Beza kawan atau sahabat.

Assalamualaikum. Harap jadi pengajaran if admin approve.

Hidup aku pelajar Master. Selalu org kata pelajar master, PHD ni sorg2, tapi tak, ramai kawan-kawan degree aku sambung sekali. Dulu bilik aku jauh dari diaorg, tapi sekarang dekat ja dekat diaorg. Aku tak macam org amek master, phd lain. Banyak kawan aku ada sekali waktu ambil master ni. Tapi pada aku, banyak kawan pun tak guna bila kawan-kawan yg aku rasa 'kawan' ni macam pergunakan kau waktu kau rasa diperlukan.

Aku jenis tak kisah if nak datang lepak bilik sekali, tak dtg pun takpe, sebab aku selalu pergi bilik diaorg lepak. Tapi, bila aku datang, aku nak bersembang ke ape, macam aku tengah bercakap dengan dinding. Padahal, waktu tu 'kawan' aku tu tengah layan youtube je pun.

Takpelah, aku datang lain kali. Kadang-kadang aku datang waktu diaorg tengah main game. Faham-faham sajalah kalau org main game, macam bercakap dengan dinding je aku. Tak apelah, aku datang lain kali.

Bila dtg lain kali, ada sahaja kerjanya, tgk utube lah, gamelah, tidolah. Aku tak kisah semua tu, aku tanak kacau pun tu, tapi apa guna ada member dekat tapi bila kau nak ajak berborak sekali sekala, macam tak dilayan?

Okay, sampai part tak layan tu, takpe, aku tak kisah dah. Then, bila diaorg rasa nak gunakan pertolongan aku, baru la datang. Sampai sanggup ke bilik. Waktu aku cuma datang nak bersembang sekejap je pun, maybe stress dengan assgnment, test, quiz etc. ade ke kau kat situ? Kau tahu dengan dunia kau, then bila rasa perlu aku, baru datang minta tlg?

Aku terasa kawan. Terasa. Terasa. Kadang-kadang member lain dtg, kau bergelak dgn diaorg, dengar je dari bilik aku, tapi bila aku dtg, kadang-kadang dengar pun tk ikhlas. Tak apalah, aku faham dah. KAu tak suka kawan dengan aku.

Jadi, lepas ni, jangan kawan dengan aku yg bosan gini. Pergi cari kawan kau yg kau boleh bergelak sakan, yg boleh tlg kau waktu kau susah. Aku ni dipergunakan.

Aku lebih suka bergerak sendiri, lone ranger daripada ada kawan yg macam ni, aku lagi sakit.

-kawan kau yg selalu kau cari waktu susah

– estrella

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Time saya ambil master pun sorang-sorang. Macam tak ada orang nak kawan dengan saya.. Tapi saya malas nak fikir.. jadi saya sibukkan diri duduk di library. Misi nak habis cepat.. tu je.. Alhamdulillah.. 2013 habis master..

  2. betul dah tu…. lebih baik lone ranger dari sakit hati…bukan dia tolg byrkan yuran kita pun!! kawan mcm ni menyemak je… kuatkan semangat n teruskan hidup..dah berjaya nanti bwk hal masing2 gak…. minta pd Allah byk2.. Wallahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *