Saya nak tuju kepada confessor suami buta huruf. Boleh baca confession dia disini, (https://iiumc.com/suami-buta-
Puan, teruma sekali saya ucap tahniah sebab sudi menerima lelaki seperti itu. Saya tahu tak mudah untuk menangani cabaran dalam melalui rumah tangga dan mempunyai disadvantages sebegitu.
Puan, sebenarnya Puan cuba menyiasat, adalah suami puan itu sebenarnya dyslexia atau mempunyai masalah yang lain. Sejujurnya, adik saya juga hampir sama seperti Puan. Dia walaupun tingkatan 1, dia masih tidak boleh membaca dengan baik.
Dia banyak kali masuk kelas pemulihan atau kelas belakang sekali. Pada mulanya, ramai orang ingat dia malas dan tuduh mak saya tak reti didik anak. Asas 3M (membaca, menulis, dan mengira) masih tak boleh menguasai.
Dia hari-hari kena marah dengan cikgu kerana tidak dapat membaca dan tidak melakukan kerja sekolah. Sebab dia tak tahu. Pernah satu hari mak saya mungkin tertekan dengan keadaan sekeliling, pernah terpukul adik saya dengan teruk sekali dengan tangan.
Saya sampai terpaksa peluk adik saya dan saya sendiri kena pukul. Akhirnya apabila pihak sekolah rujuk pada PPD, mereka minta adik saya dirujuk pada doktor. Rupanya adik saya ada dyslexia.
Jadi, selepas itu adik saya dimasukkan ke sekolah yang mempunyai pendidikan khas.
Kami diberi penerangan yang adik saya bukanlah sakit mental ataupun malas. Tetapi dia ada kesistimewaan dia dan dia. Otak dia ada masalah untuk mengenal huruf dan sukar untuk mengenal bunyi berlainan untuk huruf tertentu.
Setelah dia masuk sekolah pendidikan khas, barulah dia dapat membaca walaupun masih merangkak. Walaupun jauh, mak saya tetap berkorban untuk masa depan adik saya.
Akhirnya kami jumpa minat dia apabila dia pandai dengan photoshop dan alatan melukis elektronik yang lain.
Saya tak pernah nampak dia melukis, sebab tu saya tak tahu minat dia berkaitan seni. Kami juga hantar dia belajar reka grafik. Adik saya bagaikan genius dalam bidang tu.
Dia sekarang ni sudah berumur 25. Dia sudah bekerja sebagai graphic designer. Gaji dia pun sebenarnya lebih kurang saya walaupun saya ada degree. Dia cuma ada sijil teknikal sahaja. Komputer dia sangat canggih dan bersamaan gaji dua bulan saya.
Majikan dia faham keadaan dia dan apabila ada job yang mempunyai tulisan dan ayat di dalamnya, majikan adik saya akan double check untuk spelling error walaupun adik saya dah guna autocorrect software.
Dia kalau membalas whatsapp dan mesej, dia prefer bercakap atau gunakan autocorrect. Jika kami tak sabar dengan dia dulu, mungkin sampai sekarang kami masih anggap adik saya ni pemalas dan bodoh.
Untuk pengetahuan Puan, adik saya kini mempunyai banyak buku dibilik walaupun satu masa dahulu, membaca adalah benda yang dia paling benci. Saya masih ingat adik saya breakdown dan marah-marah dalam bilik. Dia ambil buku, koyak-koyakkan dan baling ke luar rumah.
Dia tertekan sebab semua orang marahkan dia dan panggil dia bodoh walaupun dah besar tak reti membaca. Saya juga pernah panggil dia bodoh. Saya amat menyesal. Sepatutnya sayalah yang patut melindungi dia, tetapi saya jugalah salah seorang yang membuli dia.
Setelah kami semua tahu masalah dia yang sebenar, baru kami semua menyesal dan boleh bantu adik saya.
Dia sekarang ni minta membaca sebab dia kata tak sangka dalam buku ada banyak benda yang menarik dan kadang kala mendamaikan. Walaupun dia masih struggle membaca, tetapi rasanya dia lebih banyak spend time membaca dari saya.
Saya juga minta Puan bersabar dan minta rujuk suami puan pada pakar. Sebab mungkin suami puan ada masalah yang lain.
Apabila sudah mengetahui masalah suami Puan, insyaAllah puan dapat membantu suami puan untuk membaca dan mungkin akan dapat satu buku. Saat ini, puanlah orang yang paling dia perlukan ketika ini.
Puan perlu bersedia dan jangan anggap suami puan ada masalah mental apabila dapat keputusan daripada pakar.
Puan dapatkan nasihat pakar dan dapatkan bantuan apa yang puan boleh bantu suami puan untuk pandai membaca. Berdasarkan cerita puan, suami puan bekerja dan bergaji lebih 3k.
Ini bermakna suami puan sudah berjaya survive walaupun tidak dapat didiagnosis dan dibantu dari awal. Bermakna, suami puan sudah cuba sedaya upaya untuk berfunsi dalam masyarakat.
Saya ucap selamat maju jaya pada Puan. InsyaAllah ada sinar dan harapan dalam rumah tangga puan.
– Abang yang menyesal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit