Jawapan :
Hukum membayar hutang adalah wajib walaupun tidak dituntut oleh seseorang itu sehinggalah beliau meninggal dunia.
Sekiranya Penghutang cuai / lalai atau memandang remeh akan hutang tersebut dengan melengah lengahkan bayaran, ia adalah suatu perbuatan berdosa.
Hutang simati ini adalah termasuk di dalam Harta Pusaka.
Harta Pusaka secara ringkasnya bermaksud, semua yang ditinggalkan oleh simati daripada jenis harta, hak dan manfaat.
Penghutang (Orang yang berhutang) wajib untuk membayar hutang tersebut secara terus kepada Pentadbir harta Pusaka / waris benefisiari simati kerana hutang ini telah menjadi sebahagian dari Harta Pusaka.
Pemilikan ke atas hutang ini telah beralih dengan sendirinya menjadi hak waris / benefisiari selepas Pemiutang meninggal dunia.
Hutang ini tertakluk kepada Pembahagian Faraid atau sebagaimana yang dipersetujui dikalangan waris / benefisiari.
Selain dari Faraid, waris boleh juga membahagikan melalui kaedah muafakat keluarga atau sama rata selagi mana dipersetujui oleh majoriti dari waris.
Sekiranya Penghutang ingin membayar hutang melalui kaedah WAKAF, ia perlulah mendapat persetujuan dari Pentadbir Harta Pusaka / waris waris.
Apabila hutang telah dibayar oleh Penghutang kepada Pentadbir Harta Pusaka ataupun waris si mati,
Adalah menjadi amanah dan tanggungjawab Pentadbir / waris untuk mentadbir harta tersebut sewajarnya dengan cara menyelesaikan semua hutang-hutang simati termasuklah zakat-zakat, badal haji dan lain-lain.
Sekiranya Pentadbir Harta Pusaka / Waris tiada bantahan dan bersetuju, maka hutang tersebut boleh dibayar melalui WAKAF.
Namun, jika Pentadbir / Waris tidak bersetuju, Penghutang hendaklah membayar hutang tersebut.
Walaubagaimanapun sekiranya mana mana individu ingin menghadiahkan atau menyedekahkan pahala kepada simati, bolehlah menggunakan kaedah WAKAF tetapi duit tersebut bukan datang dari bahagian simati.
Penghutang hendaklah membuat WAKAF menggunakan duitnya sendiri dan bukan dari bahagian hutang simati.
Sekian, semoga tulisan saya ini memberi manfaat kepada yang sudi baca.
– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit