Biar Papa Asal Bergaya

Berapa ramai anak muda sekarang macam ni agaknya? Gaji baru RM5000(tak bersih lagi tu) dah gila nak pakai kereta besar-besar. Honda Volkswagen Toyota, installment RM1000++ sebulan. Belum pikir minyak lagi tol lagi, roadtax honda city setahun pon dah 2000++ tau. Tak dan nak menyimpan duit. Manusia sekarang terlalu pentingkan status. Nak nampak kaya di hadapan orang lain. Nak pakai iphone nak pakai kete besar, handbag branded, semua sebab nak puaskan mata orang lain, bukan sebab nak reward diri sendiri ke.

Ok nak kenalkan diri jap, aku umur 28tahun, dah kawin dan ada anak. Kerja biasa2 je, lepas kawin suami suruh berenti, tolong ayah bisnes jela. Alhamdulillah lepas berenti masa tu umur 25, Allah kurniakan rezeki melimpah ruah kepada suami. (Yela suami redha isteri tak kerja mestilah Allah bagi rezeki melimpah ruah, jadi lelaki sila buat baik kepada isteri anda supaya lancar rezeki hehe) Dan sekarang gaji suami aku lebih dari 10k sebulan. Kerja ofis saje, bukan engineer, bkn pilot, takde buat bisnes sampingan atau side income lain. Tapi, kami, masih hidup seperti biasa, macam masa awal2 kawin, gaji 3.6k je dulu, boleh gi jalan2 oversea, banyak duit lebihan boleh belanja adik beradik makan, hulur lebih kat mak ayah, bayarkan bil2 rumah. Gembira hidup boleh berbakti macam ni. Sungguh gembira.

Nak tahu apa yg kitorang buat sampai boleh ada duit lebih banyak bulan2? Kitorang tak sibuk nak bermewah macam orang lain, tak sibuk nak tukar kereta bagi lagi besar, pakai kereta malaysia je, tak sibuk nak modify kereta, tak sibuk nak beli barang mahal untuk jamu mata orang lain. Rasa macam terlalu cukup dah dengan apa yang ada. Ada duit lebih boleh keluarkan bila2, boleh kumpul duit beli rumah. Kami dah ada 2 rumah dah. Alhamdulillah.. Kami bezakan mana aset dan mana liabiliti. Liabiliti tu kami tolak tepi dulu.

Banyak dah depan mata ni aku tengok kesengsaraan mereka2 yang terlalu pentingkan status depan mata orang lain. Biarlah orang hina ko takde duit ke apa ke, bukan dorang tahu dalam akaun ko dah ada berjuta lemon ke, ko kene ingat kalau dorang muda2 dah pakai kete besar handbag mahal tapi keje swasta je, takde bisnes atau side income lain, sah memang sah, dorang tak sempat nak menyimpan pun. Saving pun ntah ada 1000 je. Berbanding ko yang pakai kete biasa2 je. Ini fakta ye, celah mana nak korek duit nak wat bayar kete besar2 ni kalau setakat gaji ofis je.

Aku tak hina orang yang pakai kete besar2, nampakla kebanggaan bila jumpa kawan tu, cuma aku nak kita belajar hidup jangan nak pikir nak impress orang je. Brape ramai kawan2 aku yg macam ni, sangat ramai, pentingkan status, nak nampak berjaya je. Barang branded tp saving pun takde.

Dah tu, tak dapat nak berbakti kat mak ayah, hulur lebih sket, tengok dorang senyum, berkat tu berkat, bagi lebih Allah tambah lebih lagi(tapi yg jadi suami jgn sampai bg semua gaji kat mak ayah plak, berdosa plak awk nanti, berbakti pada orang tua tapi dalam masa sama nafkah isteri tak bagi, neraka jugakla yg tarik awak, jgn salah konsep ye). Tapi walaupun aku slalu hulur duit kat family, kadang adala masa takde duit jugak tu, saving tinggal sikit (sebab nak bahagiakan orang lain punya pasal, dan kadang2 sebab aku ngan suami suka pergi jalan2 ke negara orang hahahhahahah) tapi tapi tapi, Allah ganti jugak ke lain, sebab kami jual sebuah rumah kami dapatlah bersih dalam 30k +++( hasil tunggu apreciation stahun je, beli rumah stahun pastu terus jual), oklah sori melalut panjang, apa yg aku nak tunjuk kat sini adalah, didik diri jangan guna duit kita untuk impress orang. Tapi gunalah untuk bahagiakan diri kita.

Takperlu pakai iphone masuk kedai keluarkan sebab nak tunjuk aku mampu beli barang kat kedai ni(hasil dengar cerita dari orang yg rasa insecure ngan diri), berjalanlah dengan perasaan yg yakin, bersyukur, nampak gagah dan berani, sebab tahu ye, aku ada duit, ada saving yg banyak, tak perlu rasa tak secure nanti orang pandang dia takde duit ni, huh, peduli apa dengan pandangan orang. Kadang yang hina kita takde duit tu, dia la yang sebenarnya takde duit. Kita je taktau. Dan dia je tak sedar diri. Hahahhaha

Duit bukan segalanya tapi ye segalanya perlu duit. Rancanglah duit anda dengan sebaik2nya. Jangan berbelanja utk impress orang. Takde guna. Lainlah memang dah jadi milionaire. Dan ingat satu benda, org yg betol2 kaya, memang dah tak kesah dengan harta, nampak humble je, sbb apa? Sbb dia dah biasa merasa semua benda sampai tahap tak kisah dah. Yg bajet2 baru nak kaya je suke tunjuk semua benda yg dia baru dapat, baru beli, stereng kete la, gambar rumahla, kenapa kene tunjuk? Sebab kurang self esteem jadi nak nampak yakin kene tunjuk dulu aku ada itu ada ini(menurut kajian ye, sila google low self esteem, atau pape yg patut,pandai2 la da besar kan hihi) ok.. Jadilah org yang yakin dgn diri sendiri.????

– N

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

107 Comments

  1. Aku suka confession mcm ni cuma ade part perlu perbaiki. Seolah2 memandang rendah pd mereka yg takde saving/beli kereta mewah bla3. Nak nasihat tak perlu mgutuk. Cerita yg positif pun dah ok.

  2. Good confession. Tapi ade beberapa bahagian elok diperbaiki. Ada part seolah-olah mcm ujub dan bangga diri. Aku lah paling baik, aku lah yg pandai uruskan duit, korang yg pakai kereta besar semuanya berlagak kaya tapi miskin.

    Yg lain semuanya ok ade nasihat ade tips pasal income management.

  3. tak faham. cerita ni nak menunjuk ke nasihat? apa kata screenshot jer terus akaun SUAMI akak yang ada beratus ribu tu kat sini? tak payah la susah susah nak karang ayat panjang panjang kan? huhu.

  4. Do what can satisfy you.

    Ada org spend money dekat kereta sebab minat
    Ada org spend utk travel overseas

    Kalau aku spend topup game

    Cuma jangan sampai membebankan.
    Nak modify kereta boleh jangan over budget saja

  5. Psssttt…nk ckp…kaya pun ujian…miskin pun ujian…tp xde guna klau jd xkaya tp x beri manfaat kt org…pepatah fb ada mngatakn…sstgh org miskin sbb dia cuma ada hnya duit…

  6. matlamat hidup dan matlamat kewangan setiap orang tak sama.
    Dan, macam mana tahu orang yang spend lebih kat diri sendiri, tak hulur kat mak ayah diorang? atau tak de saving langsung? Perlu ke kawan2 awak report semua detail kat awak?

    Saya ada kenal orang yg sangat ‘kedekut’. Duit gaji suami isteri memang saving gila babi. beli property. Memang bagus la.

    Tapi, dia selalu jugak kondem member lain esp yang bujang sebab tak beli property. Sebabnya yg bujang2 ni suka travel. Again saya nak cakap, matlamat kewangan setiap orang tidak sama.

  7. sy rasa dia cuma nak menyedarkan saja, tiada riak pun. kalau riak pun bukan kita tahu dia siapa.. nice confession sis, bukan senang org nak wat mcm ni, biasa semua nak yg menunjuk yg besar2 taktahu nak puaskan hati siapa.. inspired. . betul tu org kaya tak bangga dgn harta dia sbb dah biasa. well said. :)

    • heheh Ape confession ni sis? Menarik. Kje ngn parents, kawen laki gaji 10k sebulan ddk ofis, jual sebuah rumah, ‘duit bukan segalanya’, its all about harta yg mampu dibeli. patut post dan viral kt siakapkeli etc bkn kt confession page. #mcmceritanovel #notinspired

    • Ahahaha… ntahla sis. Yang i nak tau sekarang ada ke keje ofis saje yg bukan engineer yg bukan bisnes gaji 10k. Yg i tau sis technician boleh 10k tapi bukan duduk ofis saje. Arkitek pon bukan duduk ofis saje. Kena pergi site. Oil and gas ke bukan duduk ofis saje. Kena pegi site. Bos kat ofis pun bukan duduk ofis saje kena pergi meeting. Lecturer pun kena masuk kelas bukan duduk ofis saje. I confuse sis. Ada bos bayar 10k tapi duduk ofis saje. I nak apply sis. #sisserius ?

    • Hahah ssh nk percaya. Mcm propaganda pun ade. Realiti nye hidup x semudah duduk dlm ofis dpt gaji 10k. berapa thn experience yg melayak kn diri dpt gaji cmtu. Rezeki hubby die.

  8. Sama je kak. Ada org spend kat krete ada org spend g bercuti. Ikut hati suka yg mana lah. Dia nak riak dgn krete dia biarla. Akk nk riak pergi luar neg suka akk la. Dia pn ada saving cam akk bukan akk sorg je ada saving. Cuma dia xsembang je la.

  9. Sng jer kitorg ckp kt akak ni…untong la kak oiiiiii…. Perjalanan hidup kiter berbeza, dugaan hidup kiter pn berbeza… Akk bersyukur jela aper akk ader… Bersyukur la boleh jd suri rumah..org lain tjawab dier lain… Jgn sng2 akk nk nilai scra kasar hny sbb akk rs akk ader hidup sdrhana tp mewah, konon2 pndai manage duit… Akk sndri pn x bgaji kak oi… Langit x selalu cerah… K kak..bye…

  10. Confessor ni riak tak riak tu dosa dia dgn Tuhan. Tp point dia byk yg kita boleh ambik iktibar. Realiti nya mmg mcm tu pun.. ramai yg sanggup papa asalkan bergaya. Kdg2 kita sndri pun ada sifat boros tu.. Mana yg tertampar jiwa tu masih ada ruang utk ubah lifestyle.. Bknnya melenting. Masalah kita ni lah dia, ego sgt. Bila ditegur, org yg tegur tu kena perfect dlu baru kita nak dgr. Mana lah ada org perfect dlm dunia ni…

  11. Nk riak ek awak.. lain org lain citarasanya.. lain org lain perbelanjaannya. Adr org belanja sbb minat, ada org belanja sbb nak gembirakn seseorg contohnya familly etc… tak semua org sebahagia dan sebertuah akak. Rezeki setiap org lain2.. kebahagiaan setiap org pun lain2..

  12. Ade.jek orang yg saving. Ade jek orang yg self reward die berbeza beza. Mane yg buat die gembira , melancong.ke, beli kereta mewah ke, Ikot suka.die lah. Ade jek Org tlg mak ayah. Belanja.adik beradik. Tapi tak confess kt.sini . Haha k bye.

  13. I think ramai sgt yg missing the point terhadap apa yg confessor ni cuba sampaikan. Mungkin sbb minda dah dikelabui oleh anggapan unsur2 berbaur riak.
    Apapon, take it positively guys. Mmg perkara ni berlaku. Ramai yg mempunyai komitmen melebihi kemampuan. Contohnya gaji rm5k tp komitment bulanan rm3k atau lebih (tak termasok komitment tahunan). Kene ingat yg gaji bukan dpt bersih. Ia akan ditolak lg dgn kwsp dan mcm2 lg caruman bulanan. Its about financial management. The point is to live within your means, prioritize needs over wants. After u saved enough, then comes self-satisfaction/self-reward utk travel or modify kereta or whatever u want.

  14. better pesan je

    xpelah pakai kereta mahal
    xpelah nak melancong
    Xpelah nak pakai iphone

    tapi jgn lupa
    makayah
    tanggungjawab
    menyimpan

    kalau kerja ofis
    pakai keta honda
    dah dia mampu xpejela
    mana kita tau dia ada saving ke x

    kot2 dia ada harta pusaka 2juta?
    hahahaaha.

    dalam poket orang x payah intai
    poket kita sendiri jaga kemas kemas.

  15. Tapi part kereta tu…pd sy tkleh jugak pakai beli ja kena tgok pd kualiti. Kalau beli perdana 1st hand dpt pakai utk setahun je paatu tersadai kt garaj umah..aii susah gak tu. Better beli honda city wlopon sekehen dpt berjalan2 ke sana ke mari low maintenance jrg rosak naik pon sedap skit bwk.

  16. Haha … skang rame yang celik invest…so kalu gaji besar, dsr kite pun besarah boleh wat loan..dengan loan kite wat duit pasif.. so nasihat patutnya gini… kalu adek gaji rm5000 , nak beli 2 biji rumah..beli kete kancil ..so.boleh beli 2 biji rumah siap dapat loan asb rm 100k lagi… so fikir fikir kan lah.. ada yang nak jaga standard, ada yang nak seft rewards.. tapi kalu more tu invest lagi bagus.. macam dulu2 … abang ak dapat duit raya rm 200, nak self rewards , beli jam alien woksop rm 200 ..dapatlah pakai jam 2 sampai tahun depan..ak masuk asb, rm 200 , tahun depan dapat rm 215..rm 15 boleh wat beli jam pasar malam …tapi still ada rm 200..manalah tau cikgu nak bawak gi rombongan gi melaka ke..dapat ak ikut..abang ak duk negok jam alien woksop ajalah…gitu lah .. melalut2 esok tool box .. sapa dapat tangkap, tangkap..tak dapat tangkap..abaikan ..

  17. 10k je baru kak. Ade org 20k tak ckp ape pun. N kalau akk bukak mata btul2 skrg, byk youth kite yg tak mampu pun nak bertukar kereta or pakai iphone dek ekonomi skrg. Jgnkan kate boros, keperluan pun ckup2 je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *