Bidadari Syurgaku

Assalamualaikum.. Berat aku nak menulis kerana berat benar rasanya seorang lelaki nak meluah dan mengaku kesilapan besar yang telah dibuat.

Kali ini aku benar-benar dah buang ego aku. Sebab aku tahu, aku mungkin akan kehilangan bidadari aku.

Aku dah berkahwin ada dua pasang anak. Seorang lelaki dan perempuan. Aku ada bidadari yang comel, aku gelarkan Orked.

Orked memang comel sangat. Seorang yang jujur, baik hati dan lurus jugak orangnya. Kami dah menjadi suami isteri hampir 9 tahun.

Orked memang serba serbi sempurna. Baik. Cantik, lemah lembut, berbudi bahasa malah tak kekok dan tak kedekut.

Kisah bermula sebab addiction aku terhadap p**n especially kat perempuan yang suka tayang b**bs kat medsos ni.

Selama 9 tahun, aku dengan Orked, aku akui memang Orked yang akan mula dulu hubungan intim dengan aku. Dia yang akan minta.

Orked selalu minta seminggu sekali ataupun dua minggu sekali. Tunggu aku memang takkan aku minta. Aku pun tak tahu kenapa. Aku lebih suka tengok dan lepaskan nafsu aku sendirian.

Orked bukan tak cantik, body pun cantik. Walaupun biasalah body orang dah melahirkan. Aku pun tak sempurna. Tapi Orked memang pandai layan aku.

Mungkin disebabkan aku dah obses dengan hiburan online ni, memang aku kurang nak bagi nafkah pada dia. Sampaikan Orked yang minta. Aku okay je layan je kalau dia minta. Cuma untuk aku yang memulakan tu memang susah.

Dan aku tahu je, Orked yang akan tidurkan anak, dandan diri dia, pakai baju tidur sexy.

Aku? Takda pernah aku tunjuk effort aku untuk bersama dengan dia. Bagi aku, dia tak perlu pun buat semua tu, aku suka je dia. Sebab aku memang sayang sangat pada Orked.

Tapi, sepanjang tempoh tu, kantoi aku melanggan awek kat telegram. Sanggup aku bayar semata-mata nak gambar dna video awek ntah mana ntah. Sedangkan yang halal depan mata aku dah ada. Kebodohan apa yang aku buat???

Aku harap, lelaki kat luar sana yang dah ada isteri, tolonglah jangan buat. Aku dah menyesal sekarang. Banyak kali aku kantoi sebenarnya.. Tapi Orked masih maafkan aku.

Dan sepanjang tu juga ada dia meluahkan di status story whatsappnya yang memang dia set untuk aku sahaja yang boleh baca.

Dia akan tulis quotes sedih, dan berbagai video tazkirah tentang ketagihan p**n ni. Tapi, aku masih ulangi perkara itu. Mungkin sebab Orked sering maafkan aku? Aku pun tak tahu.

Sekarang aku kantoi lagi follow banyak page awek2 seksi di medsos. Aku dapat tahu kantoi bila Orked dah mula block aku di akaun medsosnya.

Aku tak tahu kenapa aku tega sungguh nak sakiti hati bidadari aku ni walaupun aku tahu dia seorang isteri yang cukup baik dan taat.

Saban hari, dia tunggu aku balik kerja, mata dia bersinar-sinar nampak aku, peluk aku, sediakan makan minum aku dengan baik.

Jarang Orked merajuk dan marah dalam tempoh lama. Tiap malam mesti akan minta ampun dan halal makan minum pada aku. Walaupun aku buat salah pada dia. Dia yang datang hulur tangan nak minta maaf pada aku.

Sekarang Orked aku dah berubah. Dia masih buat kewajipan dan tunaikan hak untuk aku dan dan anak2, tapi aku dapat rasa senyuman dia makin tawar. Sinar matanya dah hilang.

Kalau dulu, memang berkepit dengan aku kalau aku ada rumah. Sekarang dia lebih rela duduk sorang2 dalam bilik atau dia leka bermain dengan anak2. Sungguh aku rasa kehilangan walaupun Orked ada depan mata aku.

Belum cakap lagi saat dia tidur. Sebelum ni, selagi aku tak tidur, dia takkan tidur. Dia akan teman aku tengok bola, main game, atau tengok movie. Sekarang ni, dia mesti tidur dulu. Mungkin hati dia dah terlampau sakit dengan aku.

Fyi, Orked ni di diagnosed ada Anxiety Disorder dan kerap dia kena panic attack. Aku je tahu macam mana seksanya dia bila dia kena panic attack.

Macam aku cakap, aku memang sayang dekat Orked. Cuma, masalahnya addiction aku ni terlalu teruk sampai dah melukakan hati dia berkali-kali. Dan sekarang aku dah rasa dia mula menjauh. Sungguh aku rindu dengan telatah manja dia dengan aku.

Orked memang pandai jaga diri dan maruah. Tak pernah sekali dia upload diri dia di media sosial. Manja dia hanya tunjuk depan aku sahaja. Tapi aku ni tak bersyukur.

Setelah bermacam kesalahan aku dah buat pada dia, dia tetap memilih untuk stay dengan aku. Belum cerita family toxic aku yang selalu buli dia. Tapi dia tetap ade dengan aku. Siap suruh aku jangan bermusuh dengan family aku terutamanya mak aku.

Mak aku terang2 benci dia. Tapi dia tetap bertahan dan bersabar.. Manusia jenis apa aku ni ye?

Orked aku masih tersenyum memandang dan melayani aku, tapi aku terlihat kesedihan di hujung matanya. Aku terlihat kejanggalan di balik tawa gelaknya.

Apa yang aku perlu buat selain bertaubat dan ambil hati Orked aku?

Bab kerja rumah memang kami dari dulu dah buat sama2.. Bab belikan baju, barang, perfume memang itu selalu aku dah buat.

Macam mana lagi aku nak ambil hati dia kembali. Sebab aku dah buntu.

Makin hari bidadari aku dah makin jauh..

– Inderaloka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Taubat nasuha. Pikat hatinya sebagaimana kau pikat dia dulu, double the efforts. Peka semua kesukaan dan kebencian dia. Leave love notes and yes holidays. Cuba buang ego, minta dilayani dahulu sebelom dia meminta. Hatinya terluka parah tapi belom terlambat untuk pulih. Jgn sampai hatinya keras kerana ketika hatinya keras kau akan kehilangan dia selamanya. Seperti suami saya kehilangan saya entah untuk sampai bila

  2. benci benci benci
    yang halal ada depan mata
    yang haram jugak yg kau cari

    adik
    kau cakap mmg senang
    sedap kau tak rasa betapa sakitnya hati

    cuba bini kau pulak buat kat kau sebijik2 macam tu
    agak2 nak rasa apa????????

  3. Berubahlah sebelum terlambat.
    Sebelum Allah tarik balik nikmat ada seorang isteri yang baik dan gantikan dengan perempuan yang sesuai dengan nafsu kau.
    Lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *