Video Bukan2 & Per3mpuan S3ksi

Assalamualaikum semua. Terima kasih buat admin kerana approve dan siarkan.

Saya memerlukan pendapat dari orang yang lebih lama makan asam garam dalam perkahwinan.

Ini kali pertama saya luahkan perasaan dalam platform sosial media jadi maaf kalau penulisan ni caca marba.

Saya dah buntu, nak luahkan pada orang rapat takut dikatakan membuka aib sendiri.

Saya seorang isteri yang bekerjaya. Saya dan suami sudah 5 tahun berkahwin. Dan masih berusaha untuk memiliki zuriat.

Masalah kami bermula bila suami berkali kali kantoi menonton cerita luc4h dan selalu follow perempuan s3ksi di setiap sosial medianya.

Suami seorang lelaki yang baik, tak culas dalam beri nafkah zahir, seorang anak dan adik yang baik. Cuma suami boleh dikatakan kaki perempuan.

Dia seorang yang peramah, mudah mesra dengan perempuan dan cepat bersimpati dengan perempuan. Perempuan sahaja tidak dengan lelaki.

Pernah kantoi berhubung dengan wanita lebih tua (isteri orang) di pejabat berkaitan hal-2 tak sepatutnya tapi diberikan alasan hanya sekadar kawan dan kasihan dengan masalah wanita tersebut.

Lepas kantoi dia berjanji itu kali terakhir dan dia tak akan ulangi.

Saya memaafkan tapi tidak dapat melupakan apatah lagi mereka masih satu pejabat. Perasaan takut dan berjaga-jaga itu tetap wujud dalam diri saya.

Kami sedang berusaha untuk memiliki zuriat. Tapi suami seolah olah tidak bernafsu dengan saya.

Sebulan boleh dikatakan hanya sekali bersama itupun jika saya meminta. Jika tidak mungkin sebulan pun tiada. Saya tak tahu mana silapnya.

Saya seorang wanita yang boleh dikatakan ada paras rupa yang menawan dan comel. Dalam ramai ramai lelaki saya memilih suami.

Sepanjang perkahwinan kami, saya cuba macam-macam cara untuk memikat hati dan nafsu suami.

Baju s3ksi, skill-2, position semua saya cuba dan belajar. Sampaikan tengok benda yang tak sepatutnya atas dasar “belajar demi memikat hati suami”.

Tapi hasilnya tetap sama. Dia seolah olah tidak berminat. Alasan yang diberikan tiap kali saya suarakan rasa hati adalah dia letih bekerja jadi tiada mood.

Saya faham kerja dia memerlukan penat mental tapi yang paling buatkan saya kecewa adalah apabila dia kantoi menonton video luc4h dalam diam diam sedangkan dengan saya dia berikan alasan letih.

Maksudnya nafsu dia masih ada cuma bukan dengan saya.

Apa kurangnya saya? Itu selalu bermain di minda sepanjang perkahwinan kami.

Dia buatkan saya rasa kecil dan hina bila dia lagi memilih menonton cerita luc4h perempuan lain berbanding bersama dengan saya isterinya yang sah.

Saya memilih dia berbanding lelaki lain untuk menjadi suami tetapi ini yang saya terima apabila menjadi isteri.

Suami lebih memilih untuk melihat video awek melayu dan perempuan lain berbanding bersama dengan isteriya sendiri.

Saya rasa nak gila. Saya rasa saya teruk, buruk dan hina sebab suami lebih memilih melihat perempuan lain.

Saya rasa saya hanya beriya dan syok sendiri bila bersama suami.

Untuk apa saya berusaha belajar position dan skill-2 bersama, habiskan duit beli baju s3ksi jika suami sendiri tak hingin?

Saya jadi insecure dengan perempuan-2 dalam video tersebut, down dan rasa nak gila.

Feeds Instagram suami pula penuh dengan gambar perempuan berbikini yang hampir bertelanjang.

Dan semalam dia terkantoi lagi di tiktok penuh dengan following perempuan bergelek yang s3ksi.

Bila saya tanya kenapa dia buat macam tu jawapan yang diberikan adalah “saja follow”..

Saya buntu.. Saya ajak bersama, tolak, tapi tengok perempuan s3ksi mahu. Kenapa dia berkahwin dengan saya kalau dia lagi suka lihat perempuan luar?

Saya tiada siapa-2 disini kecuali suami. Kakak-2 apa yang perlu saya lakukan? Tolong nasihatkan hati kecil saya yang sedang meraung ini.

Di luar orang nampak saya okay ceria tapi di dalam hanya Tuhan yang tahu.

Lagi membuatkan saya nak gila adalah apabila suami rasa apa yang dia lakukan tersebut adalah tidak salah. Normal katanya lelaki tonton cerita luc4h dan follow perempuan s3ksi.

Tapi suami tak pernah terfikir normalkah suami jika hanya bersama isteri sebulan sekali? Itupun jika hanya apabila isteri meminta?

Normal ke rumahtangga begini? Atau saya sahaja yang overreact?

Hmmmm. Saya tahu saya tak sempurna. Saya nak jadi isteri yang baik, isteri yang penyabar tapi saya rasa saya lemah saya tak mampu.

Saya hampir putus asa. Saya impikan rumah tangga yang damai dan penuh kasih sayang saat memilih dia.

Saya tahu ujian saya tak seberapa tapi saya lemah. Saya tak berdaya.

Tolong ajarkan saya untuk jadi isteri yang terbaik buat dia. Apa yang perlu saya lakukan selain sabar dan doa?

Saya jadi insecure dengan diri saya. Saya rasa jijik dengan diri saya sampai suami berkelakuan sebegitu. Saya buntu.. tolong saya

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *