Deja Vu

Assalamualaikum w.b.t. Nama aku Farah. Aku sebenarnya dah lama nak buat confession kat sini tapi tak tahu nak mula dari mana. Maaf jika penulisan aku agak berterabur.

Terlebih dahulu, aku ceritakan latar belakang diri aku. Perempuan pertengahan 30-an, bujang yang baru memulakan kerjaya di ibu kota.

Deja vu. Ya ini yang aku nak ceritakan tentang keadaan aku sekarang.

Deja vu bermaksud suatu perasaan di mana kita pernah berada dalam situasi sekarang. Situasi aku sekarang boleh dikatakan sudah mengalami lebih dari 4 kali dan aku sangat serba salah sekarang ni.

Untuk makluman, aku sedang bekerja di sebuah syarikat yang mana aku masuk dalam syarikat tersebut hanyalah atas ehsan kawan aku.

Kawan aku telah mengrekomenkan aku kepada boss dia aka boss aku jugak sekarang.

Aku yang memang sudah lama mencari kerja, tanpa berfikir panjang terus menerima tawaran tersebut dan telah bekerja di jabatan yang sama dengan kawan aku.

Masalahnya sekarang, aku bukan tidak bersyukur bila aku mendapat kerja tersebut, tetapi perasaan tidak senang duduk itu muncul apabila wujudnya sesuatu masalah sehingga aku rasakan aku menyusahkan kawan aku.

Padahal, aku tidak pernah mendatangkan sebarang masalah yang berat (kecil2 ada je) buat kawan aku tapi kerap kali jugak aku disuruh mencari kerja lain disebabkan apabila munculnya sesuatu masalah yang membuatkan dia in tight condition.

Sekarang ini, aku merasakan aku sudah menjadi masalah bagi kawan aku sebab aku dapat rasakan dia nak tegur something tapi tak sanggup sebab kawan sendiri kan.

Aku dalam dilema samada perlu berhenti atau tidak kerja di tempat yang sama dengan kawan aku ni. Mungkin tidak perform seperti dia harapkan.

Aku dah cuba yang terbaik tapi mungkin tidak menepati target yang kawan aku inginkan.

Situasi ini pernah terjadi dulu di tempat kerja sebelum ini yang mana aku hanyalah dapat kerja melalui “cable” iaitu abang dan kakak aku sendiri dan kerja tersebut hanyalah bertahan beberapa bulan sahaja,

Sebab aku rasakan tidak patut aku dapat kerja tersebut sedangkan masih ramai lagi yang layak dan melalui jalan yang betul untuk mendapatkan kerja tersebut.

Aku paham memang susah untuk dapatkan kerja di musim pandemik ni. Tapi aku rasa dah menyusahkan kawan aku sendiri dan sekarang ni aku rasa hendak meletakkan jawatan di tempat kerja sekarang.

Biarlah aku mencari peluang pekerjaan yang lain tapi aku risaukan faktor umur aku yang makin meningkat.

Aku rasa tiada company yang ingin ambil aku bekerja dengan pengalaman yang tak seberapa ni.

Kawan aku memanglah tersangat baik tetapi aku dah mula rasa serba salah dan menyusahkan dia sebab aku ni boleh dikatakan slow-learner atau lambat pick-up.

Deja vu betul lah yang aku rasakan sekarang ni. Im in a tight spot too. Perasaan sangatlah tak best dan merunsingkan aku.

Patut kah aku berhenti sahaja seperti kerja sebelum ni ataupun terus bertahan walaupun terpaksa menghadap muka kawan aku setiap hari?

Aku perlukan pendapat korang.

Yang benar,

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *