buat yg terlanjur
assalamualaikum. mutakhir ni banyak confession tentang terlanjur. kat sini abg nak nasihatkan sesuatu.
mak ayah, silalah pantau anak2. dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. check kandungan handphone, check history pc or laptop anak2. rapatlah dengan anak2, yg terlanjur ni selalunya kurang kasih sayang dari rumah. sekali sekala buat surprise jenguk anak dekat campus, terutamanya malam. anak2 yg jauh dari mak ayah perlu diintip, dan jika kantoi, wajiblah dilempang selaju lajunya. pasang mata2 di campus. ambil tahu bila cuti sem dan sebagainya. biar menyebok hal anak, sebelum tergadah bila anak yg diharapkan rupanya tidak suci lagi.
tapi segelintirnya. rapat dgn mak ayah, didikan agama cukup, pantauan dari mak ayah pun ada, masih. masih. masih juga terlanjur. hal ini sangat menyedihkan. bukan orang lain, sahabat abg sendiri. bukan seorang dua, tapi ramai. abg sedih sebab abg kenal org tuanya. abg tahu betapa tinggi harapan dan kepercayaan yg diberi oleh orang tua kepada mereka.
ada yg tanpa segan silu bercerita menghabiskan cuti sem dengan pasangan, tidur sebilik. ada yg seronok bukak pekung, bila dapat usung awek pergi sana sini dan akhirnya hilang kesucian di hotel bajet. ada yg tak fikir malu bercerita bagaimana indahnya kenangan tidur dalam kereta berdua lepas kepenatan "overnight study" bersama. ini semua hampeh dan haprak.
Masuk UIA tak memberi jaminan anak2 pakcik makcik amanah menjaga diri. terutamanya perempuan. maaf cakap, perempuan yg selalu bercerita dgn abg tentang sudah terlanjur itu semuanya memiliki kepakaran yg sama, iaitu memalaikatkan diri depan mak ayah, dan menyetan di belakang mereka.
sedih. sedih kerana mereka ada kereta, tapi digunakan utk maksiat. mereka ada rumah, digunakan utk melampiaskan nafsu. mereka ada wang, digunakan utk perkara terkutuk. mereka ada kepandaian, digunakan utk membuat helah dan penipuan.
nasihat abg utk mak ayah, jangan terlalu percaya dengan anak zaman sekarang. keputusan periksa yg bagus bukan tanda aras anak anda tidak bermaksiat. jika mereka sedang berkawan, dan anda restu. permudahkanlah mereka bernikah. jika tidak setuju bernikah sekarang, halanglah mereka dari bercinta, bertemu dan berhubung. kerana itu titik tolak kepada zina. lakukanlah segera, sebelum yg dara tidak lagi dara, yg teruna tidak lagi teruna. sungguh abg kepelikan, berkahwin ditangguhkan, tapi mengusung kesana sini diizinkan dan diredhakan.
nasihat abg utk anak2 yg terlanjur. berusahalah utk bernikah. kalian patut risau kerana telah sekali berzina, dan itu adalah nikmat dunia yg tak terungkapkan, jadi kalian pasti akan mengulanginya selepas ini. jika tidak mampu bernikah, berpisahlah. jauhkan diri kalian keduanya, jangan mudah tertipu dengan keupayaan kalian membendung nafsu jika pernikahan ditangguhkan, kerana itu semua kebohongan dunia yg kalian cuba nafikan.
amalkan selalu doa utk mengelak fitnah dajjal al masih, kerana dunia ini sedang menyambut ketibaannya. dunia ini sedang mempersiap bala tenteranya. kamu wahai ibu bapa kurang peduli dgn anak, kamu wahai penzina yg terus leka dibuai cinta tidak halal, sedarkah kalian bahawa ini yg dajjal mahukan?
– bicara si yatim piatu