Bila Kerja Free Sangat

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan karangan ni.

Aku perempuan, dah kahwin, tengah tunggu hari nak bersalin. Doakan aku ya. Sebenarnya ni nak kata confession pun tak lah confession sangat. Nak tanya pendapat pun ya jugak. So karangan ni tak panjang pun sebab aku direct to the point je.

Macam ni. Aku kerja kat institusi pendidikan, swasta. Kerja aku uruskan kemasukan pelajar untuk Short Courses. Kat sini majority bangsa Cina. Pelajar melayu tak ada. Staff, lecturers dan pekebun Melayu adalah beberapa ketul. Termasuklah aku.

Intake untuk Short Courses aku kat sini cuma aktif dua courses sahaja.

Course yang pertama, aktif tiga kali dalam setahun. Satu semester 3 bulan. Maknanya aku akan sibuk sikit masa pelajar nak daftar jelah. Paperwork kena siapkan awal sebelum pelajar masuk. Buku ke apa-apa keperluan belajar diorang, akan diserahkan masa hari pertama pendaftaran. So settle. Bila diorang dah habis belajar 3 bulan tu, aku kena buat report. Itu sehari dah siap. Lepas tu dah lenggang kangkung.

Course yang kedua. Akan berjalan sebulan sekali, bermula bulan Januari hingga April sahaja. Kolej ni, kalau cukup pelajar baru boleh buka kelas. Kalau tak, kena extend ke bulan berikutnya atau sehingga cukup pelajar yang daftar untuk course ni. Tak cukup pelajar macam mana nak bayar lecturer. Ye dak? Ok, sepanjang course ni berjalan, aku akan busy awal-awal dan akhir-akhir je. Awal-awal tu, kena key-in maklumat pelajar dalam sistem, lepas tu kena print surat tawaran 4 keping bagi kat pelajar. Akhir-akhir pulak, bila lepas diorang exam, result diorang tu kena post out. Kemudian aku kena buat report sikit. Lepas tu settle. Tunggu next batch pulak. Selalunya pelajar akan daftar lepas result SPM keluar. Sekarang tahun baru. Januari 2018. Kami tak cukup pelajar nak mulakan kelas. So bos aku extend sampai bulan 3 untuk bukak kelas yang pertama.

Masalahnya kat sini. Waktu aku sangat banyak terluang. In between aku dah settle semua kerja tu, aku tak tahu nak buat apa. Sampai boleh tertaipnya confession ni. Hahaha. Kadang-kadang, aku sampai tanya member sebelah ni ada apa-apa kerja yang aku boleh tolong dia tak. Kadang-kadang aku baca blog. Kadang-kadang aku main Facebook. Kadang-kadang, aku tolong bahagian Marketing untuk staple kan flyers. Kalau diorang kata takde apa yang boleh ditolong, sendulah aku menanti waktu rehat sampai lah waktu balik kerja.

Aku tak berani nak sembang-sembang sangat dengan kawan pejabat sebab bos aku duduk depan aku ja. Dia jenis tak suka staff-staff dia sembang-sembang sana sini. Dia nak kita duduk tempat sendiri je. Buatlah apa pun, janji jangan nak membawang sana sini. Nasib baik hormon bos aku dah berubah. Haha. Dulu masa dia mengandung, Ya Allah. Kerjanya naik angin je. Lepas dia bersalin, barulah nampak perubahan dia ok dari sebelum ni.

Serius aku cakap, bila time free tu, aku rasa macam makan gaji buta je.aku selalu fikir, berkat ke gaji yang aku dapat ni. Aku bukan sesaja tak buat kerja. Masalah aku, kerja aku cepat siap. Lepas tu kerja aku termenung je.

Oh, lupa satu hal. Tempat kerja aku ni diorang akan hantar surat ke sekolah-sekolah, bagitahu yang pelajar sekolah boleh datang buat lawatan sambil belajar. Jadi, kadang-kadang ada sekolah yang request nak belajar buat muffin. So bos aku akan suruh aku yang ajar. Kat situ aku busy jugak lah dari pagi sampai pukul 12.00 pm macam tu. Start dari Oktober 2017 hingga November 2017 ada beberapa sekolah yang datang nak belajar buat muffin. Aku layankan aje walaupun kadang-kadang lenguh pinggang kaki semua, perut dah maju kedepan. Lagipun aku takde apa nak buat kalau duduk kat pejabat je.

Sekarang ni, Short Course yang pertama baru habis. Kiranya diorang tengah cuti semester sementara tunggu semester seterusnya. Short Course yang kedua pulak macam aku cakap tadi, bos aku extend sampai bulan 3. Maknanya sekarang aku tersangat free. Ok, Department kemasukan untuk diploma, budak ni duduk selang 2 meja je dari aku. Aku nak tolong dia pun tak boleh sebab sistem yang dia guna tak boleh sebarang orang log-in.

Aku tengah berhuhuhu sambil taip karangan ni. Lepas ni aku nak fikir aku nak buat apa pulak.

Kbye.

– Si Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit