Hati Mati II

Untuk part I, (https://iiumc.com/hati-mati-5/).

Hi, again me. Ashraff. Btw thanks untuk semua kata kata yang baik dari sahabat. Saya baca semua komen. Semua komen yang kalian coretkan saya baca & jadikan kekuatan.

Aku dari family broken. Ibu dengan ayah bercerai masa umur aku 7 tahun. Kami dua beradik je. Aku dengan akak. Beza umur aku dengan akak 5 tahun.

Lepas ibu cerai, ibu macam dah kurang amik tahu sangat. Asik menangis, berkurung, ibu masih jaga dengan baik. Syukur masih dapat makan & belajar sampai habis. Tapi nak belai ke, sembang ke, salam ke, nak peluk ke, ibu tak pernah buat.

Infact, sampai dewasa pun aku awkward. Apa apa aku cari akak je. Akak yang akan sampaikan kat ibu.

Walaupun aku kurang kasih sayang ibu ayah, agama aku masih dalam kedaaan baik. Masih jaga solat. Ayah terus hilang. Masa akak nak kahwin pun tak dapat kesan.

Bila aku ada childhood yang tak best, aku berimpikan rumah tangga aku mesti baik baik saja. Aku akan sayang & jaga sebaiknya.

”Wamakaru wamakarAllah. Wallahu khairul maakirin”. Kita merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Allah la yang terbaik. Aku redha atas perpisahan aku dengan Bunga.

Before berpisah, aku ada motor kriss, motor aku masa study. Pastu aku belikan Bunga scooter. Tak lama tu aku beli kereta saga warna hitam, kereta Bunga pun saga hitam.

Kereta & motor tu aku masih simpan & guna. Sebab banyak kenangan aku dengan Bunga. Cuma Bunga dah jual kereta tu bila dia dah kahwin baru.

Cuma nak cerita, betapa seksa nya kehidupan aku lepas Bunga pergi, aku menangis, merayu, berminggu demam on off. Macam orang gila dah gamaknya kehidupan aku masa tu. Makan pun tak nak,

Tapi fikirkan kehidupan harus diteruskan, aku berpindah lepas 2 bulan merana kat rumah sendiri. Dari berat badan aku 78, berat aku jadi 61. Tinggi aku 174, dah macam hantu jerangkung agaknya hahah. Teruk betul aku ni kan.

Lepas aku pindah dari negeri tu, aku duduk dengan ibu. Berbakti umur pada ibu yang satu satunya ni. Sebegitulah aku sebagai manusia, hari ni aku kuat, aku cakap buat apa nak ingat Bunga, dia dah buang aku betul betul macam sampah.

Esoknya aku down balik, teringat lagi dia pernah disini dengan aku. Haish la perangai aku ni. Tapi pernah satu hari aku pergi joging pagi, tengah jogging, aku terbau perfume yang Bunga pernah pakai, aku toleh, orang lain. Aku menangis teruk tepi tasik tu.

Aku terlihat sangat bodo, orang sampai tanya, bang, okey ke bang, sabar ya bang. Aku dah tak fikir pun. Aku cuma sakit. Tapi lama lepas tu, aku macam, hey Ashraff apa kau buat do. Haha.

Allah sedaya upaya aku letakkan no 1 dalam hati. Aku percaya Allah uji aku. Tapi tetap aku belum mampu lupakan Bunga. Akak pulak sibuk risaukan aku, dia kenalkan aku dengan Lily. 5 tahun lepas bercerai, aku kenal dengan Lily. Lily baik.

Awal perkenalan pun aku dah bagitau Lily, jangan berharap apa apa dengan aku, sebab hati aku masih ada Bunga. Tapi dia okey & nak kawan je. Aku pun okey lah. Lily rajin layan ibu, sembang dengan ibu. Aku okey je.

1 tahun aku kawan dengan Lily, aku tak rajin pun keluar dengan dia . Call ke text ke, jarang. Memang malas tapi ada gitu gitu je. Tapi tiba one day Lily tanya, tak terfikir nak tunang ke? Terkejut aku haha.

Tapi awal awal aku mintak maaf, aku cakap aku sekadar berkawan je. Belum nak kearah tunang pun. But yeah, hati wanita, dia terguris, marah marah and tinggalkan aku. Aku lah yang salah. Tapi banyak kali aku mintak maaf dah dengan Lily.

8 tahun aku sendiri ni, dah 2 kali aku pergi umrah. Sekali dengan ibu, sekali tu pergi sendiri. Hidup ni aku berusaha jadi hamba Allah yang lebih baik, belajar jadi anak yang baik untuk ibu, adik yang baik untuk akak & pakcik yang baik untuk anak anak buah kesayangan aku.

Alhamdulillah, Allah tarik Bunga dari hidup aku, Allah tak biarkan aku hidup susah. Aku dapat pekerjaan yang lebih baik. Ada rumah sendiri, ada kereta lebih besar, ada motor besar,

Cumanya kadang aku rasa, apalah semua ni tanpa Bunga. Teruk betul aku ni. Tapi aku bersyukur atas nikmat yang masih Allah beri.

Bunga, walaupun sesakit ini rasanya ditinggalkan, saya maafkan segalanya Bunga. Takda hutang atas dunia antara kita. Saya sunyi, saya sepi, jalan saya gelap.

Tapi sakit ni Allah jadikan saya lebih dekat dengan dia. Orang yang paling rapat dengan saya, paling tau semua masalah saya, akhirnya kita jadi stranger.

Betul, 8 tahun ni aku cuma sia sia kan masa yang ada. Aku tak bahagiakan diri sendiri. Terima kasih sahabat atas doa doa kalian. I’ll move at my own pace.

Lepas tau Bunga bertunang, sekali pun aku tak pernah cari Bunga lagi. Aku berjanji, serindu apa pun aku pada dia, aku tak kan cari dia. Cukup lah sakit & derita yang Bunga tinggalkan ni. Aku trauma dengan cinta manusia.

Tapi aku yakin ramai lagi perempuan yang baik. Awak semua orang yang baik. Hi orang baik, doakan kekuatan saya ni ya. Semoga doa yang baik baik, berbalik pada awak semua. Terima kasih.

“Ya rabb, perbaikilah dunia ku yang menjadi tempat kehidupan ku. Dan, perbaikilah akhirat ku yang menjadi tempat kembalinya diri ku”

– Ashraff (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. sia sia nya hidup berpaksikan org curang.. org tu dh bahagia pun.. entah2 side ex wife punya cerita lain.. hahahahahahaha

    • Sebab dia dari broken famili… Tak rasa kasih sayang. Bila dah berkasih sayang ngan bunga memang sayang lain macam

    • Bro..
      First love kita mmg susah lupakan.
      Ia tetap kekal terselit dlm lipatan kenangan.
      Kau cubalah kuat mana mmg ia kalau bkn jodoh maka bkn lah.

      Namun..Jgn kau tutup pintu hati pd yg lain.

      Life kita must be meaningful Tak kisah dgn siapa.

      Ohhhh lupa…del to pagal hai….someone somewhere is made for you…..

  2. Cepat laa keluar dari location ni. Tahu tak cerita ni bukti yg ko masih ingatkan dia. Kalau boleh move on laa. Ingat kat dia pun tak boleh. tak payah! Ni nama samaran aku tau. kang sama dengan nama betul bunga tuu ko ingat dia yg komen lak. Bro jalan laa terus nikmat Allah bagi dah banyak, kalau tak mampu nk bela anak dara org yg lain tak yah ckp jngan mengharap tuu. ko ingat hati perasaan boleh control? kalau boleh control, ko control perasaan ko dlu. MOVE ON BRO. ORANG TAK SUDI GERAK JER LAA. AKU CAKAP NI SEBAB AKU TAHU SAKIT TUU

  3. Allah Taala hadirkan beribu² orang yang sayangkan awak confessor.. yang nak tengok awak bahagia. Hidup gembira. Jangan buang masa dengan kenangan lampau.
    Kenali diri.. kenali Allah .. InsyaAllah awak pasti temui kebahagiaan

  4. I feel you bro. I still haven’t moved on since 4 years ago. Still trying hard. Semua yg kita miliki Allah yg punya bila2 masa dia tarik semula kan? Sadly, ramai x faham situasi kita 🥲 i pray we both find our own peace insyaAllah. Terus kuat bro 💪🏻

  5. Aku pun dah nak masuk 9 tahun. Dia pernah hancurkan hidup aku. Alhamdulillah aku bahagia dgn ank aku. Cuma nk lupakan tu terlalu sukar. Yg penting kita cari bahagia kita sendiri.
    Moga kau dpt bahagia yg kau cari bro.

  6. “Ya Allah, saat kehilangan harapan dan rencana, tolong ingatkan aku bahawa cintaMu jauh lebih besar daripada kekecewaanku, dan rencana yang Engkau siapkan untuk hidupku jauh lebih baik daripada impianku.”

  7. Untungnya Bunga dpt Cinta yg tulus dr seorg llki brgelar suami…rezeki nh…tp mgkin dh tertulis jodoh awk dgn dia x pnjg…bngkit awk, jgn sia²kn msa muda awk…I feel U, akak pnh merasai sakit nh, buang ms trlalu lm utk memikirkn org yg menyakiti kta, sdgkn dia dh bhgia dgn jln hidupnya…umur akak dh 38, blm jmpa org y tepat…rsa ruginya msa akak mengenali dan mencintai seseorg yg xthu erti menghargai prsaan ksh syg dan cinta yg akak berikan utk dia…
    jalan trus, mgkn bhgia kta ada di depan,jgn toleh ke blkng lg utk seseorg yg sdh Allah jauhkn dr kta…kena kuat smgt!

  8. Elok laa awak x kawen lagi..satgi awak kawen dok teringat kat bunga kesayangan awak tu.pastu die nak balik kat awak kalau dah janda semula..awak pon cair p balik2 ngan die..hurmm..awak tunggu je laa die jadik janda walaupon dah tua.sure time tu dia sgt hargai awak.
    hidup bunga di hati awak selamanya!yeay!
    menangislaa semahunya selagi ado rasa tu..
    Inilaa dia unconditional love..
    Wujud sebenarnya lelaki yg sayang tanpa syarat ni..
    terima kasih Mr Unconditional❤️
    Siyes sy terkesima dgn apa yg awak rasa..siyesslaa 8 tahun..sy 13 tahun..lagi azab.hadeii

  9. Saya juga dari broken family, disebabkan kita dari broken family, sememangnya kita akan berharap untuk mendapat kasih sayang sepenuhnya dari pasangan kita, dan kita akan sedaya upaya membahagiakan pasangan kita sepenuh hati. Tetapi percayalah, hanya Allah yang berkuasa untuk pegang hati manusia, hati pasangan kita. #sayamasihbertahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *