bisnes online/backout buyer – 10:08 PM

bisnes online/backout buyer

Assalamualaikum.

Akak cuma nak share sedikit pengalaman berbisnes online. Mana2 adik2 yg selalu tak cukup duit poket tu, cuba la cari peluang utk bisnes online dgn jadi dropship (ds) ye. Tapi, jangan lupa daftar kat SSM.

Ingat niat sebenar nak bisnes online apa? InshaaAllah, niat yg baik akan dipermudahkan. Jangan amalkan riba, jangan menipu, jujur & amanah la dalam urusan jual beli. Biar untung sedikit tapi pengalaman dpt customer yg baik, repeat customer tu yg seronok. Pengalaman dpt customer yg tak sabar, garang, backout buyer tu semua akan kuatkan kita.

Pada yg pernah jadi atau sekarang masih jadi ds, mesti pernah berhadapan dgn backout buyer, kan? Akak pun macam tu jugak. Banyak kali. Dah siap bagi no. akaun semua, alih2 tak jadi beli. Itu ok lagi, beritahu tak jadi beli. Yang kurangnya bila dah kasi no.akaun, kat whatsapp tu, blue tick je & langsung tak ada apa2 reply.

Apa yang akak fikir, dah takde rezeki. Maybe diorang tu dari SSM kot yang menyamar acah2 jadi customer & semata-mata nak dapatkan nama sebenar kita, no.akaun kita utk check sama ada kita ni betul berdaftar dengan SSM ataupun tidak. Sebab tu, akak ingatkan, even adik-adik nak berbisnes online secara part-time sekalipun, daftar SSM. Mana2 perniagaan yang mendatangkan keuntungan pada seseorang walaupun sedikit, daftar je supaya takde masalah di kemudian hari.

Cara akak utk yg backout buyer ni. Kadang2, akak screenshot whatsapp conversation & simpan dlm phone. Delete dlm whatsapp sebab taknak semak dengan whatsapp yg baru. Bila backout buyer ni tiba2 whatsapp kita balik & tetiba buat bayaran, kita boleh refer semula secreenshot yg dah kita simpan. Ada la rezeki kat situ.

Cuma, akak akan block sesetengah nombor bila mana yg backout buyer ni… Kita tanya dia baik2, confirm ke tak nak beli, langsung dia balas endah tak endah. Kita bagi ayat panjang lebar, yg dia balas secoet je. Masa tanya bukan main, bila mintak no. akaun & dah kasi, lepas 10 hari, langsung tak reply. Memang la kena block & lepas tu, percaya akan ada customer yg baik selepas itu.

P/s: Akak tahu ada dlm kalangan student uia jadi ds, kan? Tahniah sebab masa belajar, dah berpeluang jadi ds. Akak dulu masa belajar, tak terfikir nak jadi ds. Tak tahu pun konsep ds ni. Bagus la, adik2 sedar awal, tak payah nak susahkan mak ayah nak duit poket kalau duit poket tak cukup.

Moga bermanfaat confession akak ni. Akak bukan student uia. Harap dapat approve daripada admin. Terima kasih.

– untuk bayar hutang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *