Bila Budak Oversea Balik Malaysia

Alhamdulillah aku bersyukur lepas SPM Allah beri aku rezeki untuk sambung belajar ke oversea. Aku masih ingat lagi 8 September 2012 tarikh aku mula-mula fly sehingga la masuk bulan 9 ini genaplah 4 tahun aku ada dekat oversea.

Jujur aku cakap yang sebelum ini memang jarang sekali aku jauh dengan keluarga, aku bukan sekolah asrama, adapun dulu sekali aku tak ingat umur berapa. Masa tu aku masuk sekolah tahfiz dengan sepupu aku, sekejap je lepas itu aku balik sebab aku tak tahan.

Ada juga aku ditakdirkan untuk ke PLKN lepas spm bagi mengisi masa cuti selama 3 bulan sebelum aku fly, ini la kali kedua aku tinggalkan keluarga. Seterusnya masa daurah, itupun masih lagi dalam malaysia.

Sampai la masa aku fly, kalau nak cerita soal perasaan macam-macam perasaan yang aku rasa. Yelah kan jarang sekali jauh dengan keluarga tetiba kena jauh terus beribu batu dengan keluarga. Siapa tidak sedih bukan?
tetapi disebabkan kehendak keluarga untuk aku sambung belajar maka aku tabahkan.

Dari tahun 2012 sampai sekarang, baru 2 kali aku pulang ke Malaysia. Itupun balik bercuti selama sebulan, paling lama pun sebulan setengah.

Pertama kali, aku balik pada tahun 2013 sebab mak aku suruh. Mula-mula itu aku taknak balik juga, yelah kononnya nak ikut kawan-kawan 2 tahun sekali baru balik. Alhamdulillah akhirnya aku balik dan hikmahnya dapat beraya bersama keluarga dan kad bank dapat diperbaharui. Dipendekkan cerita, tahun 2014 aku tak balik, dengan alasan impian aku tak nak balik masa first year tak tercapai, maka aku pun pergi bercuti ke mesir dengan kawan-kawan.

Masuk tahun 2015, aku mula rasa rindu dengan family dan malaysia. Bukan sebelum itu aku tak rindu cuma bertambah-tambah rindu sebab 2 tahun aku tak balik. Akhirnya, aku ambil langkah untuk balik bagi mengubat rindu dan rasa bersalah dan dosa sebab ikut nafsu tidak mahu balik pada tahun 2014 walaupun hanya sebulan.

Bagi aku 2 tahun tak balik malaysia itu sangat lama bagi orang yang jarang berjauhan dengan keluarga macam aku,sangat menyesal tidak balik masa itu. Cumanya, aku agak terkilan masa aku balik sebulan ada orang kata tak berbaloi sebab harga tiket balik bercuti sebulan lebih kurang sama balik dengan 3 bulan.

Tambahan pula, ada yang mengatakan rugi balik sebab tak dapat beraya di Malaysia. Oh ye, Lupa aku nak bagitahu. Tahun lepas aku balik alhmdulillah aku dapat raya haji bersama keluarga.

Aku ingin confess bahawa penyataan di atas akuagak kurang bersetuju. Sebab apa??

Bayangkan kalau kata balik malaysia hanya untuk balik beraya, sampai satu masa nanti raya makin lama makin cepat dan katakan jatuh ketika sem belum habis lagi. Tak payah balik la macam tu sebab Raya dah lepas. Hakikatnya, bagi aku kita balik untuk meluangkan masa bersama keluarga, dan kalau dapat raya sekali itu bonus.

Kesimpulannya, bagi aku kalau sesiapa yang ada duit lebih sedikit itu kalau boleh balik la setiap tahun. Tak kisah la sebulan ke, tiga bulan ke 4 bulan ke dan sebagainya. Pedulikan, kata orang disekeliling yang sibuk duduk mengata kita itu ini. Agaknya, mereka jealous sebab tak dapat balik dan kita balik pun sedikit apa langsung tidak pakai duit mereka.

Kebiasaan ibu bapa yang suruh anak-anak mereka balik, mereka sendiri yang akan bagi duit. Sebenarnya, jauh disudut hati ibubapa sangat rindukan anak mereka, lagi-lagi kalau yang dari sekolah dah duduk asrama terus berjauhan, pastu jarang pulak balik untuk meluangkan masa bersama keluarga., kalau dapat balik pun sekejap. Jadi balik la nak, walaupun ibu bapa tidak kata mereka rindukan kita tetapi kita lah sendiri yang kena faham sebab kita kan dah besar.

– Budak Jordan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

25 Comments

  1. Haihh… balik rumah pun jadi kes ke? kalo boleh balik.. bLik la.. kalo x nak balik.. akhirnya ko balik juga bila dh habis belajo.. lain la kalo dah habis belajo tak reti2 nak balik duk sana sampai bertahun2 beranak pinak.. baru la jadi hal…

  2. Ni bro ke sis?
    Tak kisah la.. tapi aku ingat lagi cakap member aku.. dekat ke jauh .. kalau ada peluang balik jumpa mak abah family. Balik je..jgn pernah rasa rugi..aku ada sorang member dia jarang sangat balik.. tapi bila dah habis final exam. Dia cakap dia nak rehat. Dia duduk jauh kan..tapi tak sangka rehat dia sangat lama.. Allah ambil dia bila dah habis belajar… actually, aku kalau jadi parents dia mesti rindu gila dgn anak dia yg belajr jauh. Kbyee ..

  3. Memg tak sampai point..tambah plk nk crita situasi student timur tgh kt IIUM yg mejoriti belajar dalam je yg mmg jelas2 tak arif situasi sana, rasa mcm x yah confess pun xpa sb org tak ckup faham, dr ayat2 penulis dh nampak dia ni mcm budak jordan..tup2..kredit budak jordan errmm..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *