Bodoh kerana Jauh

Jangan sesekali rasa diri bodoh dan tak guna. Result yang korang semua dapat tu… bukan petanda korang bodoh, lembab dan sial. Result itu rezeki yang tuhan bagi. Rezeki yang mana bila kau usaha dia bagi kalau kau tak berusaha, tapi Dia nak bagi kau tetap akan dapat jugak. Jangan nilai result kau dengan orang lain.

Sekarang dengar cerita aku.

Aku seorang yang kekeringan maklumat dan idea. Aku perlukan reference utk mulakan sesuatu. Aku sangat lemah dengan General knowledge. Ini kerana sebab aku…

Mudah lupa. Tersangat. Kalau hang out dengan kawan2, diorang cerita2, satu apa pon aku tak ingat. Bila baca, esok dah tak ingat. Aku usaha. Aku hafal quran. Tapi bukan sbb nak ingatan kuat bagai. Sbb nak tuhan tolong. Kadang dalam hidup ni ada benda yang aku tak nak ingat. Perkara2 yang menyedihkan aku, membunuh aku dari dalam. Tapi PAST IS ALWAYS PAST!! Aku hafal surah Al-Fath (kejayaan). Sekali paham meaning. Dalam surah tu, tuhan kata, kalau Kau nak kau mintak.Jadi apa yang aku mintak ialah PERTOLONGAN. Sebab aku hamba, obviously hina, kau tak tahu pun apa yang baik dan buruk untuk ko. Jadi apa yang kau patut buat ialah mintak tolong. Aku hafal surah ni memang aku lupa. Tapi apa yang penting imput dan impak keatas diri kita. Hafal xde kesan lebih baik hafal balik. Jangan STOP!

Aku mudah putus asa dan patah semangat. Sesiapa yang kenal aku memang annoyed. Mak aku sendiri tegur aku, "tolong jgn buat perangai mcm org kafir boleh! Kita ada allah". Kawan aku yang tak rapat sgt pon berani tegur aku… "Kau ni apahal? Cepat giveup lah." Aku memang terasa. Tapi benda betul. Aku jadi sensitif. Tapi aku kan manusia. Bukan tuhan. Biar sahaja aku jatuh. Supaya hentakan yang menyakitkan tu buat aku bangun untuk kau cari ubat taruk dekat punggung kau.. ( aku tengah buat analogi ni… hadam la sikit)

Nak aku simpulkan di sini, tak berapa nak bijak, mudah lupa, self esteem yg rendah. Kisah lampau yg aku tak dapat terima. Kelengkapan tak cukup bagai. Tak bermakna aku kena gagal.

Tapi , aku twistkan kelemahan ni. Benda kalau dah lemah, biar lantak yang benda bagus pada dirilah yg kau usahakan.

Kalau macam aku, aku mudah utk terima maklumat melalui apa yg aku nampak. Jadi aku mudah untuk meniru dan mngikut. Tiru tulisan, tandatgn, artwork dan even style bercakap. Test oral adalah kelemahan terbesar kerana terlalu kerap menggunakan body language sampai nampak unprofessional dan gelabah. Tapi, bila oral lepas kelas English jgn terkejut bila aku mampu bertutur secara komfiden… hal ini terjadi sbb aku imitate gaya lecturer aku cakap, perkataan dan struktur ayat yg dia guna. Memang matilah aku bila lecturer English rojak dengan bahasa melayu… alamatnya campur2 jugaklah presentation aku. Lecturer English komen karangan aku macam puisi, mana tak nya dah aku baca karangan puitis (dalam pikiran nak vocab gempak) phuii….. dikomennye x educational.Selain itu, aku juga mampu mnghafal step matematik. Ye aku hafal. Sebelum periksa, mmg wajib utk aku ingat balik semua gambaran langkah yg perlu aku laksanakan. Nanti keluar dewan lupa. Masuk shj dewan periksa, check kertas bagi cukup terus aku jawab soalan yg diberi. Jawab macam lembu gila. Aku terus tulis. Pikir lama2 nnti aku lupa.

Dek kerana pertolongan tuhan,, yg dtg dalam pelbagai jenis tu. Aku kenal pasti kelebihan aku dalam bidang meniru. Aku berjaya dapat 48/50 dalam exam essay. Pointer aku overall 3.9. Semua kerana tuhan tolong.

Dulu aku ingat aku bodoh. Tapi bila kau mengenal tuhan. Kau baru kenal siapa diri kau. Takperlu nak plan lebih2. Tawakkal dan usaha.

Mungkin confessions ni lari dari tajuk. Aku harap kamu dapat ibrahnye sudah la ye.

– serene

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *