bukan abang aku

Pertama sekali terima kasih admin sudi approve confession aku ni. Moga dari apa yang aku luahkan ni, dapat membuka minda semua anak2 adik-beradik diluar sana..

Kalau kau tanya aku berapa kali aku yang mula perbicaraan antara kau dgn aku?
Aku jwb memang sikit. Sebab apa? Kau lupa ke?

Kau lupa ke apa yang kau pernah buat dekat aku?
First time aku kena tumbuk dekat rahang kanan aku oleh lelaki. Sampai senget. Sampai skrg kdg2 dia sengal. Lepas tu kau hentak aku atas lantai. Sebabnya, kau bergaduh dengan kakak aku. Aku tak suka orang buat kakak aku macam balaci. Kau yang baling dompet kau dan ku suruh dia amik. WTH!! Pastu aku masuk campur, kau rasa tercabar aku boleh jadi lebih kurang ajar dari kau. Sebab kau layan kami tak macam adik kau.
Siapa lelaki tu? Abang. Haaa abang kandung aku!

Sebab tu hati aku, langsung tak boleh nak terima kau dalam hidup aku. Tu punca utama aku langsung tak berharap dekat kau. Cukup ade lelaki yang sorang aku percaya penuh. AYAH. Lepas ayah pergi, langsung aku xde sandaran dr mana2 lelaki. Aku jadi malas nak percaya lelaki. Sebab depan mata aku seorang lelaki yang useless. Tak bertanggungjawab. Selama ni aku tak pernah rasa kau ada sebagai abang. Mungkin pernah. Tapi skjap. Lepas tu kau buat perangai. Aku terus tak percaya. Tahap kepercayaan aku pada kau ada baki 0.00000000005% ja. Lagi berkurang peratusan kepercayaan aku pada kau tu bilamana cara kau layan emak ayah. Setiap kali gaduh, kau terus tukar bahasa ‘aku’ dengan diorang. Kau fikir tak kau tu siapa? Kau tu anak weh! Anak! Anak pertama! Anak hasil berputik cinta antara emak ayah.

Lagi berkurang lagi rasa kepercayaan dan rasa ada abang tu bilamana time arwah ayah sakit, kai datang sikit sngt. Ada smpai beberapa hari kau tak datang. Bukan datang je yang diorang harapkan kudrat kau sebagai anak lelaki, hantar ke hospital waktu kami semua cemas arwah ayah buang air berdarah muntah berdarah. Kau boleh suruh adik2 kau yang perempuan untuk pergi hantar naik kereta. Sedang kau terbaring goyang kaki tengok tv. Bila emak ‘mintak’ kau papah ayah baru terhegeh hegeh kau datang. Itu pun suruh ayah yang jalan depan kau kat belakang time turun tangga. Kau takde common sense ke fikir betul ke tidak, boleh ke tak boleh? Aduhai…

Lagi berkurang rasa yang aku ada abang, waktu last ayah hidup didunia serba penat ni. Hari jumaat pagi ayah berak berdarah yang banyak, muntah berdarah yang banyak, kau buat apa? Kau mintak kakak aku yang hantarkan emak ayah ke hospital ( emak paksa aku pergi kerja, tp bukan tenang pun ) . Alasan kau, kau tak mandi lg. What? Seriously? In the middle of emergency time? Then haritu kau langsung tak pergi hospital tak bertanya apa langsung khabar dekat emak pasal ayah.padahal aku balik rumah ade 2 bekas polisterin , hmm kau pergi kerja???? Bukan utk tengahhari ngan makan malam ke?

Esoknya, kitorang pergi tengok ayah tengahhari. Kau dengar kitorg bersiap kau langsung tak bergerak dlam bilik. Smpai petang kau mesej mak ayah, siap tunjuk jadual kerja kau pada diorang. Weh itu aku dah bengang sangat!!! Aku hantar whatsapp pd kau. Lantak! Pasni kau taknak anggap aku adik, aku langsung tam heran. Sebab dah lama aku tak rasa engkau ni abng aku.
Kau tak de hati perut ke? Sampai kau langsung tak sempat bercakap dengan dia,mintak maaf dengan dia? Sampai2 hospital kau dengar sendiri Dr kate ayah dah pergiii……

Dan aku berharap lepas insiden tu, kau berubah. Tapi seminggu dua penuh rasa insaf berbekas di hati. Akhirnya perangai kau datang lagi.

Entah. Kalau aku kawin nanti, aku taknak kau jadi wali. Aku mintak lah sesiapa lagi yang ada untuk wakil wali. Dan kalau aku mati sekalipun, aku taknak kau imamkan jenazah aku.

Cuma aku nak tanya, bila kau akan betul2 berubah? Cukup kehilangan yang sorang ni spatutnya kau berubah, janji pada diri untuk hormat mak, sebab tinggal ni aja Syurga kau even kau dah kahwin, tahu?