Bonda Ayahanda

Lately ni banyak pulak confession pasal mak dan ayah. So, aku nak share pengalaman aku. Aku paling benci ayah aku sebab dia tinggalkan kami demi perempuan lain. Mak aku diceraikan. Aku rasa jijik nak berkenalan dengan mak tiri aku gara2 dia dah porak perandakan family kami. Makin lama aku tak rapat dengan ayah. Aku rasa marah, geram, semua ada. Pasal mak pulak, dah tentu2 aku sayang mak disebabkan mak dah jadi ibu tunggal dan terpaksa jaga kami adik beradik. Tapi mungkin sebab mak sunyi, mak ada kekasih. Memang tak salah kalau mak nak kahwin dengan orang lain pun, cuma aku menyampah tengok hubungan mak dan lelaki tu. Bagi aku kalau dah tua tu buat cara tua. Makin lama aku start benci mak aku sendiri sebab dia ada skandal dengan lelaki tu. Aku siap baca lagi conversation kat handphone mak. Luluh hati. Kadang-kadang mak biarkan je aku dan adik beradik tidur kat rumah seorang2. Selama ni aku bencikan ayah rupa-rupanya mak dua kali lima sahaja. Lari dari tanggungjawab.

Tu kisah waktu aku sekolah dulu. Aku sangat bencikan mak sampai ber aku kau dan melawan tiap2 hari. Sekarang bila dah masuk universiti, aku makin dewasa. Perasaan sayang pada mak dan ayah makin menebal. Aku minta maaf kat dorang. Aku insaf, aku sedar. Aku tak nak jadi anak derhaka macam dulu. Seteruk mana pun mak dan ayah kita, mereka lah orang yg melahirkan kita. Ada satu je mak ayah kita kat dunia ni. Sekarang aku dah makin rapat dengan mak dan ayah. Aku pun tak sangka boleh rapat macam ni. Sedangkan dulu betapa bencinya aku kat dorang. Nasihat aku pada korang yg merungut pasal mak dan ayah ni, maafkan je mereka. Kalau kita rasa kita tak rapat dengan dorang, cuba ubah diri. Dari situ boleh kita baiki hubungan. Kadang2 perasaan benci, memberontak tu lahir sebab korang remaja. Hormon tak stabil. Pemikiran pun tak matang. Percayalah bila korang dah cecah umur 20an dan bila tengok kawan2 sekeliling kahwin, korang akan terfikir jugak macam mana nanti bila korang sendiri dah kahwin dan ada anak. Nak ke dapat anak derhaka?

– Sis Sayang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *