Aku bukan bangga akan kegemukkan aku.Tapi aku penat dengan persepsi manusia terhadap orang gemuk.Jadi aku mahu buktikan sesuatu kepada insan-insan yang selalu memandang rendah pada orang gemuk.Aku perempuan,dan semua orang tahu perempuan sangat sensitif apabila disoal pasal berat badan,bentuk badan dan paras rupa.Ya begitu juga aku.Tapi apabila aku acap kali bertemu dengan lelaki-lelaki yang memasukkan "kurus" dalam kriteria pemilihan jodoh mereka.Aku naik muak.Bukan kerana Aku gemuk tapi kerana aku tidak suka cara lelaki menilai perempuan.Aku tidaklah gembira dengan kegemukkan aku.Cuma aku kesal apa tidak layak gadis gemuk untuk dicintai?
Dan sekarang aku bertekad,aku hanya akan kuruskan badan aku apabila aku sudah bertemu dengan lelaki yang boleh terima aku gemuk.Yang boleh terima paras rupa aku,bukan lelaki yang terima aku selepas aku berusaha keras untuk menjadi kurus.Sekarang gemuk pilihan aku.Biarkan aku gemuk.But dont worry kesihatan diutamakan.hahaha..Biar gemuk asalkan sihat.Ya idok..Hahaha dari kurus melayang-layang tapi banyak penyakit..
#SisSentap
– Jemah