Bolehkah Family Ku Terima Si Dia

Hai semua.. Nama diberi Amy.. Bukan nama sebenar.. Berumur 29 tahun.. Amy harap sangat luahan Amy ni akan disiarkan.. Amy sangat perlukan khidmat nasihat yang ada kaitan dadah..

Amy ada teman lelaki yang dah kenal almost 10 years.. Since kolej lagi.. Dia seorang yang sangat baik pada Amy.. Dia sangat hormat pada Amy.. Sepanjang perkenalan takpernah sekali pun dia sentuh Amy..

Dia sangat menyenangkan hati Amy.. Always listen to me.. Always being kind to my dad..

Yeah dia dan family dia dah pun jumpa dengan ayah Amy.. Dan ayah Amy sangat okay dengan dia.. They always keep in touch till now.. Amy dengan mommy dia pun sangat rapat..

Ada beberapa kali dia ceritakan tentang latar belakang diri dia dan keluarga dia.. Ada beberapa orang keluarga dia yang pernah dan masih terlibat dengan dadah dan berhutang sana sini..

Dan dia juga pernah terlibat dengan dadah.. Tapi tidak lagi sekarang..

Dan saya juga ada buat research tentang orang yang pernah terlibat dengan dadah.. Pada waktu sekarang ciri ciri tersebut tiada pada dia jadi saya percaya dan yakin dia dah totally tinggalkan benda tu..

Since yelah dia kata last dia ambil benda tu pun ketika dia bersekolah.. Sebelum spm dia dah berhenti and tak pernah ambil lagi.. Ketika itu Amy belum kenal pun dia lagi..

So bermaksud ketika dan saat Amy kenal dia, dia totally clean.. Sejujurnya Amy sangat tak kisah dengan kisah silam dia.. Amy tidak pernah dan tak suka nak judge kisah silam orang..

Bukan Amy terima sebab Amy sayangkan dia.. Orang kampung Amy pon ada yang sama macam dia.. Sekarang dah berubah..

Amy tak pernah judge dia memandangkan dia dah berubah.. Bukan sebab Amy sayangkan orang kampung Amy tu pun..

Sekarang Amy dan si dia dalam perancangan untuk berkahwin.. Amy ada research dan bertanya pada pakar.. Boleh ke orang yang pernah terlibat selepas bertahun tahun akhirnya menghidap HIV atau AIDS..

Jawapannya adalah TIDAK.. Tidak akan.. Alhamdulillah.. Lagipun ada je yang ada penyakit HIV tu tapi stil boleh berkahwin dan ada zuriat.. Macam cerita Sentuhan Najwa tu..

Yang merisaukan Amy, keluarga Amy..

Boleh ke keluarga Amy terima si dia dan keluarga dia macam mana Amy terima dia seadanya..

Amy risau kalau keluarga Amy dapat tahu.. Apa reaksi diorang.. Amy pernah cuba tanya kan pendapat kawan sekerja Amy.. Dan jawapan dia..

Dia tak kisah tentang latar belakang keluarga.. Yang penting pasangan.. Kalau pasangan pernah terlibat dengan benda tu, dia takkan terima lelaki tu.. Dia tak nak risiko kan diri dia..

Tapi Amy sangat sangat yakin dia dah berubah.. Amy ambil masa yang cukup lama dah untuk kenal hati budi dia..

Tapi yelah orang kata selagi tak duduk serumah kita tak tahu.. Tapi Amy sangat yakin dia tak akan sentuh lagi benda terlarang tu..

Maaf terlebih panjang luahannya, terima kasih jika disiarkan..

– Amy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *