Budak Johor

Assalamualaikum, hi warga IIUM Confession sebenarnya baru lepas baca confession kesian tak kahwin lagi (https://iiumc.com/kesian-tak-kahwin-kahwin/).

Sori bahasa rojak sikit cuma nak cerita la. Saya sangat puji confessor tu yang memahami konsep rezeki orang tu lain-lain. Cumanya kadang terpaksa tipu sebab penat.

Tipu sebab apa? Sebab penat bertahun-tahun (8 tahun) soalan yang sama. Umur biarlah rahsia. 

Dah berpunya ke belum? (saya hanya milik Allah SWT kita semua pun)

Bila nak kahwin? Jangan memilih sangat! (pilihan pun takde nak pilih apa)

Tak kan cantik macam ni takde orang suka? (mak cik pun la check mata pls)

Orang mana? (entah)

Tempat kerja takkan takde orang bujang? (ada tapi perempuan jugak.. So)

Pergi kenal-kenal dengan orang keluar dengan orang ke kawan-kawan lelaki. (takpelah takut balik mengandung)

Cuma tahun ni tak tahu kenapa nak jawab.. Ada mak cik cuma tengah kenal-kenal.. Kawan-kawan lagi. 

And yes! Orang Johor, kerja kesihatan umur sebaya. Padan muka saya menipu dan padan muka mak cik-mak cik kena tipu. 

Tak tahu nak describe macam mana ingat nak stopkan cerita dah berpunya tu. Last kena bertubi-tubi pulak soalan. Ye saya tak cantik macam anak mak cik kahwin cepat, anak ramai. 

Tak faham kenapa manusia kena hidup untuk expectation orang lain.

I mean orang single happy je tapi dia punya hina dimata orang lain susah nak describe kadang rasa nak jadi kucing je gemok ke tua ke sakit orang sayang je. 

Berbalik kepada tak faham kenapa manusia kena hidup untuk expectation orang lain tu ye saya tak faham kenapa lidah saya laju je nak menipu.. Like apa saya dapat kalau saya menipu tapi tulah benda dah terlepas. 

Cara hidup saya jugak, sedentary life and introvert. Jenis manusia kerja office hour kadang extended hour, jenis hujung minggu layan netflix dan mengharapkan ada lelaki ketuk tingkap untuk melamar.

Ramai orang suruh keluar kenal-kenal orang, supaya ada interaction lelaki dan perempuan.

Mak cik.. Saya tahu pergi kerja balik kerja kadang pun sesat (zero sense in direction) hujung minggu jadi sofa (menyatu dengan sofabed).

Media sosial pun tak de post gambar ke apa. Orang ke sedara pun kadang tak tahu saya wujud kat dunia ni. 

So saya pun tak harap la ada orang untuk suka saya ke ajak kahwin sebab memang saya tak menonjol dan tidak pula menonjolkan diri.

Nak suka apa, diri sendiri pun susah nak urus. Lainlah kalau saya memang cantik gila atau pakai susuk orang nampak terus tergila-gilakan saya. No.. Saya is the definition of biase. Biasa maksudnya apa? Muka awamla kot ek. 

Kepada budak Johor (sama negeri dengan saya) yang umur sebaya saya yang kerja kesihatan (sama bidang) range gaji RM3k (sama gaji) saya mintak maaf..

Awak saya cipta untuk saya protect diri saya dari makcik-makcik tapi end up saya masuk keluar perut rimau keluar perut naga (ibaratnya la ya).

Kepada jodoh saya jangan risau awak tak jumpa saya lagi sebab tuhan lindungkan awak dari saya.. Awak carilah orang lain.

Saya doakan semua yang baca mendapat kebahagiaan dalam bentuk apa pun kahwin ke jumpa duit dalam longkang ke apa jelah asal bahagia. 

Kepada makcik-makcik yang kena tipu tahun ni..

Sorry untuk next tipu raya tahun depan saya dah tak kawan lagi dengan dia sebab dia dah pergi meninggalkan kita semua pada bulan ramadhan al mubarak, bulan baik. (Boleh kot sebab tak wujud pun kan)

Sekian…

– X (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kak, tulis lagi… topik lain pun takpa. Kitorang minat baca funny writing style cenni.

    • Hshaha introvert mmg mcm ni.sy pon jenis x kawan sngt ngn llki tapi bila jodoh dh sampai..jodoh y kejar kita.x perlu fikir juga.tapi introvert kebnyakan mmg selesa hidup sendiri.semoga adik ni dpt jodoh yang baik2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *