kahwin muda jugalah masa tu. Umur sy 21 tahun & masih belajar, suami 22 tengah sambung master. Perkahwinan kami simple. Sy ckp dkt mak yg sy tak nak hantaran. Ikutkan cincin pun tak nak sbb sy tak suka pakai barang kemas. Atas pujukan kakak sulung, kakak sulung belikan cincin yg harga RM185. Tapi guna duit sy lah sbb sy memang tak nak susahkan suami. Tak ada batu apa. Mmg simple. Sampai sekarang, 6 tahun sy pakai. Dah penyek², dah tak bentuk bulat cincin tu. Ms degree, sy jd demo, dapatlah ajar 1 kali seminggu. Sejam RM25 sbb sy tak habis lagi degree. Kalau ada degree, U bayar RM50 sejam. Kiranya senior masa tu, ajar adik² junior. Alhamdulillah. Duit tu sy bagi pd suami utk guna kenduri. Suami pun ada guna simpanan dia.

Kami kenal pun di U. Dia senior sy. Kenal kejap & terus bincang soal perkahwinan. Alhamdulillah mak ayah ok. Kami tak rancang nak bertunang apa. Sebelum mak ayah suami bg kebenaran kahwin, mak ayah sy ada jemput family suami utk makan². Ms family suami datang, ms tu baru putuskan. Kiranya jadilah. Tak ada tunang, terus kenduri hujung tahun tu. Alhamdulillah saudara mara pun ok. Banyak yg tolong dari segi kewangan. Kenduri kami memang cukup syarat saja. Mas kahwin RM80. Duit yg org bagi masa kenduri, kami bg pd mak utk bayar khemah apa. Tak ada photoshoot. Ihsan guna kamera org ramai. Tu pun sy tak print gambar. Sbb bg sy, gambar tu tak boleh bawa mati. Sbb tu sy tak rasa rugi. Bukan kenduri tu yg jamin segalanya. Perjalanan hidup selepas majlis tu yg penting sebenarnya. Apa hala tuju yg bakal kami bawa sebagai suami isteri. Kenduri sebelah lelaki pun saudara mara suami tolong. Allah mudahkan segalanya.

Soal nafkah? Memandangkan kami masih belajar, tak ada pendapatan tetap. Kami jadi demo, kami buat home tuisyen, kami jual dadih di U, di sekolah². Jangan risau soal rezeki. Kita sekadar usaha tapi yg bagi rezeki Allah. Bukan duit yg bg kita rezeki, bukan pekerjaan yg bg rezeki, tapi Allah yg bg rezeki. Kita sekadar usaha dgn keyakinan 100% pd Allah. Jaga hak Allah, Allah jaga kita.

Kalau adik² nak tau, kami duduk luar kolej. Sewa rumah flat. Rumah flat kami tak ada apa. Awal² kahwin, tong gas tak ada. Dapur gas dpt hadiah drp kawan². Peti ais & mesin basuh tak beli lagi. Mak mertua sy dtg rumah sedih tengok keadaan kami sampai ckp kami zuhud. Hehe. Tp sebenarnya kami dah mesyuarat tak nak penuhkan rumah kami dgn perabot. Tak ada sofa, tak ada katil. Nak kata sy ni alim, memang tak lah. Tapi tak tahulah, sy sentiasa fikir nak amalkan sunnah. apa2 pun, betulkan niat utk kahwin.Nnt sy beritahu kenapa tak nak penuh rumah dgn perabot.

Sy habis degree, terus praktikal. Ms konvo, sy mengandung 3 bulan. Ms tu umur sy 22 tahun. Dpt anak, sy jaga sendiri. Memang tak kerja. Suami tak benarkan & dlm masa yg sama sy pun tak nak kerja sbb nak jaga anak². Suami masih ajar home tuisyen, jd tutor, suami pun tolong² coach dia ajar taekwondo. Sy pun ada buat kek sikit², design logo, buat namecard, flyers smua. Sampai sekarang kami buat benda yg sama sbb dah biasa & minat. Anak² kami, kami ajar di rumah. Sy yg paling banyak ms dgn anak² sbb suami banyak terlibat dgn dakwah. Kami juga ada consultancy kami. Kalau ada jemputan surau² utk buat program, suami sy jd penceramah & hal² sijil, bannner dll sy uruskan. Dr soal rumah tangga kami sepasukan, hal kerja pun sama.

Ada yg tanya sy, x rasa rugi ke x kerja? Sy rasa tak rugi. Kalau ikut keputusan exam SPM, U, mmg orang akan cakap sy hanya buang masa belajar pandai2, tinggi² tp last² tak kerja. Sy sikit pun tak rasa rugi. Sbb apa yg sy belajar, sy boleh ajar anak² sy & itu yg sy buat sekarang. Itulah kerja sy. Sy sedaya upaya ajar anak baca al-Quran, solat dll sbb bg sy, itulah bekalan sy di akhirat. Kalau fikir kerja pun, mungkin tunggu anak2 besar, pandai berdikari. Buat masa ni sy kerja di rumah sj. Kesian kalau bg mak jaga sbb zaman dia bersama anak2 dah habis, mak ayah pun dah tua, biarlah mereka perbanyakkan ibadat. Lagipun mereka bukan orang gaji. Selagi sy mampu utk pulang bertemu mak ayah, sy akan pulang. Kalau nak berkira duit minyak kita, mak ayah sikit pun tak berkira ms besarkan kita. Kalau kita tak berkira dgn mak ayah kita, Allah pun tak berkira dgn kita. Layanlah mak ayah sebaik mungkin. Bagi sy, anak tu tanggungjawab. Biarlah sy yg besarkan anak2 sy. Mak sanggup berhenti kerja semata2 besarkan kami adik-beradik. Biarlah giliran sy pula berkorban utk anak2 sy. Mak ayah & suami selalu pesan, rezeki tu luas. Allah boleh beri rezeki dgn apa cara sekalipun. Kadang2 di luar jangkaan kita. Benar, selama 6 tahun berkahwin, tanpa pekerjaan tetap, dgn org ramai persoalkan kos sara hidup yg semakin meningkat, Allah cukupkan rezeki kami. Kalau kos sara hidup naik mcm mana pun, tapi kita yakin Allah yg beri rezeki, kita sentiasa rasa cukup. Nasihat sy, jangan mengeluh dgn apa yg kita ada. Jaga amalan kita & harap 100% pd Allah dlm masa kita usaha mendapatkan rezeki halal. Ada yg kata, kalau suami sy pergi dulu? Sy dah fikir semua tu & sy serah pd Allah. Ustazah & suami sy pesan, kalau urusan dunia yg sy risaukan, Allah akan bolak balikkan hati sy dgn urusan dunia tu. Sbb tu sy hanya serah pd Allah sbb hanya Allah yg tahu apa akan jd di ms hadapan.

Sy akui dulu ms di sekolah, di U, sy mmg tak ada cita². Sy jenis belajar main² tp cepat faham apa yg cikgu & pensyarah ajar. Walaupun x ada cita2, sy cuba skor dlm exam. Bl habis U, dah kahwin pun masih tak ada cita². Sampailah suami ajak sy pergi majlis ta'lim utk ibu². Sy berfikir, baru sy sedar tujuan sy hidup selama ni. Buat dakwah & bawa seluruh umat datang pada kerisauan agama. Tak kisahlah kerja apa sekalipun, dakwah jgn tinggal.

Alhamdulillah, Allah masih berikan kami tempat berteduh. Soal perabot,kenapa kami tak nak ada sofa dll dlm rumah, biarlah kami hidup seperti musafir. Sbb kami takut kalau rumah ada segala²nya, nnt kami leka. Dulu mmg ada tv di rumah tp kami jual sbb tak nak biasakan tonton tv. Peti ais di rumah, mak sy hadiahkan. Dulu sy nak kumpul duit beli mesin basuh, tapi suami kata sabar, biar dia yg usahakan. Alhamdulillah, Allah hadiahkan kami mesin basuh. Ada hikmah suami sy suruh sy sabar. Ada jiran yg nak pindah rumah & dia tak nak angkut banyak barang. Dia hadiahkan kami. Rezeki Allah tu luas.

Meja makan pun kami x ada sbb sy nak 1 family makan di bwh dlm dulang & cara sunnah. Memang yg tu kami buat. Kalau pergi kenduri, sy & suami makan guna 1 pinggan sampai ada makcik tegur, "pinggan ada banyak lagi". Suami sy bukan yg jenis romantik, tapi kalau dia sanggup makan sepinggan dgn saya pun dah cukup romantik buat sy. Dari awal kahwin, sampai sekarang kami makan mcm ni.

Cukuplah dgn apa yg ada. Bersyukur sgt². Sy sebolehnya tak nak minta benda bukan² dr suami. Masa awal² perkahwinan pun kami tak honeymoon. Sekarang ni pun, hanya rumah² mak ayah sy & suami tempat makan angin. Kalau 1 hr nanti nak pergi makan angin di negara org pun, biarlah kami pergi atas urusan dakwah. Suami, isteri, anak2, harta yg ada ni semua pinjaman. Kalau setakat kehidupan sy ni, apalah sgt. Sayyidatina Khadijah guna seluruh harta utk bantu tegakkan Islam. Setiap kali teringatkan Rasulullah s.a.w & sayyidatina Khadijah r.ha serta sahabat r.hum yg lain, semua keinginan dunia yg sy nak putus. Malu sbb mereka berkorban supaya umat hari ni dpt Islam tp sy leka dgn dunia.

Betulkan semula niat perkahwinan. Berhenti mengeluh dgn pasangan hidup, ajak ubah ke arah kebaikan. Biarlah perkahwinan ni, suami, isteri, anak2, kita guna utk teruskan perjuangan Rasulullah. Dakwahlah dgn cara penuh kasih sayang seperti mana kita suka org berbudi bahasa dgn kita. Dunia ni kejap je. Pejam celik, kita dah meninggal. Tunggu dihisab. Sediakah kita utk jawab semua soalan yg bakap disoal Allah s.w.t?

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *