Salam kawan2,
Kisah ini merupakan kisah benar dari hidup aku.Semoga ianya menjadi pengajaran dan inspirasi kepada kawan2 sekalian.
Aku merupakan seorang ex-student uia.Actually baru setahun lebih je grad dan sudah bekerja sebagai junior software engineer di sebuah syarikat yg agak terkenal.
8 tahun dahulu,aku berkenalan dengan seorang gadis yg sgt cantik dan comel melalui sepupu aku.Kami berkawan sehinggalah umur aku mencapai 19 tahun dan dia 18 tahun,kami menjalinkan hubungan sebagai bf/gf.Kami dulu adalah students.Aku di UIA,dan dia di Universiti lain.3 tahun berlalu,dia sudah menamatkan zaman pengajian dia dan mula bekerja,tapi aku masih lg belajar.Kalau ikot trend perempuan zaman sekarang,dah lame dia tinggalkan aku sebab aku masih belajar dan dia sudah ada kerjaya.Tapi dia bukan begitu.Ye lah,mane ade perempuan skarang yg nak kan bf yg masih belajar.Semua nk bf yg dah kerja,yg dah established.
Bila aku down,die ade dengan aku.Bila aku sedih sbb result,die pon ade dengan aku.Kalau date,die tak kisah nak keluarkan duit sbb die paham situasi aku sebagai seorang student.Aku sangat terharu sebab ad manusia cmni lg.
Setahun kemudian,setelah selesai pengajian ku,aku di recruit oleh sebuah syarikat untuk menjadi software engineer dengan gaji fresh grad sebanyak RM2900.Kemudian kami bercadang untuk berkahwin.Tapi aku perlukan masa untuk kumpul duit dan achieve ape yg aku nak.Aku dapat beli kereta sendiri,dan juga rumah selepas tu.Ambil masa yg lama juga.Tapi die masih bersabar,x rushing untuk berkahwin,tak push aku untuk kahwin dgn dia.Sbb die mg sgt memahami.Tidak lama selepas itu,kami di ijab kabul kan sebagai suami isteri yg sah.
Brothers sekalian,aku nasihat kan,kalau ade gf yg sanggup stay dengan korang,dari zaman study sampai la korang berjaya,jadi kan gadis itu sebagai isteri.Gadis mcm ni adalah gadis yg paling kuat sekali.Sanggup bersabar dan tidak takut untuk amik risiko.Gadis mcm ni,sanggup untuk menghadapi kesusahan dan kepayahan bersama2 dgn korang.Mane lg nk jumpe gadis macam ni?
Aku dah banyak tgk kawan2 aku,bersedih merana sbb gf dorg mintak putus sebab nk kawin dgn engineer petronas.Well bg aku memang la semua org nak kan yg terbaik.Tapi perempuan mcm ni,jenis yg penakot,lembik dan manja.Takot untuk amik risiko,takot untuk berada di bawah.BIG FAT COWARDS!
Bila korg dah berjaya,memang akan ade gadis2 yg lagi cantik di luar sana yg berusaha nak kan korang.Mcm dalam case aku,dlm company ICT,software engineers sgt lah dihormati dan disegani.So mg akan ade perempuan2 yg bermanja2,flirty2,and goda2 korang.Tapi aku tak pernah terfikir untuk pasang satu lg.Sebab ape?Sebab isteri aku yg ade dgn aku mase aku loser dulu.Isteri aku yg ade mase aku tgh down CGPA rendah.Isteri aku yg klua kan duit mase die dah bekerja dan aku masih student.Isteri aku yg tak putus2 percaya dan support aku.She once said "I believe in you.If u have success,i wanna be a part of it.If u fail,I wanna face it with you.Together."
Guys,kalau ade yg terpikat dgn korg mse korg dah mencapai kejayaan,tak payah layan sgt.Sbb dorang mostly takkan ade dgn korang kalau korang hadapi kesusahan.Gadis yg stay dgn korang mse korang tgh loser lg,adalah gadis yg paling kuat.They will be a perfect wife and mother for your children.
Elakkan perempuan yg mencari lelaki yg dah established.Sesetengah perempuan ade target.Contohnya ade yg nk suami bergaji RM4000++.Ade yg nk suami keje off shore.Ade yg nk suami keje petronas.Percayalah,kalau korg dah kahwin,and tiba2 kne pecat dari petronas,your so called wife ni takkan layan korang macam dulu lg.Ini berdasarkan kes kawan aku sendiri.Kena pecat dari MAS,isteri die totally changed.
OK brothers sekalian,untuk mencari isteri,kite kne bijak.Guna kan akal dan process segala info yg ade.All the best bros sekalian.
– Bro Awan