kisah ni berlaku masa aku year 1 di uni. aku tinggal kat hostel. bilik yang tingkapnya menghadap hutan. bawah tu ada aliran anak sungai. hostel ni mmg keras sikit.
1 bilik ada 4 org. aku dgn kwn aku je year 1. lg 2 org tu senior. dlm bilik tu, aku dgn kwn aku ni je yg solat. senior lg 2 org tu? puas kitorang hentak pintu kuat2 masa subuh nak bagi diorang bangun. kadang kitorang ketuk2 papan compartment tapi ntah. tido mati kut. tak mungkin lah period setahun kan.
yg dasyat sikit kakak sorang ni. (moga2 dia dah berubah sekarang). rambut dia berwarna, bilik dia penuh dgn poster gadis2 seksi dr majalah cleo. pakaian dia pun inspired by them cuma dia sarung jubah before keluar. asal pukul 11mlm je hilang. pukul 5pagi macam tu baru balik. aku pun pelik macam mana boleh lepas masuk. maybe dia kelentong pak guard dia baru sampai dari kampung kut.
ada waktu tu aku dgn kwn aku ni buat pillow talk. hal2 lain tak kesah sgt tp ni bab solat. mesti kitorang dpt saham kalau biar kan je. pastu faham2 je la kalau tak solat, tak baca quran, mesti ada makhluk yang suka mendekat. kan.
siang esok tu aku qoilullah. nak tido sekejap sebelum bangun solat zohor. tapi bila nak bangun, jasad aku tak boleh gerak. mata aku tertutup tapi aku boleh nampak tingkap bilik aku (aku tido menghadap tingkap) aku boleh nampak whiteboard bilik aku siap dgn tulisan2, keadaan semasa bilik aku siap dengan buku2. macam cerita bila roh terpisah dari jasad.
teresak2 aku dlm 'mimpi' tu sebab aku nak bangun, nak solat. meronta-ronta tapi hampa. sikit pun tak boleh gerak. sama ada aku di tindih atau… aku dah mati. tu je dlm fikiran aku.
dalam letih tu la aku muhasabah. secara zahir nampak macam kita yg gerakkan anggota, tangan kaki semua ni tapi hakikatnya semua dgn izin Allah. kita tak ada kekuatan langsung melainkan kekuatan yg di pinjamkan Dia.
dah penat aku bergelut, lastly aku lafaz dlm 'mimpi' tu; "Laa Hawla Wala Quwwata Illa Billah". aku dah tak ada daya melainkan Allah yg bagi. habis je perkataan 'billah' serentak tu mata aku terbuka. sebaknya hanya Allah je tahu.
sejak dr tu..bila agak2 nak riak bangga diri sikit mesti aku ingat. kita ni tak ada apa2 pun hatta tangan kaki kita pun kita tak mampu nk gerak dgn kuasa sendiri.. dan semua makhluk Allah kalau nak buat apa2 pd kita, pasti dgn izinNya. kalau Allah tak izin atau Allah nk bg kesembuhan, berlakulah ia. mintak lah pada Allah untuk segenap sesuatu..
– qu3en