Hi semua. Aku nak share cerita aku. Mungkin pada korang cliche, tapi, entahlah, aku nak cerita juga.
Aku dah kahwin dengan suami aku, anak 1. Usia perkahwinan 3 tahun. Muda lagi kan? Itulah aku pun rasa terlalu muda untuk judge apa apa.
Aku last batch yang grad sebelum covid, convo Master pada 2019. Lepas tu aku kahwin.
Lepas lepastu, hidup aku macam diuji. Diberhenti kerja, apply kerja tapi taktahulah kenapa, takdapat.
Mungkin sebab aku ada anak ke, atau aku dah 30 ke. Ke aku yang demanding.
Aku berniaga. Ada masa duit extra banyak, ada masa aku masuk emas dalam arrahnu.
Suami, pada aku dia baik. Bekerja, gaji tetap, komisyen akan bertambah jika rajin.
Sewa rumah suami bayar. Sewa rumah, bills, insurance anak, barang dapur (basic), semua on suami.
Anything extra, kalau tak cukup, aku kena topup, kalau minta suami, dia diam, dan lupa.
Insurance aku, kereta aku memang aku struggle bayar sendiri dari awal kahwin. Yela sendiri punya, sendiri tanggungla.
Asbf aku awal awal aku dan surrender sebab tak mampu bayar, aku minta tolong suami dia buat muka tercengang. So aku bengang, aku surrender je.
Dari awal perkahwinan memang aku sedih bab tu. Masa tu niaga aku tengah drop, nak due. 90% barang anak, aku sediakan.
Aku minta suami dia kata nanti dia bagi, tapi dia tak bagi. Aku diam kan aje, korek la duit niaga mana ada. Aku belikan anak baju bundle, barang mostly second hand.
Seingat aku suami belikan botol susu dan bayar bills hospital.
Susu aku, sebulan suami belikan 500ml white mikk, lagi 500ml untuk susu perisa kurma. Lepas habis, aku kena topup sendiri. Kalau tak, takde lah.
Actually aku okay je, cuma kenangkan aku pregnant time tu, rasa hati tu bawa sampai ke sekarang.
Kita waktu pregnant dan menyusu, kena pakai nursing bra kan? Aku tak, sebab aku takda duit nak beli. Banyak kali aku cakap dekat suami.
Berbekas sampai ada line hitam sampai sekarang sebab melecet. Nasib lepas beranak kurus, boleh pakai semula baju dalam lama.
Macam sekarang kalau aku nak beli buku atau toys anak atau apa apa extra, aku kena usahakan. Suami provide basic sahaja. Kalau aku minta dia macam serabut / semak.
Pada aku, dia nak bagi apa yang dia nak bagi sahaja. Masa pregnant aku pernah jatuh sebab tapak kasut dah haus, elok pula dia belikan kasut. Entahlah. Aku ke yang taksyukur.
Al kisah, haritu aku godeh godeh ipad suami. Cari penyakit. Aku terjumpa satu surat cinta. Surat cinta ketika suami putus cinta dengan ex girlfriend.
Dalam notes dia. Like 4 years ago. Aku kasi nama ex suami ni Alya. Alya ni very daring, educated, ada career. Memang berbeza la dengan aku yang takada apa apa ni.
Dalam surat tu suami kata dia akan sedih dan terus bersedih dengan perpisahan mereka.
Pada dia, Alya adalah seorang yang memudah kan (masa ni aku macam tertampar). Seorang yang pandai, kuat dan sangat independent.
Aku lepas baca tu jadi bodoh kejap. Beza ek aku dengan ex dia. Aku ni jadi isteri dia pun meminta-minta, clingy, tak boleh stand on my own feet etc.
Actually, suami aku adalah anak hasil perkahwinan ke 4. Mil aku bini ke 4. Fil aku species sumbang sperm je.
Pada aku, suami dah biasa nampak mil aku kerja sendiri, usaha sendiri besarkan anak anak, so bila aku meminta minta, dia jadi macam, kenapa minta, usahalah… gitu.
Dapat pulak ex gf yang berdikari semua boleh usaha sendiri. Tiba tiba bini datang menyemakkan keadaan.
But still, aku pun diuji. Aku belajar sampai master tapi tak dapat kerja. Aku ada anak. Aku kena jaga anak aku. Aku usaha berniaga.
Aku pregnant 8 bulan sarat masih baking kuih dan kek untuk jual.
Korang doakanlah aku. Aku penat sangat. Kesian anak aku. Sekarang aku memang takminta dah suami aku, dia ada jugak tanya aku kenapa.
Aku malas dah jawab. Nak buka mulut pun aku tak kuasa.
Aku tahu, sekarang memang dua dua pasangan kena bekerja. Kena menyumbang pada ekonomi keluarga.
Tahlah aku rasa aku dah penat mencuba since covid haritu. Aku cuba macam macam. Cuba, dapat, habis.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit