Dilema Alam Pekerjaan

Dah 12 tahun saya kerja company ni. Dari starting gaji 900 then naik-naik sampai sekarang 2100.

Kerja sini best. Kerja senang, tak stress, tak de kawan yang toksik sebab orang lain di hq. Tak satu pejabat dengan saya.

Ibarat macam saya kerja sorang sebab staff lain di bahagian lain. Manager pun ok ja.

Saya anggap tempat kerja ni tuah untuk saya. Sebab dari tak de apa-apa saya boleh beli motor, kereta dan rumah.

Awal-awal kerja dulu, untuk 5 tahun saya buat loan asb.. Sebab masa tu komitmen tak de.

Ada pun hanya motor yang bayar dia tak besar. So sebab fikir saya perlukan saving, saya buat loan asb 70k.

Zaman tu interest asb masih tinggi, dan interest bank rendah. So rasa berbaloi dan alhamdulilah benda tu banyak membantu saya sebab tak pernah usik dividen tu.

Bila terminate tu, dapat lagi duit principal tu sebab terminate masa tahun matang.

So saya guna duit tu untuk beli kereta dan simpan saving baki tu.

Kehidupan saya walaupun sederhana tapi saya rasa stabil dan bahagia.

Saya dah tak de hutang motor dan kereta. Sebab masa boleh keluar epf tu saya settle semua hutang saya tanpa usik saving saya. Siap saya dah pergi umrah dah.

Tapi lately ni saya dah tak happy kerja sini. Sebabnya dah hampir 5 tahun tak ada kenaikakn gaji atau bonus. Saya rasa macam tak de future di sini.

Gaji saya boleh cecah angka 2k pun sebab tahun ke 5 kerja, basic saya dah 1200 masa tu, then hq tambah 900 untuk cover branch lain. Kira macam saya jaga 2 branch la.

Masa tu memang happy la. Sebab zaman tu rata-rata gaji orang hanya boleh pergi 1500 ja itu pun kena kerja 12 jam.

Tapi sekarang branch tu pun dah tutup, nak cakap jujurnya, setiap bulan saya hanya makan gaji buta ja sekarang ni.

Dulu kami ada dekat 40 projek, setahun sekali atau 2 kali mesti ada penambahan projek.

Tapi sekarang hanya 2 ja, tu pun dah nyawa-nyawa ikan.

Saya datang kerja melangut main fon, pukul 5 balik. Sebab dah tak de benda nak buat.

Dulu masa projek banyak pun memang kerja tak banyak. Sebab kerja saya buat gaji staff, lepas key in dalam sistem memang relax ja..

Tapi sebab ramai staff, so terasa la kita ada benda kita buat.

Lagipun masa tu gaji rasa cukup dengan benefit yang company bagi. Kos barang pun masih mampu beli.

Tapi sejak covid hari tu satu per satu projek syarikat kami hilang.

Benefit pun dah kena cut atas alasan syarikat dah tak untung.

Mula-mula saya macam boleh bertahan sebab fikir ye la memang basic saya dah tinggi, tempat lain mungkin tak dapat suasana kerja macam ni.

Lagipun kerja yang saya buat bukan bidang professional sangat pun yang boleh saya demand gaji kat tempat baru.

So saya buat tak kisah pasal prestasi syarikat dengan harapan nanti kami akan tambah banyak projek baru. Lagipun saya sayang tempat kerja ni.

Apatah lagi manager saya selalu cakap nanti kita tambah projek so dah boleh naikkan keuntungan syarikat, so kita boleh mintak kenaikkan gaji dan bonus dekat hq.

Oh ye, btw manager saya jenis sempoi dan sporting. He is a old chinese man.

Dia akan datang kerja pukul 9, pukul 10 atau 11 dia akan balik dah. Dia pergi mana saya tak tahu la. Dia cuma akan cakap dia keluar dulu.

Tapi dia hanya stay atau datang balik ke office kalau ada urusan apa-apa ja.

Tapi saya tak kisah pasal tu sebab saya selesa dengan dia. Dia baik orangnya dan sangat understanding.

Tapi saya pun dah lama sedar dia tak cari projek atau buat pelan penambahbaikan pada syarikat walaupun dia cakap ja.

Sebab bagi dia, as long kita dapat gaji tanpa buat apa-apa why kita nak susahkan diri buat kerja lebih.

Mungkin gaji dia dah besar dan dia dah selesa macam tu.. Lagipun sebelum-sebelum ni projek banyak-banyak tu pun hq yang cari.

Dia hanya pantau dan uruskan apa yang patut ja sebab hq kan kat KL. So hq mana boleh ulang alik sini selalu, sebab tu hq buka branch kat sini.

Sebenarnya bos saya jugak kena buat marketing tapi dia tak buat dan tak akan buat pun. Kalau hq bersuara pun dia hanya akan bagi apa-apa alasan ja la.

Memandangkan hq ada banyak projek, so hq masih mampu tutup mata dan mampu cover untuk bayar segala kos kat sini.

Lagi satu, syarikat ni milik seorang datuk yang ada banyak syarikat lain kat malaysia, dan manager saya adalah kawan baik dia.

So maybe atas reason tertentu, hq buat diam ja dan kekalkan branch ni walaupun kami dah tak menyumbang satu sen pun untuk syarikat ni.

Tapi impaknya pada saya lah. Kenaikan gaji dan bonus dah tak de. Atas alasan sebab tak de income dari branch ni..

Even medical card saya pun dah kena tarik balik dah. Hq kata kalau nak semua benefit tu, kena cari projek sendiri dan kembangkan syarikat tu.

Tapi betul la apa hq cakap tu. Saya sendiri pun rasa segan nak datang kerja sini sebab terima gaji untuk duduk saja.

Saya dah start cari-cari kerja lain yang boleh meningkat pengalaman saya serta syarikat yang saya rasa kukuh untuk jaga kebajikan saya.

Tapi tu la, tak de company yang mampu bayar gaji macam sekarang. Semua rata-rata 1500 ke 1600 ja.

Ibarat saya kena start dari bawah. Tapi saya bukan muda lagi, umur pun dah 3 series.

Kos barang sangat mahal sekarang ni. Saya tak tahu saya mampu adopt ke tak dengan keadaan tu untuk masa depan.

Walaupun hutang saya hanya rumah ja, tapi saya betul-betul rasa terkesan dengan keadaan sekarang ni dan buat saya terfikir kedepan-depan nanti macam mana.

Sekarang memang tak susah sangat, masih cukup pakai dan makan.

Tapi kedepan nanti macam mana. Sebab saya tak nampak branch saya ni ada masa depan.

Tambahan hari tu raya ada seorang kawan datang. Dia kerja kilang ja. Tempoh kerja dia sama dengan saya tapi gaji dia dah 2500.

Ada bonus ada kenaikan, even hari tu dia dapat hadiah sebab 10 tahun perkhidmatan.

Saya tak tahu la niat dia apa, tapi dia macam bercakap-cakap la saya ni rugi ja stay company tu. Langsung tak hargai saya dan sebagainya.

Dia siap tanya lama mana lagi saya nak stay sini? Cepat la cari kerja lain.

Dia suruh ja saya pergi kerja kilang, ada elaun banyak tapi kerja ada shift dan 12 jam.

Bila dengar semua ni, sebagai manusia yang lemah, kata-kata dia ada la buat terasa saya merugikan diri sendiri seperti kata dia.

Tapi dalam 1 hal lagi, saya memang dah buat keputusan untuk angkat kaki dari sini cumanya saya terfikir patut ke saya terima kerja yang mendowngradekan salary saya sekarang ni.

Dan untuk kerja 12 jam yang ada shift pulak, saya sendiri tak pasti saya mampu buat ke tak.

Saya takut nanti yang dikendong tercicir yang kejar pun tak dapat.

Dah gaji 2k pun saya kena fikir banyak untuk berbelanja.

Kalau saya terima yang lebih rendah, walaupun syarikat tu boleh naikkan gaji,tapi untuk sampai tangga gaji sekarang mesti makan masa jugak. Dan selama tu mungkin saya akan rasa terbeban.

Tambahan suasana kerja tempat baru kita pun tak tahu boleh sesuai ke tak.

Tapi hari ni saya buat satu tindakan drastik, saya bagi surat resign kat manager saya.

Tapi dia mati-mati tak terima. Dia cakap dekat sini semua bebas semuanya mudah. Dia persoalkan kenapa saya nak berhenti.

Saya cakap soal gaji. Dia kata dia sedang usaha cari projek besar dan suruh saya sabar.

Then dia cakap dia bagi extra setiap bulan RM50 start bulan ni macam duit petrol claim cash kat dia.

Siap dia cakap lagi, saya pi kerja kerajaan pun saya tak akan dapat kerja senang macam ni. Apatah lagi swasta sabtu pun kena kerja.

Kat sini waktu kerja pukul 9 sampai 5. Punch card apa pun tak de. Orang pun tak peduli kita datang ke tak.

Sabtu ahad public holiday tak kerja. Bulan puasa balik pukul 3. Cuti tahun 20 hari.

Nak keluar kemana pun lunch drag berapa jam pun orang tak kisah. Tapi gaji setiap bulan masuk.

Dia suruh saya enjoy kehidupan ni dan jangan stresskan diri. Dia cakap u mungkin boleh dapat kerja dengan gaji besar, tapi u tak akan bahagia macam sekarang.

Sebab kerja zaman sekarang penuh dengan stress. Apa guna gaji besar kalau hari-hari stress then cepat jatuh sakit. Duit yang banyak pun tak boleh bantu u.

Dia suruh saya lihat kehidupan ini dengan bahagia bukannya dengan material. Sebab wang tak bagi kebahgian katanya.

Dia suruh saya tarik dulu surat ni. Then kalau betul nak resign dia suruh saya cari penganti.

Tapi dia kata u dah lama dengan saya, saya tak izinkan u pergi. Kita dah macam family katanya. Dia suruh saya pertimbangkan perkara ni.

Entah la saya rasa sangat keliru dan buntu. Saya patut bertahan hingga dapat di tempat yang lebih baik ke, atau saya terima syarikat yang offer 1600 tu demi masa depan yang lebih baik?

Atau pura-pura percaya dengan janji manis bos saya tu. Mohon pandangan tuan puan…

– Anymose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *