Big Why

Assalamualaikum. Sebenarnya aku sudah lama nak menulis di page ini, tapi baru ada kesempatan.

Aku faham, setiap orang akan ada cabaran hidup masing-masing, tetapi yang membezakan adalah cara kita menghadapi dan menanganinya.

Tidak terkecuali dengan diri aku, walau pun mungkin cabaranya tak sehebat orang di luar sana, tetapi kadang kala membuatkan aku terduduk.

Aku Seorang wanita berumur pertengahan 30an, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang berusia bawah 7 tahun dan tinggal di Selangor.

Manakala Mak ayah aku berasal di Utara dan hanyalah bekerja kampung yang mana kalau ada kerja adalah duit kalau tak memang tak ada langsung. Tapi Alhamdulillah Allah masih bagi rezeki kudrat untuk ayah dan mak aku mencari rezeki.

Apa yang aku hendak ceritakan di sini adalah, sejauh mana tanggungjawab kita sebagai anak bila mana ibubapa yang sudah tiada kudrat lagi untuk mencari rezeki.

Bagi yang ada mak ayah yang ada duit pencen atau KWSP aku rasa tiada masalah, tapi bagaimana pula mak ayah yang langsung tiada simpanan untuk hari tua dan mengharapkan anak-anak untuk menyara mereka. Adakah setiap anak terfikir akan hal ini.

Iye, benda ini lah yang selalu aku fikir. Aku perlu terus bekerja dan kuat sebab big why aku kerja adalah untuk menyara mak ayah aku.

Aku selalu terfikir, kalau aku berhenti kerja, siapa yang akan bagi duit bulanan kepada mereka, kalau mereka masuk hospital, siapa yang akan keluarkan kos perubatan mereka dan macam-macam lagi perkara yang sentiasa bermain di fikiran aku ini.

Sebenarnya aku bukannya anak tunggal yang sorang-sorang kena fikir, aku ada ramai adik beradik. 8 orang kesemuanya, tapi apa yang jadi pada hari ini nampaknya semua tanggungan atas aku seorang.

Jom aku ceritakan detail kenapa aku rasa benda ini. Abang atas aku ada masalah attitute, seorang yang tidak mempunyai kerja tetap dan masih bujang.

Kalau dia kerja sekalipun hanya untuk lepas diri sendiri dan tidak pernah fikir tanggugjawab sebagai seorang anak lelaki apatah lagi untuk menyara mak ayah kelak. Hidup dia hanya untuk berseronok.

Dua orang adik aku masih belajar, seorang sekolah menengah dan seorang di IPT. Dan yang lain semua sudah berkahwin dan menjadi suri rumah. Iya aku ramai adik beradik perempuan.

Adik beradik aku semuanya bijak-bijak,lulusan universiti. Tetapi mengambil keputusan berhenti kerja selepas berkahwin mengikut suami masing-masing. Dan apa yang boleh aku katakan suami diaorang kerja biasa-biasa sahaja, dan dalam golongan B40.

Sebab itu aku terkilan, kami bukan berasal dari keluarga yang banyak harta dan masih ada mak ayah yang perlu ditanggung.

Ayah aku sendiri sudah berumur hampir 70 tahun, mak pula 60 an dan ada beberapa jenis penyakit, Tetapi masih gigih mencari rezeki untuk sekolahkan adik.

Aku memang dari mula kerja lagi sudah terbiasa akan kirimkan sejumlah wang untuk mereka sehingga sekarang. Dan hanya aku seorang yang berbuat demikian. Adik beradik yang lain,sekiranya ada duit lebih dari suami then baru bagi.

Aku teringin hendak berpakat dengan adik beradik untuk allocated sejumlah duit bulanan untuk diberi kepada mak ayah, atau pergi bercuti satu keluarga tetapi diorang tiada pendapatan sendiri, mana bisa aku boleh memberi cadangan ini.

Kadang-kadang sedih bilamana sepatutnya umur macam ayah aku tu sudah tidak perlu bekerja lagi tetapi sekiranya aku seorang saja yang menanggung aku rasa agak berat memandangkan aku juga ada komitment kewangan aku sendiri.

Macam komitment kereta, aku perlu ada kereta sendiri untuk ulang alik ke tempat kerja sebab rumah aku tiada public transport untuk ke pejabat.

Seumur hidup aku tidak pernah membuat pinjaman peribadi, sebab aku betul-betul tak nak ada hutang, tetapi tahun lepas aku terpaksa buat untuk kos baiki rumah ayah di kampung yang perlu dibaiki segera di mana kos nya hampir puluhan ribu.

Sebahagian Bil-bil utility mak ayah juga aku yang bayarkan. Dan aku juga la tempat adik beradik pinjam duit.

Aku memang seronok dapat bantu mak ayah dan adik beradik, tetapi kadang kala terasa juga sebab macam aku seorang yang penat kerja manakala adik beradik lain hanya duduk rumah dan hanya jaga keluarga masing-masing.

Lima bulan lepas, syarikat tempat aku kerja telah berpindah lokasi ke tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Jarak pergi balik lebih 120km dari rumah, aku terbeban dengan penambahan kos transport yang berganda-ganda serta masa dan kesesakan lalu lintas.

Aku stress kena mengadap setiap hari benda yang sama plus stress kat tempat kerja. Tapi aku kena kuat bila teringat big why aku.

Sebab itu kadang-kadang aku rasa sedih sebab aku perlu kuat bekerja sedangkan adik-beradik yang lain buat hal masing-masing tanpa memikirkan kebajikan mak ayah. Kat sini aku tak cerita perihal suami sebab focus aku adalah mak ayah dan adik beradik aku.

Terima kasih…

– Erin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *