Bolehkah begitu?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ada seorang wanita yang agak cantik dan baik yang saya sangat berkenan kepadanya.
Setelah memberitahu hasrat di hati tetapi wanita ini tidak pernah memberitahu jawapan yang jelas kepada saya.
Namun setelah beberapa lama kami menjadi semakin rapat dan saya kira kami seperti suka sama suka.
Harapan demi harapan saya terima. Dan secara perlahan2 saya merancang untuk membina baitul muslim.
Tup tup
Tiba-tiba wanita itu mendiamkan diri sediam-diamnya. Mahupun di whatsapp ataupun di facebook ataupon semua media social lain didiamkannya.
Akhirnya angin membawa khabar bahawa dia baru bertunang dengan seorang lelaki lain yang agak stabil kewangan dan kedudukannya.
Saya kelu.
Bolehkah begitu??
– Kali