Budaya feminazi

Sudah2 lah memburukkan kaum lelaki seolah kaum lelaki ni memang semuanya tak guna, dan kaum wanita sahaja yg teruk ditindas.

Ramai kaum wanita yang menulis confession dengan bertuhankan emosi. Dapat dilihat dalam tulisan mereka yang dirinya sangatlah membenci kaum lelaki. Kalau yang dilihat pemalas tu adalah kaum lelaki dalam keluarganya sahaja, maka salahkan saje kaum lelaki dalam keluarganya. Salahkan juga ibu ayah yang mendidik, salahkan juga nenek yg memanjakan cucu lelakinya. Jangan dikata budaya melayu bertuankan kaum lelaki, menghambakan kaum wanita. Ini adalah tuduhan yang amat jahat dan dangkal sekali.

Banyak keluarga bani melayu yang kaum lelakinya rajin membantu kerja rumah, rajin menolong ibu di dapur, membasuh pinggan sendiri, menyapu sampah di halaman dan sebagainya. Dan ramai juga kaum wanita yang malas menolong ibu di dapur, malas menyapu sampah di halaman sebaliknya hanya rajin menangkap gambar selfie dan upload di media sosial lantaran mengharapkan secebis 'like' daripada manusia, mengapa tidak dibenci, mengapa tidak diherdik?

Apabila satu confession ditulis tentang sifat malas golongan lelaki, maka berduyun-duyunlah confession selepas itu yang turut sama mengentam kaum lelaki. Ibarat api disimbah minyak. Ramai yang meniupkan api kebencian terhadap lelaki.

Sifat malas terletak pada setiap individu tersebut bukan pada jantina. Begitu juga sifat baik dan buruk. Bukan semua lelaki jahat dan bukan semua wanita baik seperti malaikat. Itu semua bergantung pada kesedaran setiap individu.

Kita sering membaca golongan lelaki dan perempuan saling bergaduh di laman sosial ni. Pantang ada isu tentang jantina, lihatlah ruangan komen yang penuh dengan kata cacian antara kedua jantina. Masing2 menegakkan jantina masing2. Tak usahlah kita seperti kebudak-budakkan. Menegakkan jantina sendiri walaupun salah.

Apabila terlampau banyak confession yg memburukkan kaum lelaki, maka kesannya akan ramai kaum wanita yang membenci kaum lelaki dan makin berjayalah dakyah2 feminism. Sekarang pun dapat dilihat ramai wanita yang lebih cenderung dengan ideologi fahaman feminism. Mungkin anda tak mengaku, tapi daripada tinglah laku anda dapat dilihat yang anda sedikit sebanyak telah cenderung ke arah feminism. "Hak wanita harus diperjuangkan", "hak wanita sepatutnya sama dengan hak lelaki". Wanita sering menuntut hak kesama rataan dgn lelaki. Contohnya harta faraid, mereka kata islam menindas kaum wanita sebab pembahagian harta faraid lebih banyak kepada lelaki berbanding wanita. Lelaki layak jadi imam, wanita pun nak jadi imam juga (contoh Aminah Wadud). Lelaki hisap rokok, wanita pun mahu hisap rokok juga. Lelaki kencing berdiri, wanita pun sama nak memperjuangkan haknya untuk kencing berdiri.

Saya lelaki dan saya menulis bukan untuk memperjuangkan jantina saya. Memang tak dinafikan ada lelaki yang malas membantu membuat kerja rumah, begitu juga tak semua wanita rajin membuat kerja rumah. Sekadar cukup salahkan adik, abang dan ayah awak yang pemalas tu. Salahkan juga mak ayah awak yg mendidik anak lelaki menjadi tuan. Salahkan keluarga awak yg suka menindas golongan wanita.

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

125 Comments

  1. Setuju dgn awak s…. walaupun saya perempuan, saya tak membela mana2 pihak…. dan tidak di nafikan ada juga lelaki yang rajin membantu mak ayah di rumah… lelaki dan perempuan sama sahaja.. rajin atau tak bergantung kepada individu tu sendiri.. dengan adanya kesedaran yang tinggi dan rasa tanggungjawab, semua perkara yang terjadi tidak akan berlaku..

  2. Ada betul jugak apa yg bro nie cakap.. mungkin depend on didikan.. dan diri sendiri pasal common sense.. ada ja laki yg rajin.. tp jarang kita nampak

    • Klo dia bkn golongan tu xyah terasa lah. Pastu nk label feminazi pulak seolah2 apa yg kita ckp xbetul. Most ppuan akan take note llaki yg bantu isteri ok, klau suami kwn2 sy membantu kita mmg appreciate sgt2 dlm diam.

    • Bak kata Allahyarham P. Ramlee dalam Nujum Pak Belalang, lelaki rajin ini ” jarang2″ atau “kadang”.
      Ada tapi x ramai sebab mentaliti Melayu selama ini kerja2 rumah tu adalah kerja pompuan.
      Melayu ini berpegang pada adat melebihi ajaran Islam.

  3. Ini semua bermusim. Lama2 reda dan orang lupa. Mcm kes lelaki hentam perempuan pasal hantaran tinggi dulu kan. Padahal bukan semua perempuan yang letak hantaran tinggi. Salahkan org dulu2 yang wujudkan pasal hantaran2 kahwin ni.
    Bukan salahkan perempuan semata. Lama2 senyap dah kan.

  4. Alaa bro ni pun emosi. Masukkan topic yg tak berkaitan ke dalam post ni. What faraid, what hak sama. Marah lelaki tak tolong buat kerja rumah pun kena cop jadi feminism. Macam feminism tu tak elok. Islam is a feminist religion k. Btw, confessent yg mengharapkan secebis “like” kot.

  5. aku besa jadi tukang menghidang d pagi raya sebab aku jantan sulung.. muka malu tebal habis malu layan sedara mara tetamu pompuan.. jangan ingat jantan xda buat semua nie.. bancuh basuh pinggan menghidang semua..

  6. Ape pehal pun, kena faham, mentality yang membuatkan perkara sebegini berlaku… Sebab itu, kita dapat tengok, manusia yang normally berpelajaran tinggi, mereka didik anak2 mereka mahu laki atau pun perempuan untuk kenal erti TANGGUNGJAWAB.. Cumanya, kita ni kadang2 dibelenggu oleh adat yang tak masuk akal.. Contohnya, isu hantaran, perkahwinan yang melampau2 harganya.. Again, suka hati korang lah nak interpret sesuatu comment tu macam mane.. Kalau positive, positive lah ia.. Kalah negative, negative lah ia..:) peace no war.. Moh lah same2 kita buat kerja sama2 bantu ibu, bantu kakak, bantu adik, bantu papa, bantu abang.. Meh kita transform diri kita utk mengenal erti tanggungjawab.. Jangan ada sikap capital M dalam hidup..

    • Khairul Anuar Fahrurazi saya tak cakap pun saya well educated.. Apa kata sebelum awak “assume”, dengan hati yg ikhlas, awak cube faham kan ape maksud orang… Huhi

    • Khairul Anuar Fahrurazi bro, ini bukan kasi puas hati, menang atau kalah.. Lagi pulak saya sokong ape statement mengatakan bahawa ada je lelaki yang sangat rajin.. Tapi orang laki still nak bash.. Haha.. Suka hati lah.. Atas diri sendiri nak interpret.. Golongan marhaen, golongan berpelajaran tinggi dan juga MENTALITY orang melayu yang terikut2 dengan perkara yg bukan2 & merosakkan

    • Khairul Anuar Fahrurazi
      Actually kan, waktu beraya umah cousins2 aku yang anak dato’ datin & tan sri puan sri, orang gaji ade 10 orang.. But still, anak laki lah sental longkang, siang lauk raya, clearkan pinggan mangkuk tetamu.. Tapi rakyat marhaen yang takde bibik pulak gayanya macam anak sultan.. (Based on pengalaman lah.. Termasuk adik aku gak yang capital M).. And am writing this bukan tujuan nak membongak, just nak share pengalaman hidup..;)

    • ‘Sokong bg puas hati’ sebenarnya behavior yg seksis tau. Diorg ibaratkan perempuan just nak menang dan hanya komen menggunakan emosi. Mmg ada perempuan yg komen guna emosi, tp x semua, so patutnya brother ni baca betul2 komen sis marleesa dan kenali style komen beliau, sebelum pukul rata dia sbg perempuan yg beremosi dan memberi layanan seksis seperti ‘sokong bagi puas hati’. X adil nk bg layanan mcm tu kt semua perempuan terus esp yg komen dgn tenang dan kebetulan mempunyai pandangan yg berbeza dgn bro khairul, dan masih blh terima pandangan yg berbeza. Conclusion, bro khairul is naturally a sexist person

    • Tgk la komen2 dia yg lain. I cant take this mamat seriously, lol. Dia nk salahkn didikan, pastu ada bro ni, jenis ada brain, ckp ‘x yah salahkan didikan, dah besar panjang blh fikir sendiri, basuh pinggan sendiri’- WIN

  7. Kita x rasa mcm dia alami..klu dia dari umo 7 tahun smpai lah katakanlh umo nye skang 23 tahun buat kerja umah tnpa bntuan abg2 atau kakak, cuba ko bayangkn bapa bnyk bnda yg dia pendamkn dendamkn..bnda nmpk remeh tapi bila bnda ni blarutan ia akan mjadi racun dlm hubungan silaturrahim dlm kluarga..dia cuma sampaikn apa yg tbuku selama ni..bila abg2 nya buli maki seranah pmalas dia kan jadi bnci kat suma laki gak b rasa suma laki mcm tu sedangkn ada je lagi laki yg ok..tapi d sbbkn dendam yg di pendam bbelas tahun so itu lh jadi nya..jgn salahkn dia saja..dia hnya mgsa keadaan sifat malas n pelaso abg2 nya

    • As a feminist I also feel for men’s rights and speak up for individuals that have unfair male gender issues put upon them. Cuma of course women’s issues lg byk in my opinion. Each movement pun ada extremist but they don’t represent each supporter.. isu kecik mcm ni pun dah label feminazi *rolls eyes*

      Thanks for recognizing Asyraf

  8. Org cite psl hal pemalas, die cite psl faraid,feminisme la plak..xyah la emo sgt bro..relax2 suda..org meluahkan prasaan, 1st rule is to listen.x semua lelaki teruk n x sume pompuan baik.fact is a fact rite?sndiri tau n sendiri phm dh le

  9. Pmpuan memang ego.. Konon suci… Cita pasal adat bagai la.. Bani melayu la konon yg teruk tindas wanita.. Buat research la minah2 oi..! Satu dunia x kira kaum wanita byk kena tindas buat fully kerja2 rumah. Lebih2 lg india. Jgn nk membongak bagai anjing melalak bukit. Yg malas tu adik2, abg2 korang. Ayah korang k.. Bukan semua. N korang jugk mak, kakak yg gagal didik anak2 laki korang..

  10. Brader,aku nak bagi contoh jap.situasi kat balai polis.haa

    Puan:”Encik tolong!saya disamun!”

    Polis:”Hah?puan nampak tak siapa?”

    Puan: “Saya tak pasti tapi dia lelaki,pakai baju warna putih,dia lari kearah sana!”

    Polis: “Apa ni puan.bukan semua lelaki jahat nak menyamun je kerja,perempuan pun ada.tolong jangan berpegang pada ideologi feminis boleh tak?”

    Puan: “T-tapi encik,yang samun saya tu macam mana?dia dah lari jauh dah encik!”

    Polis: “Macam saya cakap puan,bukan semua lelaki macam tu okeh.”

    Fikir dalam2. :3

    • Alahai.
      Perlu ke point “alah perempuan pun sama!” ?

      Masalah itu wujud.yang menanggung sampai sakit fizikal dan mental itu ada,dan dikalangan kawan2 aku sendiri pun ada.kalau duk deny memanjang – nasib2 yang menanggung itu macam mana?

      Masalah yang ada tak selesai kalau macam ni.yang menanggung makin perit.ini bukan pasal ikutan feminist ke apa.

      Ini pun contoh equality.hak sama rata.”lelaki buat salah,perempuan pun ada buat salah.jadi sama2 buat salah.sama2 adil la.terima je la.”
      Yang post ni tak memasal terikut jadi feminazi sekali.hew3 :3

    • Tak paham sudahlah awang2 semua.move on sajalah.jangan isteri,adik2,kakak2 awang2 suatu hari diperlakukan macam tu,baru awang2 nak faham… ?

      Or still not.keh3

    • abg2 semua jgn ambil hati, cool jer ok hehe..sbb tu la ada buku Men Are from Mars, Women Are from Venus…lelaki dan perempuan punya sudut pandangan yg berbeza..aku pon tak faham analogi ni..apakan lagi polis tu…terima jela seadanya ?

      based on analogi ni aku ada strong feeling it is based on stereotype and prejudice sbb mangsa perempuan and polis ni dalam fikiran semua org mesti terbayang lelaki. pencuri tu puan dah cakap laki2 berbaju putih.

      kalau korang nak tau lebih kena stdy cognitive schemes in psychology ok. aku pon takde la arif sgt..mcm biasa just my 2cents ✌?️

  11. Pemalas ni xkira lelaki or perempuan..tp da perangai malas tu mmg da sebati dlam diri… byk contoh d sekeliling sy..tapi malas nak buat confession panjang2

  12. Kisah tu semua boleh jd pengajaran..kalo x..smpai bila2 kita xtau kesusahan mak n saudara perempuan kita…

    Celah mana feminazi.. celah mana tah tiup kebencian pada lelaki…memandai je ko

  13. Laju jer hakak2 komen..padu2 plak tuh ayt..haha.. jgn lwan kaum hawa bab nih.. btw, laki2 yg kurang common sense tu jgk yg korang nikah..n msing2 dcipta agar saling lengkap mlengkapi.. bab kerja tuh smua klau dah ikhlas mmg xda mslah nk mngungkit n kata ditindas..

  14. Sebenarnya didikan dr family. Asasnya bpaksikan agama… Kalau bapak dah tak bertanggungjawab, mak kena kuat banyak pkara kena buat sndiri…. Mak bapak ni cerminan anak2. Kalau anak lelaki ni diasuh tanggungjawab, walaupun dia anak lelaki tengah ke, bongsu ka..Dia akan menjadi org yg menjaga kluarga…
    Kalau dr awal.semua pkara mengharapkan adik beradik perempuan, mmg naik lemak la lelaki dan masing2 amik kesempatan… Itu yg bom mengebom jantina tak sudah.
    Kesimpulannya peranan mak bapak dlm menghidupkan agama dalam famili sangat penting… Tak kira la mereka miskin ke, kaya ke, kerja kuli ke kerja bos ke, Normal ke atau cacat…

  15. biasanya yg defensif lebih2 ni mmg jns yg confessent sebut la tu.. saya baca ramai je lelaki lain yg sokong point confessent tu.. apa2 isu pun mmg x libatkan semua.. kalau libatkan semua baru boleh tegur kat sini, mcm tu mmg x blh la tegur perempuan tak tutup aurat secara terbuka sbb ramai je yg tutup aurat elok je

  16. Otak kau dakyah feminism! Susah cakap gn laki yg x boleh kena tegur. Mmg la x kira laki ke pompuan, kalau dh pemalas tu mmg pemalas. TAPI, yg confessors before ni byk kena yg laki. Sbb tu la tulis psl laki. Paham x! Cuba kau la jd dorang yg mmg kena buat sume keje, apa kau rasa. Cuba la sehari je. Cuba!!

  17. la awak kenapa nak sentap. lelaki lain yg komen dlm kisah tu pun tahu yg terlibat hny lelaki dlm hidup confessor tu. begitu jugak dgn spesis Atikah. Atikah lain pun tahu hny Atikah dlm tu saja yg berperangai mcm tu. Tak de pun dlm artikel2 confessions ni generalize kan baik dr segi jantina atau cara pemakaian.

  18. Brother, try to re-read those confessions pasal penat buat kerja rumah. Did they blame men 100%? They did mention their mothers treat their brothers like raja. Right? So your point in paragraph 2 is invalid. I believe mereka yang confess tu bukanlah nak equality, mereka cuma nak dilayan dengan adil je.

  19. Ahhhh bachul . Ko pe guna jadik jantan yg kuat . Tpi satu apa pon nk harap adek pmpn n mak ko . Kalau dpt bini reti semua bende takpe lah . Kalau kaya upah maid je. Klu tak kaya tapi kayap ?

  20. Aku perati je 2,3 hari ni penuh dgn confession2 wanita tertindas ni. Since kaum lelaki semua dah jadi pemalas dan nampak tak guna dimata wanita, maka silalah mereput hidup dalam kerajinan sendiri menguruskan hidup anda.

    Hidup dalam keluarga dan bermasyarakat bakal menemukan anda dengan beribu2 lelaki pemalas dan tak guna setiap hari. Oleh itu, hiduplah sendiri2. Jangan kahwin,jangan berkumpul sedara mara. Anda pon tak sakit hati,lelaki2 pon tetap teruskan hidup macam biasa.

    Pada akhirnya,bila segala idea agenda break the circle,ajaran nenek moyang terdahulu yg dah tak relevan, which supposed to start from your own family before voice out to entire society, ni dah tak berjaya.., jangan pula persoalkan kenapa anda dilahirkan sebagai wanita.

    Selamat hari raya. Semoga masih ada raya untuk tahun2 mendatang.

    • Point nya skrg ni nak minta lelaki saling tolong-menolong sahaja. Bukannya takyah kawin or hidup sendiri or jgn berkumpul dgn sedara mara. Just nak minta sama2 buat kerja and saling tolong-menolong. Thats it. Ada je lelaki yg baik rajin tolong perempuan buat kerja. Kalau diorang boleh, apa alasan lelaki2 lain utk ckp tak boleh tolong perempuan buat kerja rumah?

    • Nak mintak lelaki tolong pegi la direct cakap.yang telolong kat sini tak tercapai pon objektif tu.menyebarkan kebencian lagi ade la. Padahal seniri yang hidup dalam surrounding macam tu,why drag others into your life problem.

      Post2 mcm ni takkan buat keadaan bertambah baik pon.sebarkan kebencian lagi ada. Kamu2 yang tertindas ni tak perlu pon nak ajak orang2 lain merasai kebencian kamu. Nak ubah society bermula dr rumah sendiri. Pegi tarbiyahkan mak ayah kamu,adik beradik kamu. Knape perlu cetuskan sentimen kat sini semata2 nasib kamu yang malang raya2 ni.

      Sudah2 la. Matlamat nak sebarkan kesedaran ni mula2 nampak ok dan diterima,tapi lama2 nampak annoying n sebarkan kebencian pulak. Go fix your own family first before voice out to the society.

    • Setuju dgn tuan..sy nampak kadang2 lelaki kurang common sense hal2 urusan dapur dll seperti yg dihemburkan..tidak tahu apa yg perlu dibuat dan apa yg nak ditolong..jika kaum hawa perlu bantuan, direct je ckp..in shaa Allah..cuma pandangan

    • Alah bro. Kau pun tlg bini kau bila kena suruh. Sembang kencang.. mmg dh majoriti lelaki skrg kawin je rileks goyang kaki main fon buat ank.. kau g la mne2 pn. Kalau ada pn mybe 10% je yg ada common sense. Yg lain ddk mcm raja.

    • Mane kau tahu perempuan aku tlg bila kena suruh?ape selain melolong kau pon pandai jampi tengok dalam air ke bole tahu hal rumah tangga orang?serkap jarang biar kena tempat. Jangan asalkan kau perempuan semua kau yang betul. Sikap2 mcm ni pon xde bezanye dgn lelaki2 malas yg kununnya kau benci sangat tu. Kami yg lelaki pon benci spesis perempuan yg mulut lepas macam ni.

      Harap maaf

    • Lagi2 lelaki melayu. Mereka dah terbiasa menganggap pompuan as the inferior gender, which means pompuan sentiasa salah, pompuan sangat irrational, pompuan simply have no say.

      Majority of guys memang camtu. Hopefully the minorities will increase in numbers ?

  21. Dh lama bc comment2 semua…ada yg kelakar gak…
    Perempuan beremosi? Betol…tepat.. sbb tu perempuan ada 1akal n 9nafsu…lelaki ada 9akal n 1nafsu…Allah jd kan lelaki n perempuan bersebab..x psl2 ada yg suruh kawin perempuan ngan perempuan plak sbb kes ni… sape la yg lebih emosi ek sebenarnya?

  22. S, u just triggered a bom haha

    i dont buy la confession2 ni pasal feminism sbb semua ni based on experience masing2 and it is seem true. maybe ko rasa feminism sbb the chain reaction bila sorang start cerita, satu2 kes keluar lebih kurang sama.

    tapi aku agree yg kes keluarga siti tak boleh disamakan dengan kes keluarga aminah, ahmad, ali or siti.
    kita kena treat semua ni as per case specified so takkan ada bias.

    dah tahun 2016 dah skrg aku rasa kita tak patut terikat dengan dogma masyarakat or stereotype sebab ia boleh menyekat capacity otak utk berkembang dan berfikir lebih jauh.

    contoh:
    lelaki A (eg Abu) malas sebab dia malas bukan sebab dia lelaki. lelaki A (eg Abu) jadi malas sebab etc2…i think u got what i mean

    Quote.
    A “stereotype” is a generalization about a person or group of persons. We develop stereotypes when we are unable or unwilling to obtain all of the information we would need to make fair judgments about people or situations. In the absence of the “total picture,” stereotypes in many cases allow us to “fill in the blanks.” Our society often innocently creates and perpetuates stereotypes, but these stereotypes often lead to unfair discrimination and persecution when the stereotype is unfavorable.
    Unquote

  23. Perempuan twgur psal laki malas tlong bwt kje umah je.
    Xd kaitan pon ngn feminism ni sume.
    Bro ni tersasul jauh btol…. dah ke laut awk ni…..
    Aminah wadut segala….
    Haish…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *