BFF Maut

Minggu lepas, kakak ipar aku PM aku… Dia kata suami dia curang. Pelik juga, dah kahwin belasan tahun, tiba-tiba suami dia curang pulak… Suami dia tu abang sulung aku laa…

Ceritanya, kawan aku ni BFF aku. Aku namakan dia Tuyuk la senang. Tuyuk ni aku dah kawan dekat 20 tahun dah. Sekarang dia anak yatim piatu, memang rapat la… Zaman sekolah menengah dulu sama-sama, masuk Form 6 pun sama-sama…

Satu hari tu, dia tanya aku, tahu tak mana ada kerja kosong. Aku bagitahu la kedai makan abang aku cari pekerja. Tapi kerja biasa je lah—angkat cawan, basuh pinggan. Dia kata okay je, sebab tengah cari duit…

Aku pun bagitahu abang aku. Dia kata okay je. Abang sulung aku ni jenis kuat kerja, tak main media sosial sangat, fokus meniaga je. Dia sayang sangat dengan bini dan anak-anak dia.

Walaupun dia tegas dan tak banyak cakap, tapi jelas nampak dia bertanggungjawab dekat family dia dan family kami juga…

Tuyuk ni sebaya aku. Lawa tu tak sangat, tapi dia ada darah kacuk-kacuk, jadi tak rupa Melayu sangat…

Dekat setahun dia kerja, aku tak ada dengar apa-apa komplen… Tiba-tiba, kakak ipar mesej bagitahu abang long curang dengan Tuyuk. Aku macam tak percaya.

Kakak ipar call, nangis-nangis… Dia minta aku nasihatkan Tuyuk supaya jangan kacau laki dia. Laki dia yang dulu baik, dah berubah—angau, tak layan dia dan anak-anak… Dia tunjuk bukti kecurangan tu.

Wehhh, rumit betul… Terkejut aku. Kecewa aku. BFF kot, boleh cantas suami orang. Abang aku pulak tu… Kak ipar aku punyalah baik, beranak anak dia… Dia curang di belakang. Ehhh, dalam kedai makan yang sama pulak tu!

Aku tak nak cerita panjang. Tolong bagi cadangan apa kak ipar aku boleh buat… Nak nasihat? Tak kena gaya dah, dua-dua tengah leka kemaruk. Kesian kak ipar aku… Dia sayangkan rumahtangga, tapi suaminya curang.

Nak bermadu, hati terluka dan tak sanggup. Dia takut tak boleh jadi isteri yang sabar dan baik kalau ada madu… Dia kata nak redha bagi laki kahwin dua, tapi masa kemaruk ni pun suami dia dah start baran dan tak layan dia… Mampukah suaminya berlaku adil???

Aku pun tak sanggup bayangkan Tuyuk jadi kakak ipar aku… Aku memang dah nak mengamuk ni, tapi kak ipar kata sabar dulu. Kalau aku serang Tuyuk, Tuyuk bagitahu abang aku, kakak ipar pula yang kena marah dengan abang aku tu…

Apa yang patut kak ipar aku buat? Ada doa atau amalan nak lembutkan hati orang tak? Kalau tak ada, aku rasa nak je bacakan Yassin 7 Mubin… Tapi dia kawan baik aku…

– Yang Sedang Bengang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Saya sarankan untuk awak pergi nasihat kan abg awak tu kalau lambat takut nanti bergaduh depan anak2 mereka dan akhirnya anak2 abg awak akan buat macam2 masalah kerana stres dengan hidup macam tu dan akhir bun*h diri

  2. Nak sis ajar ilmu tepuk bantal?
    Ahaha..gurau²..
    Dah malas nak share sbb biasanya org x sabar nk tgok hasil.
    Bila dapat laki miang ni,mmg Kena sabar,tenang..dlm masa sama,Kena usaha cri Jalan penyelesaian

  3. Nasihat je kakak ipar ambil jadikan madu. Senang. Memang sakit tapi cuba bersabar. Kakak tak hilang hasben, malah tingkatkan martabat disisi Allah.

    Kalau tak mampu. Pergi mahkamah selesaikan segalanya..

  4. Dah ko kwn tuyuk..p la tabuh kepala dia nasihat bg otak dia berjalan.

    Apa yg nak takut sgt?Ko nak subahat dgn maksiat ke?Apa ke bangang

    Org melayu ni jenis tak suka confront depan2 tu yg jd masalah besar.Kena all out berani.Berapi.

    Abg ipar ko tu pi la tembak dia cukup2..kalau korg berdua duk diam dan harapkan ipar dan tuyuk selesai sendiri smpai kiamat takkan settle..apa lah!!!

    Pi la buat kecoh kat kedai tu.Kalau aku la..mmg aku maki hamun dua ekor terlaknat tu smpai insaf.

  5. Betul tu.., dah dia bff ko, cuba slow-talk, tanya kesahihan cerita kakak ipar tu n nasihatkn dia klaw betul.. katakan yg awk lbh kenal abg awak tu, n dia dlu seorang ‘family man’, bermadu pon bkn satu pnyelesaian yg baik, sbb nt mngkin akn ‘brantakan’ jugak, dahlah kerja satu tempat.., nasihatkn bff awk tu utk cari kerja lain, n klaw bule jauh dari tempat skrg.., mngkin di sana dia akn berjumpa dg org yg lbh sesuai dgnnya utk dijadikan suami, siapa tahu.., dia pon masih muda n bujang kan.. wallahua’lam

  6. tgk abang kau mcm mana. kalau menggila sgt dgn bff kau tu, nmpk ada bnda xkena…p la bwk berubat dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *