bosan dengan orang malas, orang yang suka pandang rendah orang lain.
Mak aku rajin masak. Disebabkan mak aku rajin, maka mak aku target utama bila sampai bab masak. Pergi la mana pun, muka mak aku akan officially jadi muka dapur, kadang mak aku cakap muka periuk. Hehe.
Tapi, aku tak suka sebab mak aku dibuli sebenarnya. Mak aku sedar tapi dia tak mampu buat apa2. Sebab malas nak bising. Ibu2 saudara aku kebanyakannya spesis pemalas. Dan mak aku kena jadi extra rajin so bayangkan bila ramai2 mak aku dgn mak saudara yg lagi satu masak. yg lain buat xtau je. Yg sorang pulak kerjaa merayap. Dari zaman anak dara sampai dah jadi mak orang, payah nak nampak dia masak kat dapur. AKu boleh kira dgn sebelah tangan je. Tapi kalau dia masak, muka macam taik, lepas tu update kat fb tak puas hati sbb takde org tolong. Mak aku jenub dah buat kerja takde orang tolong takde pulak mak aku ungkit.
Skrg aku banyak tlg mak aku. Sebab aku tahu mak aku akan terbeban dgn kerja yg melambak. Dulu aku x pandai sangat buat kerja kat rumah org. Tapi semenjak tgk mak aku, aku buat pandai jela. Anggap mcm dapur rumah aku. Habis kalau aku tak tolong diorang akan kata tolong la mak kau tu, xkesian ke tgk mak tu. Pandainya bercakap kan. Tak malu ke dah jadi mak orang pun malas pegang sudip? Pfft.
Kdg aku kecik hati, sebab aku tahu ada yang perkecilkan mak aku. Pak sedara pernah la kata something..actually x direct sebut, tapi sebab tgh borak pasal mak aku (sebab aku saja tanya kisah mak aku dulu2), pak sedara aku ckp something, yang mana aku faham. Dia kata mak aku ni tak cekap. MAk aku tak pernah keje, so pada diorang, orang tak keje ni tak berguna.tapi aku tak cerita kat mak aku, tak gamak la. Biar aku simpan sampai mati. Aku kenal mak aku,mak aku sangat baik orangnya. Terlampau baik sampai org buat apa pun redha je.
Kepada korang yg dah berkahwin, bekerjaya. Kalau ada relatives korang yg x bekerjaya, senang cerita surirumah, tak perlu perlekehkan diorang. Diorang pun ada hati dan perasaan. Asal surirumah je, mengangkang. Rasa nak sepuk je muka yg bercakap tu. bangga sangat ada kerja. Last2 bila ada masalah mengadu kat si mengangkang. Laki kikis duit la itu la ini la. Hmmm.
Kalau rasa tak pandai masak, belajar. Kalau tak berani masak, rajinkan diri buat kerja lain. Hiris bawang ke, basuh pinggan ke, baju ke, sapu sampah ke.Dah balik ramai2 tu pandai2 la agih keje. Ni kena tggu mak aku ada baru nak masak. Ramai2 berlonggok keje sembang jela. Yang perempuan takde keje berlonggok dgn orang laki bersembang. Tak malu ke apa. Tak guna mengaji tinggi tapi takde skill kerja rumah. Bukan dari kecik dok hostel, setakat sem 1 dok hostel lepas tu dok rumah sewa tak payah acah2 innocent tak reti bawak diri buat kerja.
– Amani