Isteri Tak Ambil Berat Makan Minum Aku

Aku dah kahwin enam tahun. Tapi isteri tak pernah ambil tahu makan minum aku. Kejap lagi ada la perempuan cakap, masak bukan tugas isteri. Isteri bukan orang gaji.

Betul la tu isteri bukan orang gaji. Aku selalunya yang masak. Basuh pinggan pun aku. Setiap kali cuti pun aku yang masak. Dia perlu makan dan rehat dengan anak.

Aku tak kisah pun kalau masa cuti dia nak aku masak untuk dia dan anak-anak. Tapi at least masa hari kerja aku harap dia tolong prepared makanan untuk aku sebagaimana aku melayani dia.

Kalau dia tak tahu masak atau dia malas memasak, dia boleh belikan untuk aku di luar. Tolong belikan pun dah cukup.

Sebab aku dari tempat kerja aku terus balik ke rumah. Ulang alik pergi dan balik 4 jam. Penat satu badan. Aku tak mampu nak masak untuk diri sendiri. Kepala tu fikir nak makan then tidur je.

Tapi bila balik dengan badan letih, dengan perut lapar.

Dia langsung tak ambil tahu pasal aku makan ke belum. Selalunya aku tidur dalam keadaan lapar. Rasa hampa isteri tak ambil tahu makan minum aku seperti mana aku ambil berat tentang dia.

Aku tak pernah harapkan dia pandai masak atau rajin masak. Just cukup dia ambil tahu aku makan ke tidak, ada usaha nak sediakan makanan untuk aku. Beli pun dah okey.

Korang tak yah cakap bagi nafkah. Bab nafkah aku bagi cukup. Half gaji aku dah berikan untuk dia. Untuk mak ayah pun aku jarang beri duit, janji isteri aku ni dapat nafkah cukup.

Disebabkan ada ustaz or ustazah claim masak bukan tugas isteri, so terus tak ambil tahu makan minum suami. Jadi buat apa kahwin? Baik hidup bujang.

Aku dah slow talk dengan dia dan sekarang dia tengah merajuk. Kejap lagi balik kerja aku pujuk lah. Tapi kalau tak berubah jugak mungkin cari bini no 2 la kot kan. Tak la aku gurau je.

Apa yang aku faham, suami isteri kena works as a team untuk imbangkan rumah tangga. Kalau nampak isteri dah sibuk masak, si suami tolong jagakan anak atau bantu isteri basuh pinggan.

Kalau suami dah ambil alih tugas memasak, at least masa dia kerja you as wife tolong ambil tahu makan minum dia masa dia sibuk. saling bantu membantu.

Suami isteri perlu saling ambil berat. Saling jaga sebab we are couple yang akan sama-sama pimpin tangan ke syurga.

Aku cuba jadi yang terbaik kerana aku sangat sayangkan dia. Dia bukan isteri yang buruk, cumanya dia kurang ambil berat bab makan minum aku.

Aku kongsi di sini supaya ada wife yang terbuat hal yang sama tidak ulang benda ni.

Suami yang pulang dari kerja selalunya penat dan lapar, nak ambil hatinya just sediakan makan dan minum. Dia habis kerja pun rasa happy dan tak sabar balik rumah sebab isteri dah sedia makan.

No need layan macam raja, tapi cukup ada makanan yang dia boleh isi perut dia yang lapar.

Akak akak, mak cik mak cik, datin dan kaum wanita tak perlu trigger dengan confession aku ni. Aku tak pernah layan isteri aku macam orang gaji. Sekali lagi aku cakap, selalunya memasak aku yang ambil tugas tu.

Just mengharap isteri aku ambil tahu makan minum aku pada hari aku kerja kerana aku sangat letih tak mampu nak masak. Beli pun dah okey. At least ada makanan untuk aku alas perut di rumah.

– Papa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Kahwin lagi satu pun mcm satu option jugak. Harap masalah tuan dapat diselesaikan dengan baiknya.

    • Mungkin ada tugas lain yang isteri buat dan tanggung seorang diri, encik ada ambil peduli tak.

    • Semua suri rumah ada tugas bosko. Isteri wajib masak bila disuruh tp kne ad upah. Kalau taknak masak die boleh rehat, suami cari maid,klu ngam, kawin. The more the merrier

  2. Macam bro cakap husband and wife ni satu team. So bro libatkan dia dalam aktiviti memasak. Ajak la dia dan anak sekali, tunjuk la video Khairul Aming masak ka. “Yang, jom Sabtu ni kita masak ni. Macam sedap je. Nanti abang cari barang.” atau tanya dia ada teringin nak makan apa2 tak. Masak sesama. Rasanya sebelum tegur, bro tanya dulu ada apa masalah terasa hati ka apa, kalau dia cakap takda baru tegur. Sebelum nak luah rasa kita tu mungkin lagi elok tanya dulu pasangan ada masalah dengan kita tak. Just my 2 cents.

    Adios.

  3. Saya rasa tuan dan isteri masing² penat lepas balik kerja. Cadangan saya, apa kata hari cuti, sama² masak dan buat lauk frozen utk seminggu/2 minggu/sebulan. Boleh juga beli stok makanan ready to eat.

    Kahwin lain bukan jalan terbaik, sebab bertambah tanggungjawab dan beban semata-mata hanya tiada makanan.

  4. semoga suami sy pun berfikiran mcm nie. kena work as a team. mintak jauh la pemikiran dah settle bg nafkah yg (hm mls ckp lebih) dah rasa mcm tak layak nak buat satu pun keje rumah. jaga anak pun berkira2. nauzubillah min zalik. klau sy mls sgt memang beli. pkai duit sndri lg sebab kesian suami nk mkn. semoga isteri encik cepat2 sedar.

  5. Isteri bekerja ke tak? Kalau tak keje, dia buat seharian di rumah taknak masak? Pemalas sangat tu. Ni semua disebabkan dakyah satu puak konon² bukan tugas isteri memasak la ni. Konon2 tugas isteri tu cuma mengan$k@ng jer. Bukan ker tugas isteri tu patuh pada suami? Kalau suami suruh masak, dah kena patuh la..apa pulak bukan tugas isteri masak tu? Haihh tak paham la aku dengan perempuan skrg ni walaupun aku pompuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *