Buat ibubapa dan bakal ibubapa

Aku dilahirkan dalam keluarga yang over protective. Susah sangat aku nak buat keputusan atau go out exploring.

Selalu sangat parent aku cakap “itu tak praktikal”, “itu bahaya”, “ini tak betul” etc etc.

Bila aku cuba defend keputusan aku, mereka akan cakap “melawan lah, kami makan asam dulu, kami tahu baik buruk”.

So lepastu, aku diam dan patuh. Ye la, sia2 je hidup bila kita lawan cakap ibubapa. Tapi, makin lama keinginan nak explore ni makin tebal. Tiap2 hari aku struggle untuk sabar dan patuh. Bukannya apa yang aku nak buat melanggar perintah Allah. Kadang2 nak pergi beraya rumah kawan yang duduk jauh sikit pun aku kena tolak. Kenduri kahwin apatah lagi. Sedih.

Tapi takpe, insyaAllah aku cuba untuk taat diorang. Amin.

Cuma, pada pendapat aku, parent terutama ibu, diberi kelebihan yang banyak oleh Allah. Doa ibu doa yang makbul disisi Allah. Even kalau ibu doa yang buruk2 kat anak dia pon insyaAllah Allah makbulkan apatah lagi kalau doa yang baik2.

Jadi apa salahnya jika biarkan anak2 buat keputusan mereka dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Aku faham kadang2 ibubapa risau perkara buruk jadi pada anak mereka. Tapi Allah kan ada. Bukan sepanjang masa kita mampu jaga anak kita.

Bila mereka tak ada depan mata, berdoa pada Allah, semoga Allah jaga mereka, permudahkan urusan mereka. Pada Allah sahaja yang boleh kita berharap, dan Allah sahaja itu sudah cukup.

Letak pergantungan kepada Allah, insyaAllah kita akan lebih tenang. Stop crushing other people dreams before they even work it.

Kadang2 ada gak aku rasa aku nak redah je lawan cakap diorang. Tapi bila fikir2 balik, kalau Allah tak redha ngan aku camne. So, aku diam2 sahaja. Utamakan yang wajib dulu. InsyaAllah.

Doakan aku untuk terus kuat menggembirakan hati ibubapa aku. Semoga mereka redha dengan aku.

– Anak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit