Assalamualaikum semua. Nama aku Mia. Berasal dari selatan tanah air. Bekerja dekat kedai buku. Ok, cukup kot pengenalan ni.
Sebenarnya, confession aku tulis ni lebih kepada persoalan. Kenapa aku tanya dekat sini? Sebab aku rasa readers iiumc ni bukan calang2 orang. Semuanya baik2, suka menolong, bagi nasihat dan banyak lagi la. Aku suka tu. :)
Ok, ceritanya begini. Akukan kerja dekat kedai buku. Ada banyaklah buku untuk dijual macam buku sekolah, buku universiti, buku profesional, buku agama..eh, macam-macamlah termasuklah Al-Quran.
Satu hari, stok Al-Quran baru sampai. Of course la kena susun dekat rak dia kan. Belum sempat aku nak susun, supervisor aku cakap jangan sentuh Al-Quran kalau takde wuduk. Aku tergamam. Ok, memang betul pun aku takde wuduk masa tu. Jadi aku fikir kalau aku pakai glove, mungkin takpe kot. Sekali lagi dia kata pakai glove pun tak boleh sentuh. Dalam hati aku, eh, camne ko tau apa aku pikir eh? huhu..
‘Dah tu, apa susah sangat, amikla wuduk…’ mesti ada yang cakap macam ni kan? Untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 budiman, aku ni taklah dok ketegaq sangat tak nak dengar cakap senior. Aku pergi ambil wuduk jugak lepas tu. Dan bila aku dah sedia nak sambung balik keje aku, supervisor aku cakap.. ‘Dah, tak payah. biar saya saja yang susun.’ What the……….. (aku tak carut dalam hati, percayalah!)
Ok, fine. Aku buatlah kerja lain. Lepas tu aku terfikir, betul ke tak boleh sentuh langsung Al-Quran tanpa wuduk walaupun berlapik? Macam mana dengan customer yang datang beli Al-Quran, adakah kena pastikan setiap customer yang datang nak beli tu mesti berwuduk? Macam mana pula dengan cashier yang sentuh Al-Quran tu semasa transaksi jual beli?
Adalah susah untuk aku mengekalkan wuduk aku dalam tempoh masa yang lama. Kadang-kadang pergi tandas buang air kecil, kadang-kadang tengah angkat kotak eh, terkentut pulak. Jadi aku rasa inconvenient kat sini. (Maafkan aku jika khilaf) tiada niat untuk mempersendakan tuntutan agama.
Jadi, aku minta pencerahan kalian tentang persoalan ini. Jangan salah anggap, aku suka bekerja disini. Cuma permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengganggu kelancaran pekerjaan aku.
Yang baik dari Allah, yang buruk dari aku…
– Mia
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit