Bual Bicara PKP 2.0

Assalamualaikum dan hi semua. Aku nak straight to the point macam tajuk kat atas dan tak ada simpang menyimpang.

Banyak benda yang aku rasa tak puas hati pasal pkp 2.0 sebagai rakyat marhein dan apa komen korang tentang pkp 2.0 ni. Sebelum tu, thank you admin sebab published confession ni. Harap dapat publish awal sebab benda ni benda tengah in. Haha.

Confession ni aku tulis bukan untuk kecam siapa siapa, cuma bagi pandangan aku sebagai rakyat biasa dan harap tak ada yang terasa atau terlebih lebih meroyan. Sebab siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Baik. Ni yang pertama. Aku nak sentuh pasal sekolah. Sebab aku baca dekat page rasmi KPM, ramai makbapak yang bertelagah sesama sendiri, nak hantar anak, ada yang takut hantar anak ke sekolah.

Masing masing memang sakit hati. Padahal korang marah pihak berwajib kan? Tapi siapa yang komen tak sokong korang masatu memang mendapat maki sebakul.

Tak kurang juga yang marah cikgu, gaji jalan tapi kerja tak berapa jalan. Ni aku baca komen lah. Cuti sebulan, tambah pulak sekolah tak bukak untuk kawasan pkp, diorang bekerja lagi dari rumah. Bertambah senang kata rakyat. Jadi ramai yang sakit hati dengan cikgu.

Bagi aku, sakit hati dengan cikgu pun tak guna sebab ini arahan KPM kan. Cuma mungkin sebagai rakyat jelata, aku rasa cikgu kena proaktif sikit. Biasalah. Cikgu pun manusia. Ada yang malas, ada yang rajin, ada yang terlebih rajin.

Cikgu yang pemalas amat ni, harapkan kawan tolong buat itu ini, sila malu dengan Tuhan ye. Bagi anak makan gaji buta korang tu.

KPM bagi kerja dari rumah, tolong fikirkan cara macam mana nak sampaikan ilmu pengetahuan dengan efektif kepada anak murid. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Contohi lah rakan guru yang sanggup bersusah payah nak ajar anak murid. Aku bukan cikgu. Tapi aku perhati je perangai cikgu cikgu dekat Malaysia ni. Tu belum bab cuti sekolah. Dah tau kes tengah mencanak naik, pakat berlumba balik kampung.

Cikgu kan cerdik. Patut boleh agak kerajaan mesti akan laksanakn PKP sebab kes tengah mencanak naik. Tapi ambil kesempatan dalam kesempitan pulak kan.

Bila dipanggil bertugas, macam macam alasan. Patut kalau cuti sebulan time covid melanda dunia ni, balik kampung paling lama seminggu sudah lah.

Bersyukur dapat balik kampung. Kami rakyat marhein ni balik kampung pun belum tentu dapat. Jangan suruh kami belajar pandai pandai untuk jadi cikgu pulak. Kami yang tak jadi cikgu ni, ada yang pegang Phd.

Tapi bukan rezeki kami dalam bidang perguruan tambah tak minat jadi cikgu. Apa boleh buat. Cuma nak suruh cikgu cikgu fikir dan jangan bagi banyak alasan. Tak suka anak murid ke ibubapa bagi alasan,cikgu cikgu pun patut merancang dengan lebih baik.

Berbalik pada makbapak yang ada suka sekolah tutup, ada sekolah tak tutup, biasalah. Setiap individu punya fikiran yang pastinya tak sama, iras iras atau neutral. Orang neutral ni tak kisah mana mana. Aku faham. Yang nak tutup sekolah, mesti risau takut anak kena kobid.

Yang taknak tutup sekolah, risau anak nanti tak pandai, takde talifon lah, takde internet, taktau nak letak anak kat mana. Untuk selesaikan benda ni, KPM patutnya timbang tara sebaiknya, ada pelan yang terperinci dan telah diperhalusi sebelum laksanakan sesuatu.

Maksud aku, KKM tiap tiap hari update kes sekarang memang trend tengah menaik. Patutnya dari tahun lepas KPM dah bersedia dengan plan B kalau plan A tak berjaya. Ni bila kerajaan umum PKP, lambatttt nak umum plan dari KPM apa.

Takkan plan last minute? Dan bagi aku sebagai rakyat marhein ni. Ni pendapat aku lah. Sekolah tak perlu bukak lagi sebab sekarang kes tengah trend menaik.

Kalau ada kilang dah lahir banyak banyak kluster, kluster pembinaan pun ada, takkan bukak sekolah tak ada kluster baru?

Takkan bila dah ada baru KPM nak tutup sekolah balik? Tutup buka tutup buka. Silap mata ke apa. Jenuhlah KKM dengan kluster baru di sekolah ni lagi.

Aku malas nak ulas pasal nanti cikgu akan pastikan SOP di jaga. Cikgunya ya sikit. Muridnya ya ramaii. Terus gimanaaa?

Ya Allah Ya Ampun. Ni aku cakap pasal fakta korang tau. Pastu siapa yang sanitasi setiap kelas hari hari? Setiap peralatan di kelas tu lagi.

Aku cadangkan sekolah ditutup dan cikgu cikgu wajib ambil inisiatif buat modul dan murid akan collect modul tu di rumah cikgu tu ke atau di sekolah dekat guard secara drive thru ke, cikgu cikgu fikirkanlah.

Buat senarai nama murid yang ambil atau tak ambil. Murid yang tak ambik modul selewatnya seminggu dari tarikh modul dikeluarkan, mungkin cikgu boleh keluarkan surat tunjuk sebab atau surat amaran.

Pandai pandai lah fikir agar semua dapat melaksanakan pembelajaran dari rumah ni. Jadi selesai masalah internet bagai. Buat modul, yang dalam modul tu, dekat belakang sekali ada nota penjelasan untuk setiap soalan.

Dulu masa spm, aku suka jawab latih tubi dari baca buku. Memang berkesan. Cikgu cikgu akan payah sikitlah tapi sesuai lah dengan gaji yang cikgu cikgu dapat. Biar berkat kata orang.

Cikgu cikgu tetapkan limit masa untuk murid hubungi cikgu. Kalau malam tu, tak usahlah menganggu masa cikgu korang. Tanyalah esok pagi pulak.

Okey. Ni benda lain pulak. Pkp kali ni tak macam pkp kan. Aku tengok kawan kawan aku dah tak WFH. Semua kerja macam biasa. Balik macam biasa. Berbeza dengan PKP 1.0 dulu. Kalau nak bagi sektor ekonomi berjalan, buatlah macam pkp 1.0 dulu. Tegas dan berjaya flatten the curve.

Ni semua orang boleh bekerja. Tak ada yang WFH. Baik kerajaan umum PKPB saja. Yang swasta pun, bos besar WFH. Kerani gaji seribu yang kena datang kerja. Umpama di medan perang, kuli duduk barisan hadapan, ketua sembunyi paling belakang.

Tak semua syarikat swasta tapi ada kan. Yang ada ni, aku nak bagi cadangan. Bos turun kerja tapi bukan semua. Kerani juga bukan semua turun kerja. Jadi kita dapat kurangkan kepadatan di pejabat. Sebab kalau suruh orang bawah bawah saja kerja, bos bos mungkin rugi.

Tak dapat pantau anak buah korang dengan lebih telus lagi. Nanti staff suka dapat lepak lepak sebab bos tak ada. Tak ada penjarakan. Jadi wujud kluster baru lagi. Ini ulang ulang sampai abang jamil mamp*s.

Banyak lagi aku nak confess tapi aku lupa apa aku nak tulis. Akhir kata, korang sebagai rakyat malaysia, tak kira bangsa apa, agama apa, jangan kecam satu sama lain.

Kita jangan taksub pasal politik. Ini bukan masanya. Ini masa untuk kita bersatu padu melawan musuh tidak nyata di mata. Kita boleh. Lawan sampai Malaysia Negara tercinta bebas dari covid.

Nanti kita boleh hiking, boleh lepak mamak, boleh jogging, boleh kayuh basikal, boleh shopping, boleh lepak malam malam.

Sekarang sabar sikit. Jangan gaduh gaduh. Kita lawan dulu musuh. Nanti sudah menang, kita raikan sama sama. Antivaksin ke, bukak sekolah tak bukak sekolah ke, semua rakyat Malaysia.

Ini bukan masa kita bertelagah. Ini masa kita bersatu. Kita berdoa ikut kepercayaan masing masing. Tak kisah lah covid 19 ni konspirasi ke tak, ianya realiti. Jadi mari doakan agar Malaysia Bebas covid 19. Selamatkan Malaysiaku. We love you.

– INSAN BIASA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *