Budaya Korea Tidak Sihat

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali terima kasih admin kerana menyiarkan artikel saya.

Pertama sekali penting untuk saya tekankan disini bahawa saya bukanlah pembenci Kpop dan drama/filem Korea Selatan. Saya boleh dikatakan peminat yang sedang2. Saya kenal beberapa kumpulan kpop (BP ddudduddu), saya menonton movie2 korea, saya tonton drama korea, saya juga menonton running man kadang2.

Tapi, kebanyakan masa saya melayan hiburan bahasa inggeris. Saya ingin membuat sedikit perbandingan dan pendapat mengapa bagi saya hiburan korea kurang sesuai dengan jiwa saya. Saya tekan kan, jiwa saya, bukan jiwa org lain.

Saya mengaku, cerita bahasa inggeris ada kelemahannya nak dibandingkan dengan cerita2 korea. Contohnya, bahasa yang digunakan banyak tak elok, banyak scene2 18 tahun ke atas dan sebagainya. Cuma apa yang saya nak tekan kan ialah soal perempuan.

Dalam budaya Korea, semua perempuan harus menjadi kurus, cantik, mata besar, muka yang kecik sebesar tapak tangan, untuk diterima oleh masyarakat mereka. Even dalam movie mereka sendiri tak menafikan perkara ni. Kita boleh tengok movie Born of a Beauty, Oh my Venus, 200 pounds beauty. Dimana perempuan2 ni harus melakukan pemedahan plastik/menjadi kurus untuk diterima oleh masyarakat ataupun untuk dianggap sebagai berjaya dalam hidup. Kalau ada badan besar dikira gagal ke dalam hidup?

Kebanyakan hero heroin adalah pelakon2 yang membuat pemedahan plastik. Mungkin lah ada kebaikannya daripada semua ni, dimana orang2 yang berbadan besar antaranya saya, akan rasa motivated untuk kurus contoh macam Oh My Venus dimana dia bersenam untuk kurus. Tapi kebanyakan cerita bukan itu pun mesej yang cuba disampaikan.

Dan lelaki handsome dan perempuan ‘hot’ diangung2kan dalam movie mereka. Bila masuk je, semua mata memandang, ternganga, macam malaikat lalu. Perempuan terkedek2 kejar lelaki dan lelaki terkedek2 kejar perempuan. Bagi mereka itu biasa, kerana memang budaya mereka.

Nak dibandingkan dgn cerita2 US/UK dimana pelakon2 nya tak perlu pun menjadi kurus macam lidi dan membuat pemedahan plastik untuk dipilih pengarah memegang watak utama (saya faham, mungkin ada juga yang membuat plastik).

Kita lihat penyanyi kpop pula. Semua penyanyi terkenal korea mempunyai bentuk badan dan wajah yang cantik. Nak kata kalau ada bakat tak ada rupa memang tak boleh jalan. Di negara barat pula, bakat adalah yang utama. Selagi anda confident anda cukup cantik.

Mungkin ada yang akan kata, biaq pi lah Korea, itu budaya mereka, kita tiada hak mengkritik. Saya bukan nak mengkritik budaya mereka, saya hanya nak mengatakan bahawa hiburan mereka tidak berapa sihat bagi jiwa2 seperti saya. Setiap kali saya tengok cerita korea, saya akan rasa rendah diri, saya rasa buruk dan hodoh. Saya suka berangan tinggi, dan kadang2 saya terfikir nak buat pemedahan supaya kelihatan cantik dan orang terima kita dengan cara lebih positif.

Kerana saya yakin ramai orang2 yang berbadan besar diluar sana dah cuba macam2 cara untuk diet dan kurus untuk lebih diterima masyarakat, tapi tuhan je tahu bagaimana susahnya perkara itu. Saya sekarang cuba kurangkan menonton drama-drama korea untuk mengurangkan stress di kepala.

P/s : saya tak compare dengan Malaysia sebab bagi saya budaya Malaysia tidak parah seperti di Korea

– Mrs A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *