Bf suka pandang rendah kat aku:(

Hi. Aku ada benda sikit nak share. Aku baru je lepas convo. Aku ada degree la kiranya. Baru 2minggu lepas aku konvo. Hmm aku tahu la aku keje tak menentu. Haritu ada keje event skejap pastu stop sbb event dah habis. Skang keje sendiri je jaga kedai abg aku. Tu pengenalan la kepada korang siapa aku.

Hmmm macamni. Bf aku ni org bandar. Dah keje. Tp sama je umur ngan aku. Dia punya gaji aku syak 3k. Tp baru kejap td dia bgtau aku boss dia naikkan gaji dia. Mungkin 4, 5k kot. Dia skang mmg stable.

Masalah skang, aku ni keje macam apa je. Bila aku cakap aku teringin nak keluarkan produk sndiri, dia macam nak jatuhkan aku. Dia cakap aku ni takde vision la. Semua benda aku nak buat la. Itu nak ini nak. Tp takde effort. Aku nak mtk pendapat dia. Tapi dia tak supportive langsung! Keje nak buat aku down je. Aku bukan tamak. Aku tgh survey. Nak survey kan makan masa. Hmmm sian aku haha. Aku bukan anak org susah. Bukan jugak kaya. Aku dah taknak megah ngan harta makbapak. Aku rasa nak mulakan semua ni dari bawah. Tp kenapa bf aku cakap aku mcmtu:( ni bukan skali tau dia buat aku rasa diri aku ni takguna. Yelah ada degree tp keje cikai. Aku taknak memilih. Walapun aku keje sndiri, jd kuli, gaji sikit, tp semua tu titik peluh aku sndiri. Usaha aku. Aku nak buktikan pd org yang aku blh survive tanpa guna duit makayah. Malahan, aku mampu hulur duit kat mak walaupun tak banyak.

Tolong aku. Apa aku nak buat ni. Nak proceed dgn cita2 aku ke atau just cari keje lain, makan gaji? Aku tak kisah gagal kerana mencuba. Tp aku plg takut dipandang hina. Hmmm aku malu laaaaaa tetiba rasa hina :'( siapa ada keje offer la kat aku hehe

– Puteri bisikan rahsia

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

57 Comments

  1. Aku sarankan keja makan gaji dulu…ada saving..dah ada saving baru buat la produk apa hang nak buat pun.berani gagal tu bagus but ingat,kalau gagal nanti kena tanggung rugi,hutang,etc.sapa yang nak setelkan?

    Orang nak pandang hina kat kita,biar je la.rezeki dari allah jalan jugak.

  2. The bitter truth, hidup kena realistic….klw nak berniaga.. Action, mindset, planning dan simpanan (modal) perlu ada….baru org nmpk yg anda betul2 mahu buat..jadi tk jdi blakng cerita…

  3. 1st thing 1st, putus la dengan bf awak tu. Kalau dia asyik pandang rendah kat awak, banyak lagi lelaki lain boleh pandang tinggi kat awak. Better awak cari kerja jugak. Kerja makan gaji, dalam masa yang sama survey untuk cita2 awak tu. Hidup ni kena tabah sis. Kalau orang downgrade kita, kita jangan nak simpan lagi orang macam tu. Nanti sis dah berjaya (saya doakan semoga sis berjaya) orang yg downgrade sis tu la yang menyebok menyendeng dengan kejayaan sis nanti. Saya percaya sis boleh buat. Tabah. Jangan terlampau sayang sis rela di downgrade kan. Dia tak layak pun dengan sis. Buktikan mereka akan menyesal men downgrade kan sis. Chaiyokk

  4. nk buat apa lps tu,buat sndiri, xyah bgtau bf..bgtau parents xpe, dpt restu..bgtau bf dpt apa? down lg ada la, klu dia restu, dia tu baru bf, bukan suami pun..
    permulaan,makan gaji dulu,kumpul duit untuk start ur own product.klu boleh duit sndiri, xmau modal dari org ni, org tu,pinjaman bagai..

  5. Org tgk usaha n hasil j dik..xyah la dok cita kat bf tu kalo takat angan2 j..buat dulu..usaha..nnti dia nmpak ko bersungguh br la dia akan supportive..ni ko kejap kate nk cari keje..kejap kata nk kluarkan produk..hasil xda usaha x nampak..mmg dpt negative comment j la..usaha dulu dik..baru sembang ok? Xyah nak rasa rendah diri sgt..mindset kita y meletakkan kita takat y kita nak..ubah mindset awk tu..moga berjaya!

  6. aku rasa dia bukan pndg rendah kat kau. tp dia tgh cabar kau. means dia bg semangat kat kau tp dlm cara kasarrr gituu. pkir positif amik kata kata bf kau tu sbgai smngat bru . mana tahu kau lg bjaya dri dia ? rezeki kt mana mana. gd luck !

  7. jadikan apa yg bf kau ckp tu pembakar semangat. kau buktikan pd dia yg kau jugak blh berjaya. btl ckp dia kau kena ada vision which is satu je, makin banyak kau survey, makin banyak kau rasa nak buat sume. hahahha,pompuan sama je.

  8. Leave him. Dengan gaji banyak tu kalau dia sayang kau dia ajak kawin. Have your on life. Apa kau nak buat tak da kene mengena dengan dia. Go with a guy yg kan support you lah. Kau pon dah habis study kenapa tak nikah je duk sekali dan support la each other

  9. pesan kat bf kau, rezeki org belum tentu, harini dia kaya senang, kau susah kesempitan, tapi Allah maha Adil, yg sebulan 4 5 ribu tu pinjaman je, ingt PINJAMAN, so kalau maksudnya PINJAMAN, esok2 kene tarik balik kalau tak reti bersyukur, clash jela, biar bf tu cari budak hipster yang acah2 kaya… kau move on, start from bottom, failure always there, tp dr kegagalan tu datangnya usaha, dan dengan usaha dah tawakal, pasti kau berjaya, ingt, MINX kat ALLAH… Dia kompem bagi… tp kene usaha dulu, pasang cita2, kalau nak buat produk sendiri, silakan….

  10. Aku nasehatkan… Tukar bf lagi bagus. Hahahah… Actually keje je ape2 yg ko suka… Jgn terlalu ikutkan life cycle yg biasa… Find ur own adventureous selagi boleh… Life is short.. Too short to feel sad and sorrow.. Sekian.

    Pastu bgtau bf, hidup tak selamanya menongkat langit kalo nak bangga sgt ngan gaji 5k tuh.

    Kbai

  11. Makan gaji dulu…..sebulan dua ada simpan sikit try masuk bisnes y x keluar modal mcm dropship bisnes…amik order je…ade pengalaman ramai follower baru try bisnes sederhana dan seterusnya…cuma bisnes ade pasang surut..
    Hmm…membe aku spm xde jual keropok n goreng pisang pakai 3 biji kete sebiji estima….sorang lagi student tp budak dropship die puluh orang…sehari atas 5k order….menangis tengok huhu….

  12. Oertama sekali, saya tak nak cakap pasal teman lelaki awak. Tapi saya nak fokus kat awak. Melalui pembacaan saya, awak sangat bercita-cita tunggu dan sering mencuba untuk berikhtiar dan perkara itu sangat saya tabik. Teruskan usaha bertanya dan meminta pendapat. Saya akan turut mendoakan awak in syaa ALLAH. Namun, sebelum awak memulakan langkah pertama dalam keusahawanan, awak perlua merasai pengalaman makan gaji supaya awak boleh mempelajari bagaimana untuk menjadi majikan yang berakhlak terpuji.

    Tentang teman lelaki awak, saya perhati dia ada tiga kemungkinan. Pertama, dia sebenarnya mengecilkan keupayaan awak sebab awak seorang perempuan dan awak datang daripada keluarga yang sederhana. Jadi dia rasa hanya orang kaya dan berkemampuan sahaja yang boleh buat banyak perkara.
    Kalau dia daripada jenis ni, saranan saya tinggalkan dia. Tidak mustahil dah kahwin nanti dia akan mengusik perihal peribadi awak.

    Kemungkinan kedua, dia jenis malas nak ambil tahu sebab tu dia perkecilkan awak dan berkata yang macam macam. Dia nampak negatif terhadap apa yang awak fikirkan. Sebabnya, dia merasakan sekali awak mencuba dalam bidang ni awak akan bergantung kepada dia akhirnya.
    Jenis macam ni pun awak tinggalkanlah. Ada yang lebih memahami awak.

    Kemungkinan ketiga, dia cakap lain tapi hati dia lain. Dia akan sokong awak tapi dia tak tunjukkan. Boleh jadi juga dia mendoakan awak dan menghulurkan sedikit atau banyak bantuan kepada awak tanpa awak minta.
    Lelaki begini sangat sukar nak cari dan kalau jumpa doa kepada ALLAH semoga dia pilihan terbaik awak….

    Macam mana nak tahu dia jenis apa? Awak mulakan dulu langkah demi langkah dan jangan skip rancangan awak yang awak dah susun tu. Kemudian setiap kali awak melangkah dan melakukannya, awak tengok reaksi dia.

    Atau lebih mudah, jangan hiraukan lelaki, tapi teruskan melangkah dengan bimbingan ALLAH dan galakan mak ayah serta keluarga. Dia belum halal buat awak, jadi jangan serabutkan fikiran awak untuk berpandukan dia . Dia orang luar jadi ikut panduan keluarga awak terutama mak ayah. Doa mak dan ayah doa yang diterima tanpa hijab. Jadi baik awak utamakan pandangan kedua dia orang tua awak daripada lelaki yang boleh jadi nak membangunkan awak atau melingkupkan awak.

    Awak, kita ni perempuan. Jangan jadikan lelaki yang haram buat kita matlamat segalanya. Tak dapat apa apa ganjaran atau keuntungan pun

  13. Bukan apa dik, kalau nak buat sesuatu show the effort, tak kira la nak bisness ke keje ker. Bini aku pun gitu cakap nak buat itu la ini la. Effort takde, bila aku tarbiah sikit cakap tak supportive, bila aku push push marah pulak. Lama2 satu pun tak jadi. Duit aku yg abis ntah kemana.

  14. Nak kluarkan produk sendiri kan? Sorry to say, kalau rasa bf nk jatuhkan pun dh down, mcm mana nk hadapi alam bisnes produk sendiri yg lebih mencabar.
    Bukan mudah oooo. Sy bercakap dari pengalaman.
    Lagi satu, nk bisnes pakai duit. Nk cari mana? Be realistic ok?
    Boleh kerja dulu utk kumpul duit atau berniaga kecik-kecik dulu. Zaman ni ramai org buat produk sendiri, kebanyakannya melingkup sbb takde persediaan mencukupi

  15. Fakta ialah lelaki mempunyai vision jangka masa panjang. Perempuan mempunyai vision jangka pendek tapi detail.

    So tak payah salahkan your boyfriend. Memang semua lelaki akan berfikir mengikut fakta. Objektif perlu jelas. Usaha kena nampak. Modal perlu ada. Dari kaca mata lelaki, kalau nak buat sesuatu, perlu ada planning. Buktikan.

    Then kalau ada semua tu, dia akan support.

  16. Nampak sgt bf kau ni pndg enteng je kt kau…kalo btul dia syg, dia akn support kau tau x…nasihat aku stu je…tinggalkan bf kau…u deserve better man…haiyo kata da ade degree, pikior la…

  17. Buat apa yg minat. Ada org rasa bahagia kalau ada keje tetap gaji ikut masa kerja. Ada org rasa bahagia kalau dpt hasil daripada titik peluh bisnes produk sendiri. Perspektif bahagia setiap org lain2. Jgn ikut ckp org lain nk kne buat itu ini. Its okay kalau fail once or twice. Rezeki yg baik Allah akan permudahkan urusan.

  18. Klu ade modal, why not trus start bisnes.. sy pown plan nk buke bisnes sndri tpi skg kije mkn gji dli, kmpul modal..
    & for your bf tuu… klu syg, sbar je lah.. bf mu tu gong sbb status dye stabil skg.. klu aq jdi mu, bui napor sdas dua bior sdar skit!

  19. Makin kau tgk bf merangkap insan yg blm tentu jd husband sehidup semati 2 meninggi makin la kedudukannya melambung naik. Buang jauh2 pandangan n perasaan negatif yg nampak ada pada diri sendiri 2.

    Fokus dgn potensi diri, buat plan n btindak. Bina n kejar impian.

    Penghalang penentu utk mencapai impian cuma diri sendiri, yg menghadapi, menjalani n menikmati hasil 2 diri sendiri. Jd buat la sesuka ati n capai impian atas izin Allah swt!

  20. Ceh mcm ap daa ko pnya soalan ni.ak spm .gaji penah cecah 6k.prmter je ..prmtr ni kelbhan nya bnyak,english ko lbh power org kta.ko dpt bhadpn ngn manusia plbgai ragam…

  21. Buang mentaliti bila degree expect gaji tinggi riban?
    Sape je nak terikat dengan “makan gaji” ni.xde org nak tersekat dgn makan gaji ni.mesti cita2 nak kluar dr zon makan gaji.ade business sendiri.niat nk ada produk sendiri tu bagus.mcm ko ckp la nak usaha mula dr bawah.tp bukan senang weh nak cri duit.nak menabung.
    Walaupun ko keja makan gaji akn amik masa nk kumpul duit.
    Bila ko Ade komitmen lg la kena pikir 100 kali.
    Amik contoh tiap bulan makan gaji ade komitmen bulan2 yang fixed.byr keta,bill,sewa semua.
    Kena ingt ye.bila kerja sendiri kena make sure komitmen bulan2 bole lepas.plus extra.mcm kita taw la ade untung rugi dlm meniaga.
    Amik peluang cri pengalaman keja.kumpul modal.wat secara part time business.bukan senang nk approach org deal dgn kita dik oi..
    Anyway,impian dah bagus gudluck sis

  22. Ada jugak kemungkinan dy nak kau bincang ngn dy betul2, kau pn boleh knal dy ni supportive atau tidak..kalau takat mesej gitu je, perkataan pun short form short form, kau dah label dy x supportive sume benda,xleh gak..pastu time kau tny time tu da la mesej je ke atau wasap je ke, dy tgh serabut nak handle mcm2 tambah time drive plak pastu gaji 4 5k ,nak kena submit projek la bagai la mesti serabot handle mcm2..jadi, kau dah anggap cmtu mcm tak adil jgk utk dy dapat anugerah bf tak supportive hahaha,,,cuba bincang betul2 face to face meja ke meja ke mintak pendapat dia, kalau betul kau kenal dy n boleh jadi peneman dunia akhirat mungkin dy boleh tlg…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *