Aku dan Al-Quran

Salam semua.. Aku bukanlah sesiapa dan bukan lah sealim mana tapi Allah beri aku rasa begitu kasih pada Al Quran.

Aku saksi betapa hebat nya kalam Allah ni..

Pada tahun 2020, waktu PKP, aku ditakdirkan Allah untuk tinggal bersama ayah dan ibu selama 56 hari.

Dan selama 56 hari itu, Allah mentakdirkan aku untuk belajar tajwid bersama ayahku, solat jemaah bersama ayah dan ibu dan mengaji bersama2.

Kerana dari dulu lagi aku sangat suka mengaji, namun masih tidak pasti bacaan.. namun setiap hari tanpa gagal aku tetap membaca.

Betullah Allah yang maha Penyayang dan Maha Mengetahui hamba2Nya,

Dia buka hati dan mataku mengenal Nya dengan menghadirkan aku untuk membaca Al Quran dan mendengar ceramah-ceramah ustaz..

Betapa Al Quran adalah penyelamat di akhirat sana, dan 2 surah yang akn menjadi peguambela ku.

Betapa baiknya Allah pada kita, Dia buka kan mata untukku baca dan mengasihi kalamNya.

Dari hari ke hari, hatiku berasa begitu rindu pada Al Quran hingga menangis kerana rindu terutama bila datang bulan, hanya mampu menatapnya dari jauh.

Namun mendengar ayat-ayatnya saja sudah membahagiakan.

Aku berjaya khatam bersama ayah, begitu gembira dapat menghabiskan bacaanku.

Aku menangis memeluk Al Quran, tambahan bila ayahku membaca doa khatam Al Quran. Sesungguhnya Al Quran, bantu lah aku di sana. Aku begitu mencintaimu!

Tahun 2021, aku masih membaca dan setiap kali aku baca, aku begitu seronok untuk khatam.

Dan benarlah dengan membacanya, keistimewaannya, kurniaan Allah, Allah menghadirkan orang orang di sekeliling yang menyayangiku.

Apabila hari jadiku, hadiah datang kepadaku begitu banyak kiriman rakan2. Dan tiada ruginya menyayangi Allah kerana Allah hadirkan hamba2Nya menyayangiku.

Rumah yang ku diami ku rasakan begitu luas, begitu bahagia dengan bacaan bacaan Al Quran, terasa begitu dilindungi olehNya sedangkan aku hanya tinggal bersama anak-anak kerana suami bekerja di negeri lain.

Tapi dengan adanya Allah dan kalam2Nya. Aku rasa begitu dijaga.

Aku takkan pernah lupa bahawa ayahku pernah memberitahuku bahawa ustaznya pernah mengatakan bahawa apabila kita meninggal dunia, tempat yang kita baca Al Quran itu akan menangis, ‘pembacanya’ sudah pergi,

Dan rumah yang dibaca kan Al Quran bercahaya, dan banyak malaikat menjaga.

Aku ingin menjadi Ahlul Quran, bertemu Allah bersama Al Quran yang akan menemani kita di syurga.

Buat pembaca sekalian, sama-samalah kita baca, ustaz Wadi kata, ‘untuk istiqamah, kita harus bersyukur dapat melakukan ibadat tersebut dan Allah akan ikat rasa syukur itu supaya kita istiqamah’

Marilah kita bayang, betapa bahagia kita di dalam kubur bersama pembela kita kiri, kanan belakang dan depan kita, hingga akhirat sana. AL QURAN..

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *