Buat Tanpa Minat dan Cinta
Pernah tak buat benda yang hangpa tak suka?
Mesti pernah kan.
Aku bukan apa, aku ambik medik sudah bertahun-tahun, dah agak di penghujung jalan penamat sekarang.
Dulu aku sangka aku boleh suka dengan paksa, dan boleh cinta bila selalu memaksa (alah, macam solat paksa masa kecik-kecik dulu la kan…), tapi hingga kini, aku rasa sangka aku tu silap. Sampai harini aku belum suka dan cinta lagi dengan medik ni.
Repeat year(sekali) dan reseat paper(3 tahun berturut-turut) tu aku pernah, pernah jugak bertindak seperti #RebelDenganTuhan, namun aku bangkit balik, tapi dengan penuh luka seluruh jasad, dan itu pun aku bangun dengan penuh paksa. Masih belum dengan cinta.
Susah yarabbi buat benda tanpa kita suka, tanpa kita cinta. Walau hati sudah redha dan terima, aku di jalan ni dengan taqdir aturan Allah, dan inilah yang terbaik buatku, jalan yang Allah pilih untuk aku, jalan yang mampu membahagiakan mama ayah. Tapi, ternyata ia menyakitkan.
Aku belajar sekadar belajar, ikhlas itu ada, tapi tanpa cinta. Aku hanya belajar sekadar bagi lepas, supaya tak gagal. Kerana setelah sekian lama aku memaksa, ia memyakitkan. Lalu, aku memilih jalan apa yang aku suka, buat apa yang aku suka, tapi tetap belajar, cuma kurang bersungguh.
Pada awal pengajian medik ni, aku pernah ja belajar bersungguh, tapi gagal juga. Aku bangkit dan aku berjaya atasi.
Aku pernah saja belajar bersungguh, dan aku boleh saja score tinggi macam orang lain, tapi aku tak dapat maintain. Ya, sebab aku tak cukup cinta lagi bidang ini. Lalu aku distracted dengan perkara yang aku suka yang lain-lain, daripada bidang-bidang lain.
Kini, aku masih belajar, tapi tak bersungguh juga, sekadar bagi lepas dan tidak gagal. Kadang-kadang aku rasa sangat bersalah, sebab banyak belajar benda lain, tapi itulah, aku sendiri tidak sanggup berlama-lama menyeksa diri aku dengan perkara yang aku tak suka. Diri rasa bahagia dan agak bebas lakukan segala yang aku suka. Aku nak fokus semua aku tak mampu, masa aku terhad sangat nak tumpu banyak bidang.
Walhasil, perasaan ini masih bercampur, berlawan-lawan dalam diri. Rasa bersalah, rasa bahagia, rasa bebas. Masing-masing berpencak mahu tunjuk kuat. Ahhh, sakit!
Ada sesiapa yang rasa macam aku?
Apa yang hangpa buat?
Dan pada hemat hangpa, apa yang sepatutnya aku buat?
Lāhawla walā quwwata illa billah.
Selain luah pada Pencipta makhluk, ingin juga aku dengar pandangan makhluk lain.
Terima kasih.
Wallahusubhanallahuta'ala A'lam.
– Kachak