Bos Pengotor

Pertama sekali, of course aku nak ucapkan terima kasih pada admin kalau dia siarkan post aku ni. Thanks admin, nanti aku belanja kepci okay!

Aku rasa cerita ni agak panjang sikit, kalau korang boleh bersabar, korang baca la sampai habis.

Selalu orang cerita housemate/ Roomate/ Suami/ Isteri/ Adik beradik/ Mak Ayah pengotor kan..

Berbalik pada tajuk kat atas tu, Yes. Bos aku ni memang pengotor. Tapi dia kira bos yang kedua la pengotor, dulu aku pernah ada manager perangai sama macam dia jugak.

Nak dijadikan cerita persamaan kedua-dua mahkluk ni adalah berbangsa C***.

Aduh, aku paling tak suka nak racist okay, dan cerita ni pun bukan nak racist ke apa, Sebab aku da pernah kerja bermacam tempat, dan ramai je kaum C*** lain yang sangat-sangat pembersih ye.

Mungkin ada seketul dua je la yang buat spoil macam bos2 aku ni.

So ex bos aku tu dulu tu seorang perempuan. Aku jarang sangat la communicate dengan dia, sebab kerja aku tak memerlukan aku contact dia sangat,

Tapi khabar angin mengatakan kisah2 dia kat toilet tu aku rasa hampir semua staff ofis tingkat bawah & atas tahu.

Kitorang ada 3 toilet dalam kilang tu. 1 ofis atas, 1 ofis bawah, dan 1 lagi toilet depan entry kilang.

Aku ni staff yang banyak habiskan masa dekat production line tengok general worker, so kadang-kadang dah tak tahan aku membuang je la dekat toilet worker tu.

Tapi kau paham2 la kalau toilet foreigner worker pelbagai negara yang pakai, memang tak lalu ye nak membuang pun.

Pernah sekali rileks je minah Vietnam tu masuk toilet yang takde pintu membuang camtu je time aku masuk pun dia macam takde pape berlaku. Hahaha, Opss aku dah melalut pulak cerita lain.

Okay berbalik kepada ex manager aku tu, dia suka pergi toilet yang dekat ofis bawah. So, nasibla sapa yang pakai toilet tu lepas dia keluar..

Dia punya bau tu aku tak tahu la apa benda yang dia makan sampai meninggalkan bau sebegitu rupa, sangat melekat dan meninggalkan kesan ye.

Paling kurang kau kena tunggu 20 minit ar baru kau boleh masuk toilet tu untuk membuang dengan selesa kalau taknak ada pencemaran bau.

Selain tu, kau kena berdoa jugak semoga beliau tidak meninggalkan sisa nyahtinjah beliau yang mungkin tak larut dek air tak lepas dek flush.

Aduh, aku taip cerita ni pun teringat2. Habis je la cite ex manager aku tu kat sini.

Bos aku yang sekarang, dia lelaki. Bos aku ni nak cakap dia baik, takdelah baik sangat.

Nak cakap dia strict macam bos2 lama aku yang lain, jauh sekali. Dia sejenis bos yang boleh tolerate la dengan pekerja. Kira takdelah masalah sangat dengan bos attitude dia. Tapi part kebersihan ni, aduh…

Tempat kerja aku sekarang kecik je, macam lot kedai, kitorang supply barang untuk pertanian.

Sebelum aku masuk, bos aku ni handle sendiri company ni. Dari segi documentation sampai lah deliver barang ke customer. Mungkin sebab tu dia takda masa nak bersihkan toilet mungkin?

Aku rasa la. Toilet ada 2. 1 toilet duduk, dan 1 toilet biasa mencangkung tulah. Aku memangg happy la ada toilet mencangkung sebab aku jenis tak reti pakai toilet duduk. Sekali aku tengok, mak aih, serupa toilet berhantu pon ada.

Ni kalau aku panggil influencer yang pergi tempat-tempat berhantu tu mau banyak footage ni.

Toilet dengan berlumutnya, dengan bekas2 kuning berkerak yang aku memang tak nak pikir datang dari mana (walhal boleh je bayangkan datang dari mana kan).

Toilet yang duduk pun lebih kurang je, lantai memang tak sure ar lumut dari pergunungan mana dah jejak kat situ kan.

Kau bayangkan, 1st day aku masuk kerja, benda pertama aku buat adalah basuh kedua-dua toilet tersebut.

Sejak dari tu, aku dapat merasakan aura negative kebersihan bos aku ni. Aku ni pun takdela bersih sangat macam orang OCD ke apa kan, tapi aku takdelah perangai pengotor macam dia.

Seperti kujangka, habit ex manager aku masuk toilet, sama dengan habit bos aku sekarang. Plus point the bau come with bau arak pulak. Sebab bos aku ni peminum tegar.

Kalau kau sehari minum air putih berkali-kali, kalau dia minum air arak tu berkali-kali size tin tu.

Aku ni dah nak masuk 5 tahun kerja dengan dia sampai sekarang setiap pagi aku kena jadi acik cleaner sanitize toilet tu sebab nak hilangkan sisa2 aneh tak terflush. Setiap hari ye.

Lepas tu, dia selalu tapau makan dekat ofis, tu okaylah kan takde hal. Yang jadi halnye, dia selalu tapau lauk B***, pastu lepas makan kadang-kadang dia letak je bekas kat sinki dengan ada sisa tulang-tulang B***.

Memang la bukan bekas tulang seekor B***, but still aku macam tak boleh ar.. Oh ya, sinki kitaorang pun aku bersihkan masa 1st day kerja. Berkerak juga ye gais.

Pernah jugak aku tegur aku cakap buang lah tulang tu dulu baru nak letak pinggan dalam sinki, dah jadi kes lain pulak. Pinggan tu pulak beranak pinak dalam sinki ha. Memang dia basuh, tapi amik masa la.

Mungkin 2 minggu kemudian, kalau dia ingat. Aku, memang tak la nak basuhkan. Lagi2 bekas makan B*** pulak tu.

Tapi ada masa aku terpaksa basuh jugak sebab kadang-kadang bila supplier hantar barang, nak tumpang sinki tumpang toilet aku malu lah kalau kotor sebab aku melayu, islam, bertudung kan. Tak nak ada persepsi buruk terhadap kita.

Dan itu juga antara sebab aku bersabar je la setiap hari membersihkan sisa toilet supaya atleast aku sendiri nak guna selesa dan tak la malu kalau orang tumpang pakai.

So itulah kisahnya. Aku pun tak tahu la sampai bila aku boleh bertahan.

– Mlia Edora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *