Bila perigi cari timba
Hari ini aku bertemu dengan kawan lelaki aku yg telah lama tak berjumpa. Ketika berbual, dia bercerita yg ibunya yg sedang mencarikan jodoh untuknya. Dan kebetulan ibunya bercerita mengenai dirinya yang berkelulusan tinggi, bekerja sebagai engineer, bekerja di Rusia dan balik ke Malaysia pada tahun ini kepada bekas kawan sekerja ibunya.
Maka, anak makcik ini terus bersetuju untuk mengahwini kawan aku ini tanpa mengenalinya. Hanya melihat gambar. Kawan aku pula, tak pasti samada mahu atau tidak berkahwin dgn perempuan ini. Nenek dan mak perempuan ini pula, setiap hari menelefon ibu kawan aku ini. Bertanya mengenai kawan aku. "Bila mahu pulang?, kerja ok?"
Entah mengapa aku bila mendengar cerita kawan aku ini, aku terpikir, kenapa mak ayah aku tak macam nenek dan mak perempuan ini? Mencari jodoh untuk aku, ataupun 'mengejar' jodoh demi aku. Mak ayah aku seolah2 tenang dan selalu berkata, jodoh itu rahsia Allah, masanya akan tiba. Cuma aku mungkin sedih melihat orang lain yang mudahnya mendapat jodoh.
Berbalik kepada cerita kawan aku ini, bukanlah aku ingin merendahkan semua perempuan. Tapi bagi aku, kalau lelaki itu bekerjaya, mestilah berduit kalau nama pun kje di Rusia, baik pula budi pekerti, mestilah ramai perempuan berebut. Perempuan giler mana yang taknak laki yg cukup pakej macamni. Kalau lah kawan aku tu keje pun biasa2, belajar pun pas spm, pasti nenek dan mak ppuan nie tak pandang pun.
Jadi, untunglah kau dapat mak and nenek atau atuk atau ayah yg beria carikan jodoh untuk kau.
Buat lelaki diluar sana, cari duit banyak2, mesti berebut perempuan nak kat kau. Xpayah nak kenal lebih2, tengok gambar pun terus setuju. Tak kira lah kau hansem ke tak.
Aku? Mereput tua lah camnie.
– Ms N