Untuk part I, (https://iiumc.com/bukan-aku-minta-kena-sihir/).
Assalamualaikum Hai Semua. Aku pernah hantar confession dulu. Korang boleh baca semula kalau nak lagi faham sambungan yang aku tulis harini.
Alhamdulillah sekarang ni aku makin sibuk dengan kelas agama, kelas tadabbur Al Quran dan makin sibuk baiki diri dengan agama.
Aku juga sekarang ni sudah ramai kawan-kawan baru tapi bukan sebaya. Mereka level kakak dan ada juga level mak.
Alhamdulillah Allah hadirkan mereka dan circle aku juga menjadi semakin best. Setiap hari ada tadabur dan khatam Al Quran. Hidup ini sangat tenang walaupun banyak masalah datang.
Berkenaan dengan lelaki yang aku ceritakan dulu. Dia masih lagi ada walaupun aku mula hiraukan dia berbulan lamanya.
Aku kembali sakit pada bulan Oktober lalu sehinggalah awal bulan 1 lepas.
Seperti biasa, aku akan jadi seorang yang mental dan anxiety bila sihir ini datang menyerang.
Aku sungguhnya dah letih dengan sihir. Kalau boleh aku nak bagitau kepada si penghantar sihir, cukup lah dengan apa yang kau dah buat. Aku penat dan sakit nak kena hadap.
Lelaki tersebut juga tahu aku kembali sakit dan dia masih setia menunggu.
Seperti biasa bila aku sakit, akan sampai bekalan ubat dan makanan.
Perangai dia masih juga sama seperti yang aku kenal. Aku juga berkali kali tolak permintaan dia untuk masuk meminang. Aku tak nak jadi orang yang zalim.
Entah mengapa perasaan aku jadi kosong. Bila dia senyap, aku rindu dan sedih. Bila dia datang, aku jadi baran dan panas hati. Kadang aku kesian dekat dia. Zalimkah aku ini?
Aku juga manusia yang ingin perasaan berkasih sayang, punyai keluarga sendiri dan paling penting aku nak sihat dan normal macam dulu.
Hidup dalam anxiety dan mental ni sangatlah letih.
Orang kata kena terima orang yang sayang kita, tapi sesungguhnya hati aku kosong. Adakah aku belum bersedia? ataupun mungkin kesan dari sihir?
Kepada orang yang terlibat dengan syirik. Ingatlah Allah. Kita hidup didunia ni bukan selamanya. Disini tempat persinggahan saja. Tempat kumpul pahala dan tempat ujian.
Dunia merupakan ladang ujian. Jangan lah terlalu mengikut nafsu sehingga menzalimi orang lain.
Sempena bulan puasa tak lama lagi, aku mohon kepada semua yang baca ni. Tolong doakan aku sihat sepenuhnya.
Tolong doakan aku dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Semoga doa yang sama juga untuk kalian.
Terima kasih kerana sudi baca cerita aku yang tidak seberapa ini.
Terima kasih semua.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit