Assalamualaikum? haihhh dah lama tak jenguk iiumc ni. okay.
sebelum ni, aku mmg dah banyak kali confess dkt sini. beberapa bulan yg lepas. n harini aku terpanggil utk confess lagi. ramai duk mention psl medic, farmasi n pergigian.tapi aku nak cerita pasai veterinary medicine ataupun doktor haiwan.walaupun aku first year, ilmu masih tak cukup. baru 1 of years utk vet ni.
” eh, vet pun 5 tahun ye?”
Aah. kos vet 5 tahun sama macam medic. sebijik. kami belajar semua apa yg budak medic belajar. dr anatomi,biochem,microbiologi n segala logi2 kat belakang tu. tapi kami belajar pasal haiwan. budak medic belajar pasal manusia.
” kenapa lama eh? korang belajar pasal haiwan je kan.”
Sbb seperti yg aku mention awal2 td. kami belajar sebijik macam budak medic. n kami pun budak medic juga. kami student veterinary medicine.
fyi, time first year animal anatomy subject.bukan setakat satu species kami belajar.dulu before aku masuk vet, expectation aku vet ni senang. medic je susah. kalau human medic, just only one species which is human.(*aku tak kata vet ni lagi susah dr medic, n medic ni senang gila ke apa.tapi aku nak buka mata semua org). kami, budak vet belajar 5 haiwan utama like ruminant(cow),cat,dog,swine,horse,poultry.
“buat apa belajar lama-lama ni pasal haiwan? tak buang masa ke?”
Hello. yang namanya ilmu takkan membuang masa kita hokay. mmg awal-awal aku tak minat. sebab aku aim medic. vet med ni just backup plan.sbb aim aku nak jadi doktor. end up aku dpt vet med. berapa lama aku aku amik masa nak hadam aku ni bakal doktor haiwan bukan doktor manusia. sampai nak masuk second year baru okay. even ada sisa2 lagi takleh move on. tp aku cuba fikir positive. okay, back to question. kami belajar utk merawat n menyelamatkan haiwan, manusia n environment. skop kami bukan hanya pd haiwan je. baru-baru ni aku ada terbaca dkt akhbar mengatakan byk ayam2 mati sebab ada disease bronchitis. need to vaksin. doktor vet nak kena vaccine. see. korang rasa doktor vet ni doktor ayam yg kononnya hanya rawat ayam JE PUN. tapi korang yang nak makan, kami yang nak kena vaccine semua ayam2 tu. supaya korang nanti dapat makan ayam yang sihat2. (*aku tahu akan ada org yg akan rasa benda ni kelakar kan, tapi kau ingat senang nak vaccine ayam sekor2 demi perut manusia.) kalau tak appreciate lagi kerja vet, kau tak yah makan ayam tau.
“ada offer kerja ke doktor haiwan ni?”
yup insya Allah ada. fyi, hanya dua buah universiti tempatan yg ada kos perubatan veterinar ni. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA & UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN. so competition tu mmg ada. tapi rezeki tu luas. senior2 aku tahu 5 yang baru-baru ni baru habis tamatkan pengajian but belum convo lagi, dah nak kena lapor diri. usually, aku perati senior2 vet aku. semua keje kat clinic.buat masa skrg, future plan aku , aku nak buka klinik haiwan aku one day. aku nak jd feline expert. doakan aku ye. (*even jauh lagi perjalanan.)
n vet ni boleh keje kat ruminant industry, jabatan perkhidmatan veterinar n banyak lagi.
“nak kena pgg anjing, babi semua tu?”
yup. bila kami belajar. we have to. tapi aku tau org akan bash kami. dah nama belajar. kami bukan belajar utk teori sahaja. praktikal. so kami mmg kena hadap semua tu. sertu n samak lah penyelamatnya.mostly, disease manusia mesti berkait dgn haiwan. nak tak nak, doktor manusia kena discuss dgn vet juga. mcm H1N1,rabies, kencing tikus.
okay lah. sampai sini je kut. so utk senior2 vet ku, tolong lah perbetulkan junior mu ini if ada salah ke dlm post ni. saya cuma mahu membuka mata2 manusia di luar sana. sekian.
– Dr. Ariana Dahlia