Buat Yang Terdaya Sahaja

Assalamualaikum. Tulisan saya ni sebagai response kepada confession ‘Adakah Aku Terlalu Berdikari’ (https://iiumc.com/adakah-aku-terlalu-berdikari/). Mana tahu ada perkara yang boleh confessor berkenaan ikut. Memang situasi kita tidak sama tapi mana tahu ada serba sedikit yang boleh menyejukkan hati.

Saya pun dah berkahwin lebih 10 tahun dan ada anak-anak. Saya tidak letak harapan yang tinggi pada suami untuk buat kerja rumah. Saya pun tidaklah buat kerja rumah sampai tip top. Saya buat setakat mana yang terdaya sahaja. Suami saya pulak selalunya hanya tolong jemur kain dan buang sampah.

Saya tak mengharapkan suami saya ajar anak-anak mengaji. Peringkat awal, saya ajar sendiri Muqaddam / Iqraq. Kemudian dah besar sikit, saya hantar rumah ustaz yang tidak jauh dari rumah. Hantar masa hari first je. Hari-hari lain, diaorang pergi sendiri / dengan kawan. Dekat je, jalan kaki. Bila cikgu mengaji tu pindah, saya ajar sendiri semula.

Honestly, saya tumpukan pada ajar Al-Quran lebih dari ajar/pantau kerja sekolah. Sebab penat kan? Mengajar anak ni kadang-kadang secara automatik kita jadi cikgu yang garang. Diaorang tak tahu sifir ke, tak tahu buat ayat ke kita nak melenting. Padahal kita tahu, mereka budak lagi. Tapi, itulah, maybe sebab letih, cepat nak marah bila ajar anak.

Jadi, selalunya anak-anak buat kerja sekolah sendiri je. Saya hanya bantu sikit-sikit. Saya terima seadanya keputusan exam dorang. Tak boleh compare dengan anak orang lain sebab kita tahu kemampuan mereka berbeza dan sokongan kita as parents pun tak sama.

Kalau aktiviti sekolah macam meeting PIBG ke, saya pergi. Suami saya memang tak suka ke PIBG tu. Ramai orang lelaki macam tu kan? Mengantuk bila dengar ceramah. So, takpe, saya pergi. Tapi, kalau anak-anak ada sukan, dia rajin pergi.

Bab kerja rumah, sebab suami buat sikit – sikit je, jadi saya ajar anak-anak dari kecil. Lipat kain, basuh pinggan, menyapu, mop, lap meja, buang sampah, kemas mainan dan sebagainya, saya suruh diorang buat. Tak kira lelaki atau perempuan, sama rata. Jadi, tidaklah saya penat sangat. Jadi, bila sudah terlatih tu, mereka buat tanpa disuruh.

Kadang-kadang dorang pulak yang tukang jadi ‘suara’ saya pada ayah mereka. Contoh, kalau suami lupa nak bawak gelas ke sinki ke, lupa nak tolak kerusi ke dalam ke. Kalau kita yang bising kat suami maybe suami kecik hati kan? Maklumlah lelaki ada ego.

Tapi bila anak-anak tegur dalam keadaan bergurau tu, suami senyum gelak-gelak je sambil buat apa yang anak tegur tu. Saya memang tak berapa berani nak suruh suami buat kerja rumah sangat sebab dia kerja pun dah penat. Walaupun sama-sama kerja, saya rasa dia lebih penat di tempat kerja dan punya waktu kerja yang panjang.

Saya dan suami pun tidak solat berjemaah sama-sama. Saya rasa, sepanjang kahwin, hanya 2,3 kali je kot solat berjemaah. Saya tak kisah pun solat berjemaah dengan suami ni. As long as dia sembahyang, cukuplah. Dia ke surau ke tak ke pun saya tak bising sangat. Tegur dalam hati je. Dia pergi, alhamdulillah, kalau tak, nak buat macammana.

Subuh, memang saya yang bangun dulu. Saya pernah terbaca quote mengenai betapa beruntungnya isteri yang dapat suami yang kejutkan dia solat Subuh. Saya takde macam tu pun sebab memang everyday saya bangun dulu. Saya kejut anak-anak je. Takdelah saya nak bising suruh suami bangun solat ke apa. Dia akan bangun sendiri.

Saya jaga ibadah saya dan anak-anak je. Kita tak akan ditanya pasal ibadah suami kan? Saya yang ajar anak-anak solat dan doa dari kecil. Saya tak kisah kalau suami tak ajar sebab kita tahu dia fokus pada cari rezeki.

Gaji suami dan saya pun tidak besar mana jugak. Jadi kami hidup ‘within our means’. Saya tak buat part time pun macam berniaga online ke apa. Kami berjimat duit gaji je. Emak saya pernah tegur saya pakai baju lama. Baju anak-anak pun emak saya pernah tegur.

Memang kecik hati tapi saya beli baju dan barang-barang bila perlu. Kita bukan banyak duit kan? Bukan tak teringin. Perempuan, mesti ada nak itu ini. Tapi, takkan nak papa asal bergaya. Lagipun saya banyak habis duit pada makanan.

Bila balik kerja, dah hampir Maghrib. Badan pun dah penat. Selalunya saya beli je food kat kedai. Atau beli lauk, masak nasi kat rumah. Jadi tidaklah terkejar-kejar nak masak, nak ajar anak-anak mengaji lagi dan nak berbual dengan anak. Anak-anak kan banyak cerita pasal sekolah yang nak diceritakan pada mak kan?

So, nak lah jugak bagi perhatian. Suami kerja kilang, kerja shift. So, akan ada giliran kerja malam. Kalau saya nak buat semua benda di rumah sorang-sorang, dan nak layan anak-anak lagi, memang penat. Jadi, seadanya sajalah. Yang penting, ada makanan atas meja. Tak kisahlah masak sendiri atau beli.

Suami saya pun jenis yang takkan pujuk kalau kita merajuk. Jadi, saya ambil pendekatan untuk sabar dan tidak merajuk. Bukan tidak ada yang menyakitkan hati, tapi kalau yang kecik-kecik tu, saya tolak tepi je lah. Tengok lebih kepada apa kebaikan yang dia dah buat untuk keluarga. Rajin bekerja, solat cukup, tak main perempuan, tak hisap rokok, dadah, game dan sebagainya cukup dah bagi saya.

Tambahan pula kalau rumah, kereta, makanan dan lain-lain dia bayar, nampak ada tanggunggjawab di situ. Dengan anak-anak pun mesra. Oklah. Ada suami, garang dengan isteri dan anak-anak. Nafkah tak bagi. Ada juga suami yang sakit, tak boleh kerja.

Kita dapat suami dan anak-anak sihat, Alhamdulillah. Kita penat kerja dan buat kerja rumah sahaja. Ada orang kerja lagi, balik rumah kena jaga suami or anak yang sakit lagi.

So, kita terima bahagian kita dengan rasa syukur dan redha. Nanti Allah akan tambah nikmatNya.

– V (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *