Assalamualaikum.
Aku tak arif dlm bidang perubatan Islam dan bidang agama ni.
Tapi, nak tanya.
Kalau bulan Ramadan pun, ada probability untuk diganggu makhluk halus ke, ustaz?
Takpe, kalau korang jenis tak prcaya wujudnya gangguan-gangguan ni.jangan teruskan bacaan aku. Sbb aku taknak ada yang cakap pergilah jumpa psychologist ke apa ke. Hmm.
Kalau ada sesiapa yang belajar dekat darussyifa' ke mana2 ke, saya nak tanya.
Sebenarnya, saya ada gangguan dari sudut akidah dan iman. Sejak akhir-akhir ni, rasa macam ada jugak mimpi pelik-pelik macam mimpi ada dekat tokonglah, mimpi jumpa sami, pastu ada bisikan2 yang cakap aku dah murtad. Aku bukan islam. (Nauzubillah)
Pastu, aku ada jugak tetiba je terngiang-ngiang bacaan mantera buddha yang selalu guna untuk halau hantu tu. Pastu aku macam rasa nak dengar je benda camtu. So aku google untuk tengok apa sebenarnya maksud dia, semua tu.
Dan..aku rasa tenang bila dengar mantera tu, tapi aku rasa gelisah bila dengar ayat-ayat Quran.
Aku rasa makin malas nak beribadat. Kalau korang cakap, taubatlah doa etc2, aku rasa, korang tak faham lagi kot. Sesiapa yang pernah kena gangguan macam ni mungkin akan faham rasa sakitnya hati bila kau nak buat ibadah tapi kau tak boleh. Tapi..contohnya lah kan, Allah izinkan aku bangun qiamullail, aku solat taubat , zikir , tadarus dan aku rasa bahagia sangat malam tu. Pastu keesokan harinya aku rasa susah sangat nak solat. Aku xleh describe susah dia macam mana.
Sampai tahap aku jadi lost. Kawan aku cakap, semua ni jadi dengan izin Allah. Ya , aku faham. Tapi aku rasa terkilan, sedih dan stress dalam keadaan macam ni. Dah banyak perawat aku jumpa. Macam-macam result aku dapat. Tapi entahlah.
Yang teruk, aku jadi makin menyampah dekat kawan-kawan aku. Aku jadi nak marah even benda kecik.
Hati aku keeps saying yang aku tak perlu beribadah. Aku rasa macam nak bunuh diri je. Sebab aku taknak fikir semua tu tapi bisikan tu..
Yang paling teruk, aku rasa macam tertarik pada darah. Aku macam rasa ketagih nak lukakan diri aku dan kawan aku cakap, aku jilat darah aku sendiri. Bila aku sedar, aku mesti rasa macam loya, rasa nak muntah. Mulut rasa darah.
Tangan pulak habis luka. Sekarang pun aku tengah cuba untuk kawal diri dan emosi. Rasa macam dipukau. Ada masa aku sedar tapi aku rasa macam tangan aku bergerak sendiri tak boleh nak dikawal.
Aku jadi down. Hilang moral support. Hari-hari aku nangis je. Sebab sakit. Sakit tulang belakang and bahu kanan. Sakit sendi. Nak jawab exam pun rasa susah sangat nak duduk. Sakit macam ditikam2.
Entah. Aku pernah pergi darussyifa'. Tapi macam tu lah. Aku tak dapat exact answer. Memang ya, kena kukuhkan amalan ibadat. Kuatkan iman..tapi..taktau nak describe macam mana.. Aku tau semua ni jadi dengan izin Allah. Tapi aku rasa tak kuat. Rasa macam gila pun ada sebab orang tak faham apa yang aku rasa.
:'(
– awan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
yg sy dgr jin tak diikat.. sbb jin sama mcm kita, terikat pada syariat.. ada Islam ada kafir.. iblis ya diikat.. moga tabah dan moga cepat sembuh ya
Nazra NZ
ustaz ismail. 0193619305
Ni ustaz Ismail yg mne eh…Kat mne pusat Perubatan tu
Area mna ust ismail ni sis
Hulu langat
Bkn tak percaya benda2 mcmtu, dan mmg ada possibility kena gangguan bln ramadan ni.
Taknak jumpa psychologist takpe, tp pergi jumpa doktor perubatan kalau nak sembuh. Situ pun buat rawatan ikut kaedah Islam pun. Semoga dipermudahkan :)
Jin islam tidak di ikat..sbb dia islam..dan jugak jin yg bertuan..cth saka atau jin2 kepunyaan tokmoh..
Pm saya. Insyaallah :-)
Ye betul cadangan sis Nur Sakeenah ..sbb sementara confessor nak carik rawatan alternative y betul2 serasi confessor kne jumpe dokte perubatan utk krgkan simptom2 yg ade sekarang ni..tak boleh dibiarkan aje..
Yang dibelenggu iblis , syaitan . Jin tak . Sebab tu bulan puasa pon masih ada kes gangguan . Dulu saya pon jadi gelisah , takut bila dengar ayat2 Quran . Rupanya2 ada bunian kafir yang berdamping . Berubat tak semestinya satu tempat je . Berubat ni kira jodoh jugak . Macam saya , berubat tempat yang ke 3 baru elok .
Terus berubat sampai sihat yer. Kalau boleh, masa dengar bisikan tu, cuba abaikan. Ataupun pergi bergaul dengan orang ramai. Sibukkan diri. Nanti lama2 bisikan tu hilang sikit2..
Ada je gangguan masa ramadhan. Rawatan islam ni ibarat menolak batu yg sangat besar. Sekali ketuk, dia bgerak sikit. Lepas tu ketuk lagi. Dia bergerak lagi sikit. Perlu konsisten. Sebesar mana batu tu? Bergantung kepada gangguan masing2. Jangan fokuskan sangat pada punca. Fokus pada rawatan. Teruskan rawatan sampai habis. Even makan masa bertahun. Yg penting pastikan ianya rawatan islam yg betul. Jangan cakap rawat kat situ kat sini tak jadi apa, takde perubahan. Kesan ruqyah tu di dalam. Walaupun kecil ianya tetap ada kesan.
berdsrkan apa yg diceritakan agak kuat jugak gangguannya sb anytime boleh x sdr diri. yg kne dibelenggunya syaitan. jinnya tidak. yg bt keje mcm tu nya jin. kat s.alam hari tu kne je serg. org topap. huhu klu g darussyifa biasa diorg bace2 je. cer try kt cheras. ustaz sharhan. nama tempat dia lupalaa plak. klu xnk boleh pm sy sb pak sy pun perawat islam gak. mcm2 kes dah jumpa. harap komen sy ni membntu anda cari solution
Setahu sy ade je gangguan bulan2 pose ni.. kat dpn umah ni ade sorang ustaz mmg buat berubat islam.. walaupun bulan pose, orang x putus2 dtg.. so maknanya ada la jugak gangguan tu.. pergilah ikhtiar.. n konsisten. Jgn berhenti sekerat jln..
Saya mohon izin share confession ni.. saya xtahu mcmana nk bantu awak.. nampak mcm berat sangat.. semoga Allah menjaga kamu..
Lela Najah
cer try pm :)
Yang dikatakan syaitan kena ikat di bulan puasa bukan bermaksud syaitan tu tiada tetapi potensi untuk melakukan kerja syaitan itu masih ada tetapi berkurangan kerana dek kita berpuasa . Selain itu juga teruskan berubat sampai rawatan itu serasi dengan kita.. jangan terus mengalah.. untuk masa sekarang ni cuba jaga solat berjemaah, zikir banyak2 dan baca Quran.. kalau nak tambah dengan ayat 33 pun boleh.. kalau nak sebut dari segi pendinding diri memang banyak sangat jadi terpulang lah yang penting mampu buat dan konsisten.. selamat beramal
Mcm schizophrenia pun ade.tp aku rasa banyak kn brgaul dgn masyarakat.mgkn sbb kau trlalu introvert kot akhirnye mkn diri
Tetap ada dik..dah teruk tu..kena cepat.. jangan sampai hilang akidah.kene kuat dik.. tetapkan dalam hati hidup aku mati aku untuk Allah..jihad aku untuk kekal dalam Islam ..pertahankan walau nyawa galang ganti..adik boleh tak sedar sampai jilat darah sendiri tu..gangguan iblis n jin..maksudnya adik dah kena sebelum Ramadhan lagi. Dia ganggu fikiran ..untuk rungsing serabut.marah benci agama.. kalau dapat berehat dulu ambil cuti.. sebelum kuat melarat..bagitau mak ayah.. jgn p ustaz mengarut guna pelik2 lagi bertambah jin dlm badan sekali ngn jin tok moh sekali bersekongkol.. zikir khafi dan istighfar sepanjang masa.
Berubat kena konsisten. Jgn expect sekali ja, takde effect, terus taknak berubat dah. Macam org sakit dekat hospital jugak la, kalau sakit, makan ubat sampai sihat. Ingat, benda tu cukup tak suka kau pergi berubat and dekatkan diri pd Allah. Jgn putus asa, gain support from family tu yg penting. Kalau duk sorang2 nanti macam2 la fikir… Semoga cepat sembuh.
Athirah Razak
Setan je kna ikat jin x kna
Jin ade.Syaitan je kene ikat.Kalau dengar bisikan tu kadang2 memang dari jin. Lawankan bisikan tu dengan mendalami al-Quran secara istiqamah..In sha Allah. Diorang kalah dengan ayat Allah.PM saya.Nanti saya kongsi cerita pasal gangguan.
Baca Mathurat dan amalkan. Baca maksudnya sekali dan fahamkan
How should I say it. But I feel you. Kita memang struggle nak jadi baik, dekatkan diri pada Allah. Once dah dapat ketenangan dekat dengan Allah tu rasa tenang je. But the next day macam orang hilang arah. Berat berat je nak beribadat. And once dah lost tu memang ‘berat’ nak fokus dalam beribadat semula. Harap dipermudahkan ye awak untuk ‘sihat’ kembali. Kuatkan diri.
Kesian adik ni. Semoga allah melindungimu.
Raslina Mohd Razak
Boleh la contact ustaz Farhan Syah