Bila keanggunan terpancar dari kita muslimah

Bila keanggunan terpancar dari kita muslimah,
Bila kecantikan terserlah dari kita muslimah,
Bila kesopanan ternampak dari kita muslimah,
Penuh bebas-sebebasnya,
Dalam media sosial buatan yahudi,
Yang kita kongsikan,
Saya rasa,
Allah akan pandang,
Hilang semua ketegasan jiwa kita,
Hilang kata-kata bak perisai nan indah,
Hilang pesona penuh berbalut takwa,
Apatah lagi jauh sekali,
Pandangan Allah kita laksana surga di dunia,
Saya minta awak,
Teguhan hatimu wanita muslimah,
Biarkan terbingkai solehah yang Allah pandang,
Biarkan terungkap solehah yang malaikat catatkan,
Biarkan tersakit syaitan kerana kesolehanmu,
Kerana awak,
Perhiasan dunia,
Perhiasan dunia yang awak dan saya,
Bukan digelar mampu tundukkan dunia,
Tapi mampu tundukkan kejahatan,
Bernama lelaki,
Bernama syaitan,
Bernama nafsu,
Bernama dajjal
Awak ,
Wanita muslimah,
Saya minta,
Capailah wanita syurga bidadari dunia,
Yang Allah janjikan,
Jika esok,
Kehormatan awak dan saya jaga dengan penuh cinta.
Awak wanita syurga,
Bak permata berharga.
Yang bukan diketahui oleh manusia,
Tapi Allah.