Assalamualaikum semua. Aku seorang gadis yang berumur 30 an. Aku anak sulong dan cucu sulong.
Aku masih belum berkahwin dan tidak berniat pun hendak kahwin buat masa sekarang.
Aku mula sakit disihir 3 tahun lepas. Aku sendiri pun tak sangka yang aku terkena sihir.
Permulaan sihir bila aku start sakit dan demam non stop. Bila datang pejabat aku malas nak buat kerja dan kerja aku banyak tertangguh.
Alhamdulilah aku direzekikan bos yang sangat baik dan memahami. Aku berkerja di sektor kerajaan.
Aku akan turun berat setiap hari 1kg. Minum air je aku muntah apatah lagi makan.
Cuti awal tahun yang ada 45 hari berbaki beberapa hari saja kerana aku kerap EL dan cuti MC aku pun habis.
Pada mulanya aku anggap migrain sebab aku hari-hari sakit kepala.
Aku tidak mencuba kearah perubatan islam dan hanya bergantung sepenuhnya pada moden.
Dijadikan cerita aku dah mula kena rasuk dan pada ketika itu lah segalanya terbongkar.
Aku mula merawat sehinggakan duit simpanan tinggal kosong dan hutang aku pula bertambah. Berubat sana sini dan hanya seminggu sahaja baik kemudian aku kembali sakit.
Aku dimaklumkan terkena santau dan minyak dagu. Aku juga telah putus asa sehinggakan aku cari di google apa hukum berputus asa dengan rahmat Allah.
Aku menyusahkan ramai orang. Kawan kerja, boss dan yang paling penting ibu bapa aku.
Pada ketika itu, aku ada ambil hibah. Aku doa agar nyawa dicabut supaya ibu ayah aku dapat duit hibah dan boleh teruskan kehidupan.
Ketika kita susah, kita akan nampak siapa yang ada dan siapa yang tiada. Kawan-kawan semua hilang.
Aku pula banyak menyendiri dirumah dan tidak bergaul dengan orang lain. Ada yang takut nak berkawan kerana risau tempias sihir.
Pada masa yang sama, aku mula mencari kelas agama dan kelas kehidupan.
Bila aku pergi tidur rumah kawan, (ada kelas ilmu) ada yang cakap dia terkena tempias sihir kesan daripada aku. Allahuakbar. Aku pun mula menjauhkan diri.
Sejak dari itu, aku limitkan pergaulan dengan orang. Untuk berkawan dengan orang lelaki pun sama juga.
Bila ada orang nak berkenalan, aku jujur yang aku dalam rawatan sihir dan kemudian orang tu akan menghilang.
Terbaru, aku ada kenal dengan seorang lelaki. Umur dia hampir 37 tahun dan belum berkahwin.
Aku jujur dengan dia situasi aku dan paling aku tak sangka, dia ada dengan aku sampai sekarang. Pantang mulut aku sebut nak makan, laju saja dia orderkan dan sampai depan rumah.
Bila time dia cuti, dia bawa aku pergi JJCM sama macam aku sebelum sakit dulu.
Baru-baru ini, dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan aku. Namun, aku tolak kerana kesian dekat dia.
Aku sekarang ni kurang sihat dan tidak seperti dulu. Aku tidak mahu menambah beban orang lain.
Sangkaan ku, dia akan pergi tetapi tidak. Masih lagi setia dan ada waktu aku susah.
Doakan aku terbuka hati untuk terima dia. KAHWIN telah lama aku padam dalam kamus hidup.
Sesungguhnya aku rindu diri yang dulu. Seawal umur 27 tahun yang ada aset, ada saving dan bebas hutang. Yang boleh beli apa saja bila teringin.
Sekarang aku kena berjimat cermat dan banyak bayar hutang.
Kepada readers yang membaca, boleh ke selitkan amalan apa yang perlu dibuat untuk pagar diri dan murah rezeki.
Mohon juga untuk selitkan doa untuk saya kerana hidup saya sekarang sangatlah suram.
Tolong semua..
Semoga dimurahkan rezeki. Aamiin Allahum aamiin.
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sis, amalkan baca surah yasin ayat 9 dan minta dijauhkan dari sebarang kecelakaan, kemalangan, musibah, kejahatan, fitnah, hasad dengki manusia, perbuatan sihir, perbuatan minyak pengasih, perbuatan ilmu hitam dan dijauhkan dari segala penyakit atau virus merbahaya. doa je mintak spesifik macam yang i tulis ni, in syaa allah Allah akan lindung.