Buat aku, aku, aku. Dan kalian.

Salam.. aku konfes ni sebab.. entah ah. Sebab aku rasa tak puas hati dengan segelintir manusia yang dah terlajur. Manusia yang mula kalut dan buntu untuk cari jalan penyelesaian selepas terlanjur. Sebab kau mencari penyelesaian daripada society, kau minta pandangan masyarakat tentang itu dan ini– tentang diri kau. Tentang masa lalu kau. Eh time kau tengah %$#%^@ tu, ada ko mintak pandangan society? Tak kan. Aku rasa marah. Serius talk, ko nak maki aku maki lah. Tapi, its a two way thing. Kalau pompuan x kasi, laki tak dapat. Kalau laki tak sangap, perempuan tak meroyan nak serah maruah dia. Sebelum kau meroyan minta pasangan bertangungjawab keatas kau, kau sendiri perlu bertangungjawab atas apa yang kau lakukan.

Bagi aku lah, solusi/penyelesaian masalah kau dah lepas lama dah.
Time kau boleh tahan nafsu kau, itu lah solusi nya.
Time kau decide untuk do or not doing, itu lah solusi nya.
Waktu kau mampu halang dari membiarkan tangan2 jalang menjalar di tubuh kau, itu lah solusinya.
Masa kau mampu padam bibit-bibit zina yang mula merecik, itu lah solusinya.
Masa kau mampu untuk menolak bermsj l*cah, bercall lu*ah, menonton perkara sumbang, meledani nafsu bersama pasangan kau, itu solusinya. Masa itulah solusi kau.

Waktu yang berlalu– penyelesaian kau tak boleh terulang, ianya dah berlalu.

Maaf lah kalau korang tak setuju dengan aku. Maaflah aku benar2 kecewa dan marah. Beza aku, aku tak mampu berlapang dada dengan benda ni. Dengan masa yang terlepas. Kau sendiri tahu macam mana nak elak masalah keterlanjuran kau. Aku tahu kau tahu. Kau tak bodoh nak fikir tentang masa depan, mak ayah yg bagi peluang dan harapan kat kau. Aku tahu kau pernah pikir pasal masa depan, pasal dosa, pasal Tuhan, pasal syurga neraka– sebelum kau lakukan dosa tu. Kau tahukan? Aku cukup yakin kau tahu. Tapi kau tidakkan perkara-perkara itu. Kau berpaling dari kebenaran. YA. Berpaling. Pahit bukan? Kejam dan zalim kan bunyinya? Aku kah yang zalim? Atau kau?

Dengar lah!! Ini hakikat yang mesti kau telan! Takkan Tuhan TAK sayangkan hamba-hambanya sedang Firaun sejahil manusia, diberi masa untuk bertaubat hingga sampai tengelam antara belahan lautan! Takkan Tuhan endahkkan hambanya saat hambanya benar-benar perlukan dia?Saat hamba tergapai tanpa kompas iman? Yang aku percaya, Dia pasti. Pasti beri kau peluang utk berubah– yang kau sendiri tidakkan!! Yang kau sendiri tak endahkan– kau pedulikan demi nafsu serakah. Bukankah?! Bukankah itu realitinya?! Hadap dan hadam benda ni.

Mari aku tanya engkau, rasa takut ketika melakukannya. Selepas melakukannya. Takut bukan? Ambil sesaat dua masa itu, gandakan dengan infiniti. Darabkan dengan seluruh hidup kau. SESAAT DUA ENAK UNTUK SELURUH WAKTU USIA HIDUP. Berbaloikah? Berbaloikah saudaraku…. ….

Ketahuilah… Lazat dosa yang kau rasa, secuit pun tak sama dengan lazat pahala bila kau mampu tolak dosa tu…. Fahamilah, penyesalan maha besar selepas kau sedar– yang dosa kau lakukan tak boleh lagi dicuci dengan air. Tak boleh dipadam dengan kain. Tak terlupa dek akal. Diburu, dihantui, diseksa dengan PENYESALAN. Aku faham benar buruan dan banyangan dosa lalu. Aku tahu. Believe me, i am in your shoes. Bukan cakap aku– cakap bodoh. Bukan cakap aku– nak menghina kondisi kalian. Bukan cakap aku– nak menjelikkan masa lampau kalian.

Cakap aku– agar mampu goncang hati yang tidur.
Moga dapat hentam jiwa yang leka.
Moga dapat kecam– perasaan yang terbuai.

Dalam maksiat.

Kerana itu, aku beritahu kalian dahulu.

Wahai saudaraku… masa itu solusi. Kau mampu atur masa depan kau, caknakan perkara yang kau lakukan. Lindungi diri kau dari perkara yang kau tahu akan menjahanamkan. Cari jalan pulang itu sebelum terlambat. Sebelum kau pungut baju-seluar-dalam kau dengan rasa sesal. Sebelum jurai air mata menitis ketakutan. Itu dah.. terlalu jauh. Jauh utk digapai.. Saudaraku…. cintailah dirimu… sebelum kau beri rasa cinta itu pada insan lain.. Cintai lah Tuhan mu dahulu… Dia tak pernah– tak pernah jemu menjagamu..

Ini peringatan keras buat aku, aku, aku– dan kalian. Dosa aku, memberi tangan manusia yang konon mencintai aku– meratah segenap tubuh aku. Ya. Bukan kau saja berdosa, aku lagi berdosa. Aku hamba yang berdosa. Sisa sesal masih ada. Yang bercakap– juga bagi pihak diri aku. Dosa yg masih merantai mengejar diri aku sampai sekarang. Dan dalam aku tengelam dengan dosa ku– Masih Tuhanku mahu bela, masih Allah mahu jaga, walau aku rasa aku hanya layak di neraka. Tuhan perlihara aku dari terus hanyut. Aku tak terlanjur– tapi aku dah disentuh. Jijik rasanya pada diri sendiri.

Tapi aku perlu terima. Terima dosa ini, dan berusaha untuk tebus dosa ini. Dosa yang perlu aku tebus ini, bukan aku anggap sebagai solusi, ia hanya sekadar penyedap rasa hati. Sekadar… seolah.. aku masih punya peluang menjenguk syurga, meski aku tahu neraka itu selayaknya lebih dekat.
Maaf masa depan ku. Maaf kerana aku sendiri tak mampu nak maafkan diri aku. Maaf aku tak LAYAK memaafkan diri aku sendiri.

Maaf, itu aku beroleh dari yang Hak sahaja. Kerana aku yang zalim, bukan Dia. Dan aku yang membenarkan itu dan ini berlaku. Aku yang beri ruang dan laluan perkara itu dan ini terjadi. Maafkan aku masa depan ku. Dan waktu yang berlalu. Aku terlalu lemah ketika itu. Kabur dek cinta palsu serta hawa nafsu.

Jadi saudaraku, beranjaklah dari dosa mu kini dan dosa masa depan mu. Seriuslah menebus dosamu.

Andai ketika ini, kau punya peluang untuk atur masa depan mu, gunakanlah.
Andai ketika ini, kau dalam dosa yang melalaikan, tinggalkanlah.
Andai ketika ini, kau ralit berhubung rasa, bertukar cerita tak menjana umah, ubahlah.
Andai ketika ini, jiwa gembira dengan icon dan msg cinta, muhasabahlah.
Andai ketika ini, kau mengiyakan kemanisan bercinta tanpa ikatan, bertaubatlah.
Andai ketika ini, kau hanyut merai cinta haram bersama pasanganmu, usahlah.
Andai ketika ini, kau berjinak mengiyakan nafsu, beringatlah.

Kerana masa ini.. Masa ini– ketika ini, ialah pemberian Tuhan buatmu.
Allah masih belum taut lautan itu. Mohon jangan diulang peristiwa hamba yang tidak diberi keampunan hingga hujung usia.

Moga Tuhan ampuni aku dan kalian.

– Pendosa tegar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Confessions yang baik & mmbina..smoge trhindar dr pkare yg mlalaikan..igtn keras utk diri sndiri trutamanye.trima kasih confessor ats ayt yg agk deep & sentap.tkde org yg tlpas dri salah silap.bukan senang utk tetapkan dan plihara iman.moga mata hati trbuka utk pk mane baik buruk utk sluruh umat islam.

  2. Pada pandangan saya…apa yg berlaku..(terlanjur)…sememangnya dlm pengetahuan Allah..kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. ALLAH beri ujian dan dugaan nafsu ini mesti ada sebab musabab. Kita tidak berada didalam situasi mereka…so xperlulah kita nak buat conclusion sebegini. Setiap apa yg terjadi…adalah kehendak Allah..even kita nak berkelip.mata pun adalah dengan kuasa Allah. Memang mereka bersalah..berdosa..tapi siapa kita nak jatuh hukum..nak menyampah bagai? Kita ni semua hamba Allah…hanya Dia saja yg berhak atas kita semua. Apa yg kamu rasa juga adalah dugaan Allah…nak tgk adakah kami ni ada ehsan atau tidak..adakah kami ni boleh guna akal yg bijak itk tidak menjatuhkan hukum pada si pelaku yg terlanjur. Subhanallah…

    • Saya rasa sebaliknya. Kuncinya ada pada perempuan kalau mereka merelakan makna menjadi la dan sama sebaliknya. Semuanya terletak di tangan perempuan. Kalau tak dilayan xkan terjadi. Sebab itu sebaiknya jangan terlibat pn dgn perkara mendekati zina. Semuanya terang lagi nyata. Apa guna tuhan bagi akal kalau bukan tujuannya utk diguna?

    • Sifat wanita…mudah perasan dengan ayat cinta lelaki…kebanyakannya…so bukan salah perempuan seorg…lelaki juga patut disalahkan ..kerana…sifat lelaki yg suka memuja perempuan dan suka beri harapan palsu

    • Betul tu.. kita xberada dlm situasi mereka.. tahap keimanan dan kekuatan seseorang menghadapi ujian juga berbeza.. bersyukur sekiranya kita tak diberi ujian sebegini dan ujian Allah kepada hamba nya lain2..

    • Better salahkan diri sendiri kalau dah buat salah. Masing² ada akal untuk berfikir. Masa tu baru nampak senipis mana Iman sendiri. Dah terlambat nak salahkan tuhan atau orang lain.

  3. kannnn…aku pun rase irritating bile ade confession “aku da terlanjur..jgn kecam aku” …aku x kecam tapi rasa nk luku je kepala tu…yg ko senang2 nk serah kenapa?? pastu nk suh society terima ko jaga ko elok2…belai2 ko..ckp baik2 ngan ko?? time ko beronok2 ko pikir ke mak bpk ko?? kena kat family aku…mmg aku pulaukan..pandai2 la pikir…sory aku da penat tgk semua ni depan mata..x insaf2 lak tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *